Tuesday, February 20, 2018

Senang je tukar hak milik kereta

cara tukar hak milik kereta
Mula-mula saya ingatkan susah urusan tukar hak milik kereta. Rupanya bukan susah sangat, hanya beberapa langkah sahaja urusan anda akan selesai. Kali ini urusan tukar hak milik kereta myvi isteri saya dengan pemilik baru , sahabat saya sendiri yang berada di Terengganu.

Langkah Pertama : Langsai bayar
Mula-mula, mestilah owner baru telah melangsaikan bayaran jual beli kereta tersebut. Melainkan anda seorang yang pemurah dan berniat untuk bersedekah kepada owner baru. huhu...Inilah yang disebut penukaran hak milik secara sukarela di JPJ.

Langkah Kedua : Inspection Puspakom
Owner baru/owner lama perlu ke Puspakom untuk buat inspection. Seperti yang saya maklum sebelum ini, anda perlu buat appointment di Puspakom untuk inspection. Mudah sahaja, hubungi Puspakom terdekat untuk booking appointment. Di puspakom, anda hanya perlu mengisi borang B5 dan tunggu sehingga proses inspection selesai. Puspakom akan mengeluarkan keputusan inspection untuk tindakan selanjutnya. Kos inspection hanya RM30 tidak termasuk GST.

Dokumen yang perlu bawa, IC dan geran asal. Anda juga boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Langkah Ketiga : Urusan di JPJ (owner lama)
Owner lama perlu ke JPJ dan mengisi borang tukar hakmilik kepada pemilik baru. Pihak JPJ akan mengambil thumbprint dan urusan setel. Jangan lupa bawa IC...JPJ akan mengeluarkan slip menunjukkan anda telah selesai urusan thumprint penukaran hak milik. Slip ini tak perlu dibawa bersama oleh owner baru, hanya cukup ambil gambar sahaja. Ada yang original lagi bagus

Details yang perlu di isi dalam borang tukar hak milik adalah nama, IC, alamat untuk kedua-dua owner baru dan lama.

Langkah keempat : Urusan di JPJ (owner baru)
Owner baru seeloknya perbaharui insurance terlebih dahulu di atas nama beliau kerana setelah urusan thumbprint di JPJ, road tax akan terus terbatal. Jika insurance dah diperbaharui, owner baru boleh terus sambung roadtax baru menggunakan geran baru yang telah ditukar miliknya.

Baik, owner baru juga perlu mengisi borang yang sama penukaran hak milik seperti owner lama.
Dokumen perlu di bawa :
1. IC
2. Geran asal
3. Result Inspection puspakom yang asal
4. Slip thumprint owner lama ( gambar pun boleh, jika owner lama berada ditempat lain)

Nanti pegawai akan setelkan thumprint untuk urusan tukar hakmilik dahulu, dan secara automatik roadtax akan mati. Lepas tu owner baru boleh terus apply roadtax baru sebab inusrance baru dah selesai.

Itu sahaja, dan kedua-kedua tak perlu pergi bersama-sama ke JPJ pun. Hanya perlu tunaikan tugas masing. Nak tahu selebihnya, boleh juga rujuk di website JPJ.

Sekian.



111 comments:

  1. owhhh
    senang pula bila baca prosesnya
    malangnya saya masih belum memiliki kereta lagi
    doakan saya :)

    ReplyDelete
  2. wahhh mudah sangat.. ingat ke susah nak tukar.. terima kasih kongsi abe jaq

    ReplyDelete
  3. ooooo senangnya.. kawan baru je tukar hak milik kereta baru. thanks abejaq for the info!

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  5. tq 4 sharing guna utk masa dpn..senang ja rupanya

    ReplyDelete
  6. Kenapa used car caj sampai beribu keje mudah mcm ni?

    ReplyDelete
  7. Masa urusan diJPJ tu dia check tak dulu kalau2 kita ada saman(owner lama) dan adakah perlu dijelaskan dahulu saman2 tersebut? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak check. Sebab ini dah kereta ketiga saya tukar nama. 2 kereta sebelum ini saya jual.

