Artikel terbaharu

Tuesday, February 20, 2018

cara tukar hak milik kereta
Mula-mula saya ingatkan susah urusan tukar hak milik kereta. Rupanya bukan susah sangat, hanya beberapa langkah sahaja urusan anda akan selesai. Kali ini urusan tukar hak milik kereta myvi isteri saya dengan pemilik baru , sahabat saya sendiri yang berada di Terengganu.

Langkah Pertama : Langsai bayar
Mula-mula, mestilah owner baru telah melangsaikan bayaran jual beli kereta tersebut. Melainkan anda seorang yang pemurah dan berniat untuk bersedekah kepada owner baru. huhu...Inilah yang disebut penukaran hak milik secara sukarela di JPJ.

Langkah Kedua : Inspection Puspakom
Owner baru/owner lama perlu ke Puspakom untuk buat inspection. Seperti yang saya maklum sebelum ini, anda perlu buat appointment di Puspakom untuk inspection. Mudah sahaja, hubungi Puspakom terdekat untuk booking appointment. Di puspakom, anda hanya perlu mengisi borang B5 dan tunggu sehingga proses inspection selesai. Puspakom akan mengeluarkan keputusan inspection untuk tindakan selanjutnya. Kos inspection hanya RM30 tidak termasuk GST.

Dokumen yang perlu bawa, IC dan geran asal. Anda juga boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Langkah Ketiga : Urusan di JPJ (owner lama)
Owner lama perlu ke JPJ dan mengisi borang tukar hakmilik kepada pemilik baru. Pihak JPJ akan mengambil thumbprint dan urusan setel. Jangan lupa bawa IC...JPJ akan mengeluarkan slip menunjukkan anda telah selesai urusan thumprint penukaran hak milik. Slip ini tak perlu dibawa bersama oleh owner baru, hanya cukup ambil gambar sahaja. Ada yang original lagi bagus

Details yang perlu di isi dalam borang tukar hak milik adalah nama, IC, alamat untuk kedua-dua owner baru dan lama.

Langkah keempat : Urusan di JPJ (owner baru)
Owner baru seeloknya perbaharui insurance terlebih dahulu di atas nama beliau kerana setelah urusan thumbprint di JPJ, road tax akan terus terbatal. Jika insurance dah diperbaharui, owner baru boleh terus sambung roadtax baru menggunakan geran baru yang telah ditukar miliknya.

Baik, owner baru juga perlu mengisi borang yang sama penukaran hak milik seperti owner lama.
Dokumen perlu di bawa :
1. IC
2. Geran asal
3. Result Inspection puspakom yang asal
4. Slip thumprint owner lama ( gambar pun boleh, jika owner lama berada ditempat lain)

Nanti pegawai akan setelkan thumprint untuk urusan tukar hakmilik dahulu, dan secara automatik roadtax akan mati. Lepas tu owner baru boleh terus apply roadtax baru sebab inusrance baru dah selesai.

Itu sahaja, dan kedua-kedua tak perlu pergi bersama-sama ke JPJ pun. Hanya perlu tunaikan tugas masing. Nak tahu selebihnya, boleh juga rujuk di website JPJ.

Sekian.



51

Monday, February 12, 2018

Alhamdulillah KWSP telah mengumumkan dividen bagi tahun 2017 sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan syariah. Merupakan catatan paling tinggi yang direkodkan dalam dua dekad. Namun, yang paling tinggi pernah dicatat adalah 8.5% iaitu pada tahun 1983 - 1987. Boleh rujuk di sini.
Dividen KWSP tahun 2017


Ini adalah tahun pertama bagi dividen pelaburan syariah yang menunjukkan pulangan dividen yang agak baik berikutan pasaran domestic dan global yang agak baik pada tahun 2017. Menurut pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin berkata, “Sememangnya akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek, walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama”.

Baik, adakah benar pulangan dividen bagi konvensional adalah 6.9%? Mengikut perkongsian daripada En Elias Abllh , certified Islamic Financial Planner, jumlah dividen yang sebenarnya adalah lagi rendah daripada pelaburan syariah. Ini antara sebabnya :

Pembersihan Simpanan Konvensional
Untuk simpanan dan dividen sebelum adanya Simpanan Shariah dan kemudiannya ditukar kepada Simpanan Shariah, tidak perlu pembersihan. Pembersihan di sini bermaksud, hendaklah diasingkan keuntungan yang di jana daripada aset bukan shariah.Tetapi, selepas adanya Simpanan Shariah, dan masih kekal dalam Simpanan Konvensional, maka dividen yang diperolehi hendaklah diasingkan.
Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam Facebooknya, menyatakan kalian WAJIB membuat pembersihan.
Dividen KWSP tahun 2017

Dalam kenyataan KWSP,  hanya 38% dividen Simpanan Konvensional dijana daripada aset patuh shariah. Ini bermakna selepas pembersihan, dividen bersih untuk seorang muslim yang belum memilih Simpanan Shariah ialah

6.9% x 38% = 2.62%

Lebih baik berhijrah kepada Simpanan Shariah dengan dividen bersih 6.4%. Berita baiknya, ahli yang ingin menukar ke Simpanan Shariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018.
Dividen KWSP tahun 2017

Klik Sini Untuk Pautan Laman Web Simpanan Shariah KWSP.

Sila share jika bermanfaat.

Wassalam.

Artikel asal : Elias Abllh

3

Wednesday, February 07, 2018

Alhamdulillah TH telah umumkan dividen bagi tahun 2017 pada hari ini 7 Feb 2018. Ramai yang telah memberi komentar dari sudut pandangan masing-masing. Perlu di ingat, simpanan di TH adalah berlandaskan konsep Al-Wadi’ah Yad Dhamanah, di mana hibah atau hadiah adalah berdasarkan prestasi kewangan tahun semasa dan mengikut budi bicara TH. Jadi, anda bising pun tiada gunanya sebab itulah perjanjian yang anda telah persetujui ketika membuka akaun TH. huhu

Pengiraan hibah bagi tahun 2017 pada awal pengumuman berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Pengiraan kali ini berdasarkan baki minimum tahunan berbanding tahun-tahun sebelumnya yang berdasarkan baki purata min bulanan seperti di bawah

dividen tabung haji 2017

Katakan baki minimum anda pada awal tahun 2017 adalah RM1300, maka hibah yang anda dapat hanyalah ( 6.25% x RM1300) meskipun bulan-bulan seterusnya anda mendeposit ke akaun tabung haji sebanyak RM10000.

Namun setelah mendapat tekanan dari pihak pendeposit, TH telah membuat pengumuman baru. Ianya  kembali berdasarkan purata minimum bulanan di dalam akaun anda. sepert tahun2 sebelumnya. Katakan baki dalam akaun :

6 bulan pertama : RM1300
6 bulan kedua : RM3000

maka puratanya adalah = RM2150, dan semestinya tidak sama dengan kiraan di atas.

dividen tabung haji 2017

Pun begitu, ada 2 perkara anda perlu sedar yang menjadi faktor utama peratusan pulangan simpanan tabung haji. Yang pertama, anda mestilah belum menunaikan haji. Yang kedua, hibah haji hanya terhad kepada bayaran haji yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM9980. Maksudnya, jika anda menyimpan lebih daripada RM9980 sekalipun, contohnya RM100K min tahunan, hibah haji anda hanya (1.75% x RM9980) bukan (1.75% x RM100K). 

Boleh rujuk juka artikel sebelum ini jugak untuk contoh pengiraan pulangan TH.

Maka. jika anda inginkan pulangan yang baik, saya sarankan maksimum simpan adalah sebanyak RM10000 sahaja. Selebihnya anda boleh gunakan di dalam instrumen pelaburan lain supaya tidak berlaku opportunity lost. Apa maksud opportunity lost? maksudnya, anda terlepas peluang untuk mendapat pulangan daripada pelaburan lain sebabnya anda depositkan jumlah yang banyak di dalam TH sedang anda tahu di luar sana masih banyak lagi peluang pelaburan anda.

Baik, apa yang akan berlaku seterusnya selepas TH umumkan perubahan pengiraan hibah ini? Sudah pasti jumlah hibahnya meningkat berbanding pengiraan sebelum ini? Apa akan berlaku dengan penyata kewangan TH? Adakah masalah teknikal media?