      Delete
  8. Mcm mana klu owner dah meninggal atau xdapat dikesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti. Mungkin akan melibatkan urusan JPN@pusaka dengan waris

      Delete
  9. Slm nak tanya..kalau roadtax kereta dh mati, perlu hidupkan dulu baru boleh tukar nama ke macam mana?

    -ZA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya tak perlu. Sb saya pernah tukar nama motosikal saya dalam keadaan road tax dah mati.

      Delete
  10. Sambil beratur di puspakom ni sambil membaca takut ada yg miss step. Tq admin

    ReplyDelete
  11. boleh saya tanya...
    kereta saya sudah jelas semua bayaran, tapi i lupa nak dapatkan clearance letter from bank
    sekarang itu puspakom kata kena ada surat itu baru boleh... saya pergi balik bank itu, bank itu kata recod terlalu lama, tak dapat cari... apa yang saya boleh buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang arif dalam hal ini. Mungkin boleh rujuk kepada JPJ jugak

      Delete
    2. Komplen kat bank negara la kot. Ha ha ha.

      Delete
    3. bank mana kalau ambank boleh pergi bahagian collection centre di sebelah bangunan magnum ..berdekatan bangunan baru GM KL

      Delete
  12. Keta kne kdaan y baik.. ingt nk jual keta murah2..xnk repair dh..

    ReplyDelete
  13. kalau owner y baru nk hold proses thumprint tu boleh ditangguh berape lma ye?kalau dy masih nk gunakan roadtax kenderaan y lma..brape lma ye valid thumbprint owner y lma tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lewat dari sebulan.. nnt surat puspakom terbatal lps sebulan

      Delete
  14. Road tax/insurance bagi owner baru akan mulai dari tarikh baru ke atau sambung ke tarikh tamat yang asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk sambung pun boleh tapi insurance still nama owner lama, cuma boleh letak nama tuan sebagai 2nd driver dalam insuran. Buat baru lagi senang, terus nama tuan dan road tax baru.

      Delete
  15. Kalau kereta tak bawa ke puspakom bole ke tukar Nama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu ada report inspection di puspakom untuk tujuan tukar nama

      Delete
  16. Kalau xbawa kew puspakom...boleh x tukar nama mcm tu jew??

    ReplyDelete
  17. Ada Used Car yang ambik sampai RM3000 utk proses ni.

    ReplyDelete
  18. Tukar nama blh dibuat lepas bayaran habis atau lepas owner baru nak beli keta tu blh terus tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. asasnya hutang kena langsai. Maknanya pembeli dah bayar sepenuhnya.

      Delete
  19. Replies
    1. saya pun dah lupa. Kalau xsilap JPJ RM100, puspakom RM30 tak termasuk GST

      Delete
  20. ada kereta baru tak untuk di tukar nama?

    ReplyDelete
  21. Terima kasih diatas info yang diberi

    ReplyDelete
  22. moto kena tefon puspakom gak ke atau kereta ja

    ReplyDelete
  23. Jika kenderaan syarikat ke persendirian mcm mne plak caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ini saya x berapa pasti. tapi rasa asasnya sama sahaja, cuma mungkin borang dan cas berlainan. boleh refer kat JPJ

      Delete
  24. Macam mana jika owner lama tidak ke JPJ thumbprint....alasan sibuk memajang....sedangkan kita nk percepatkan urusan tukar nama sebab nak renew rotax...rotax dah mati....ada cara tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada thumbprint dr owner lama urusan tukar nama tdk dpt dproses ya. sistem skrg wajib utk thumbprint kdua2 pihak pnjual & pembeli

      Delete
    2. tak ada thumbprint dr owner lama urusan tukar nama tdk dpt dproses ya. sistem skrg wajib utk thumbprint kdua2 pihak pnjual & pembeli

      Delete
  25. Assalam..semua..ingin brtnya la..klau owner lama dh thumbprint..tpi msa isi borang letak nama saya.. sepatutnya letak nama abg sy..agak2 bole ke tukr ke nama abg sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kena isi borang baru. sebab nanti nk kena thumbprint

      Delete
  26. Kalau saya beli kereta terpakai yg dah full settle loan, terus tukar nama anak berumur 17 tahun 10 bulan, boleh ke?

    ReplyDelete
  27. Klu owner lama x dpt hadir utk thumb print atas faktor kesihatan boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Used car dealer selalunya ada thumbprint tu. Katakan used car dealer yg beli kereta kita, kita xlarat nk pergi ke JPJ atas faktor kesihatan, mereka boleh datang ke rumah utk ambil thumbprint. Kalau urusan jual beli dengan individu saya tak pasti..kena refer kat JPJ

      Delete
  28. Ad sape2 blh ejas puspakom..cermin ada retak sikit..nk tukar nama..pm kalu ada ..0139483769

    ReplyDelete
  29. Ad sape2 blh ejas puspakom..cermin ada retak sikit..nk tukar nama..pm kalu ada ..0139483769

    ReplyDelete
  30. Hye semua! nak beli kereta tapi tak tahu nak dapatkan pinjaman kereta dari mana? sis nak share tips! korang bole pergi ke satu website ni dan bandingkan semua pinjaman yang diberikan oleh setiap bank di Malaysia. korang siap boleh bandingkan bank mana lebih berbaloi untuk korang mohon!
    https://loanstreet.com.my/ms/pinjaman-kereta
    fuhh penat pulak bebel penuh2 uolls. klik la sndiri kalau x caye

    ReplyDelete
  31. Bagaimana pulak kereta yg sudah diubah suai ye?

    ReplyDelete
  32. Kalau owner baru berada Di tempat lain, dia kena bawa geran ori juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owner baru nak thumbprint mst ada ori geran & puspakom repot ya.. owner lama blh thumbprint d jpj yg bdekatan just bwk ic & ic borang JPJ K3 shj. make sure kena ada details owner baru juga sbb nk isi dlm borang tu nanti. dan thumbprint akan valid utk masa 7hari shj. dlm 7hari owner baru kena setel dia punya part pulak

      Delete
  33. Nak buat insurance br perlu bwk Polisi insuran lame dr owner lama or just pegi buat yg baru (pilih insurance kegemaran) atas nama owner baru sje?

    ReplyDelete
  34. Nak tanya, kalau saya tgh uruskan puspakom dan dalam masa yang sama owner ke jpj untuk proses tukar nama. Boleh ke? Atau perlu tunggu puspakom selesai dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu report dr puspakom. maknanya kena selesai dulu

      Delete
  35. Macam mana dengan insurance? Wajib ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. insuran wajib. tak ada insuran tak boleh bayar roadtax ya.

      Delete
  36. Assalamualaikum, nk tye satu benda.
    Lepas urusan masuk puspakom, kita pegi buat insurance bru kn? Blh x klau kita nk sambung roadtax y lme? Maksudnya owner lme die bru renew roadtax kereta tu, lpas tu owner bru nk sambung roadtax kereta die tu, tp insurance baru. Blh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya insuran baru tak boleh. Kalau nk sambung road tax yg asal, tuan boleh letak sebagai 2nd driver jela dalam insuran owner lama sehingga road tax/insurance expired

      Delete
  37. Berapa kos tukar nama? Sy dengar rm100 untuk kereta.. Betul ke

    ReplyDelete
  38. Bayaran brapa tuk proses thumb print dn sapa yg byar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos tukar nama sepatutnya semuanya atas pembeli

      Delete
  39. Saya owner lori komersial dan saya dah jual lori tersebut. Masalah skrg, owner baru susah nak pegi ke jpj utk urusan tukar nama ni. Ada cara tak nak tangani masalah ni?

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum..maaf tanya.kalau org lain selain owner lama @baru yg bwk kereta tuk inspection di puspakom bole ke?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum. Sy nk tanya. Sy nk bawa kereta ke puspakom untk urusan pertukaran milik. Rotex dah mati. Boleh ke sy bawa kenderaan tros ke puspakom tanpa guna runner. Rotex dah mati.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. Sy nk tanya. Sy nk bawa kereta ke puspakom untk urusan pertukaran milik. Rotex dah mati. Boleh ke sy bawa kenderaan tros ke puspakom tanpa guna runner. Rotex dah mati.

    ReplyDelete
  43. assalam encik,skng ni sy beli kereta dari pihak ke3,sekarang owner pertama telah buat tamprint atas nama pihak ke3 tu,selepas tukar nama pihak ke3 tu baru la tukar nama ke saya.adakah kereta perlu 2kali puspakom?atau boleh pakai puspakom yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak perlu, boleh rujuk terus ke puspakom.

      Delete
  44. Salam sy nk tnyaa, owner lama ada saman kenaa langsai kan dlu ke sblm tukar nma?

    ReplyDelete
  45. salam sy nak tanya sy baru beli van xsampi 1bulan..perlu ke sy ke puspakom lgi untk jual pd pd owner baru???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Setahu saya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan. jadi tak kira kenderaan baru atau x, perlu buat pemeriksaan. Boleh rujuk JPJ untuk pengesahan

      Delete
  46. Aslkm..sy ada kereta yg masih baru..loan pn belum habis bayar lg..boleh ke kalau sy nak pindah milik kereta kpd nama adik sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Yang ni saya tak pasti sebab dalam kes ini melibatkan bank sebagai pemberi pinjaman.

      Delete
  47. Salam..sy nk tnya,jika kenderan tersebut memiliki saman lampau bagaimana pula? Trima ksih

    ReplyDelete
  48. salam, nak tanya, tempoh untuk owner baru thumbprint memang 7 hari ke,? kalau lebih tak boleh ke,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. x boleh. boleh contact JPJ untuk pengesahan.

      Delete
  49. Tuan,,saya ada 2 kemuskilan.
    1) adakah syarat untuk tukar nama perlu beli insurans atas nama owner baru atau boleh tukar nama terus tanpa insurans baru tu...
    2) adakah perlu dapatkan surat e-batal hakmilik dari bank terlebih dahulu sebelum ke jpj utk tukar nama ataupun bank terus online e-batal ke jpj.t.kasih

    ReplyDelete
  50. salam tuan,
    nak tanya kereta mmg dipakai oleh kawan..
    sebab beli mnggunakan nama saya.
    sekarang hutang di bank dh selesai .
    kalau kereta tu die direct ke puspakom boleh ke.
    atau nama dalam geran kereta yg kena ke puspakom..
    sebab kereta ada di peneng
    sya di perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam tuan.. camne nk selesaikan masalah no engine tak sama? Kenderaan skrg atas nama syarikat dan sy nk tukar atas nama peribadi

      Delete
  51. Assalam. Tukar nama tu di jpj brapa rm...? Dan owner baru n lama

    ReplyDelete
  52. Terima kasih atas info yang berguna ini. Saya baru buat settlement kereta dan akan dapat geran kereta tak lama lagi.(Saya pergi ke bank berdekatan rumah bukan di branch geran saya berada, jadi tunggu geran di courier ke bank berdekatan rumah saya). Kereta saya hendak tukar nama pada owner baru selepas dapat geran kereta. Dinyatakan oleh pihak bank yang nama di geran masih nama bank jadi saya perlu ke jpj untuk cancellation untuk tukar ke nama saya. Saya perlu buat cancellation dulu, baru saya boleh buat pertukaran nama pada owner baru ye?

    ReplyDelete
  53. Sy nak beli kereta.tp wakik ibu dia.owner belajar kat luar negara boleh tak nak proses tukar nama?

    ReplyDelete
  54. Salam ..sy nak tny kereta kena bw ke puspakom ke. Tuk pertukaran hak milik...mohon pencerahan🙏

    ReplyDelete
  55. Salam tuan. Untk urusan insurance perlu beli insurance baru atas nama owner baru dulu atau tukar nama dulu baru boley buat insurance. Sy kurang faham.

    ReplyDelete
  56. tuan..nak tanya..klo insuran da mati sblum tamat tempoh..bolehka owner lm clsim rebat dr insurance company?

    ReplyDelete
  57. as'salam.. berapa bayaran dikenakan utk proses tukar nama ye

    ReplyDelete
  58. Salam bosku. Proses tukar lori ni sama ke macam kereta bosku . Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  59. SALAM... TUAN, GERAN ASAL BELUM BOLEH DAPAT SEBAB MASIH UNTANG BANK MACAM MANA YA? NK TUKAR KE NAMA ADIK JE

    ReplyDelete
  60. Penukaran hak milik secara sukarela tu camna? Cthnya suami beli kereta pakai nama dia n then nk bg kereta tu kt isteri (nama ats geran) cuma byrn ats nama suami..camtu boleh ka?

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email