Apa kesannya kepada TH & pendeposit2 tabung haji selepas ini. Apa mungkin hibah tahun 2018 menurun? Ini bukan main masak-masak, silap pulang baki 20sen..haha

Sekadar makluman umum statistik dari tahun 2012-2016.

laporan kewangan tabung haji

laporan kewangan tabung haji

Sekian

5

Saturday, February 03, 2018


Dividen Tabung haji 201
Tabung Haji di ramalkan mengumumkan dividen pada minggu ini. Sebagaimana tahun lepas, TH umumkan dividen tahun 2016 pada 3 feb 2017. dengan kadar seperti di bawah
Dividen tabung haji 2017


Dengan alokasi aset pelaburan dalam portfolio ekuiti lebih kurang 45% , di jangkakan dividen bagi tahun 2017 akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ini kerana, performance pasaran saham di lihat agak baik tahun pada tahun 2017. Index FBM KLCI telah mencecah 1800 pada hujung tahun 2017.

Adakah masih relevan menyimpan di Tabung Haji? Boleh rujuk post saya sebelum ini di sini.

Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Tabung Haji.



10

Wednesday, January 31, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog dah berhabuk disebabkan saya selalu tenggelam timbul untuk menaip. Huhu….Jeles jugak tengok rakan-rakan blogger lain dengan rajinnya tak henti-henti update blog berkongsi apa sahaja yang memberi faedah kepada pembaca. Saya seperti biasa, sentiasa memberi alasan kekangan masa untuk berkongsi dengan para pembaca. Tapi apakan daya, memang itu pun yang terjadi..hahaha

Bulan Jan 2018 ini kita digegarkan dengan sebuah karya Sabri Yunus dalam cerita Pok Ya Cong Codei yang memikat hati penonton. Saya rasa macam nak memberi komentar dari sudut pandangan saya sebagai seorang anak Kelantan yang kagum dengan karya ini. Tapi bukan kali ini nampaknya, mungkin dalam entri yang berikutnya InsyaALLAH…

Baik, memadailah saya membebel sebagai pendahulu kata. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai lawatan saya ke negeri Melaka. Seingat saya, sepanjang umur saya baru 5 kali saya menjejakkan kaki ke negeri Melaka. Kali pertama ketika darjah 6, kali ke 2 ketika masih menuntut di universiti, dan bakinya ketika sudah bekeluarga.

Bagi saya, tarikan paling utama di negeri Melaka bukan kerana tempat2 yang menarik dan bersejarah. Akan tetapi, kerana suasana yang amat bersih di Melaka yang menarik minat saya. Sepanjang kunjungan saya, Melaka memang sangat bersih bermula dari bandar sehinggalah ke segenap kampung. Syabas kerajaan Melaka dan rakyatnya yang berdisiplin memelihara kebersihan negeri Melaka.

Baik, ini antara lokasi wajib bagi saya yang patut anda lawati:

1) A Famosa Resort Melaka
Apa yang menarik sangat kat resort ni? Menyediakan hospitality yang terbaik untuk anda sekeluarga di samping kemudahan dan tarikan-tarikan lain di sini. Antaranya, theme park, Safari Wonderland dan Old West yang menjadi tarikan kepada keluarga dan juga event2 syarikat. Yang menariknya juga, anda boleh menempah pakej BBQ yang amat sesuai untuk percutian keluarga @ family day sesebuat organisasi atau syarikat. Tunggu apa lagi,book afamosa resort on Traveloka untuk mendapatkan harga yang amat menarik. Anda pasti tidak akan menyesal seumur hidup anda. Haha

Tak usah bercerita panjang, biar gambar berbicara apa yang menarik di sini.

Safari Wonderland

Lokasi menarik di Melaka

Water Theme Park
Lokasi menarik di Melaka

Lokasi Menarik di Melaka

Lokasi Menarik di Melaka

Old West
Lokasi Menarik di Melaka

Lokasi Menarik di Melaka

Lokasi Menarik di Melaka

Freeport A' Famosa Outlet
Lokasi Menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Sukan dan Rekreasi
Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

2) Kota A Famosa
Kota ini merupakan lambang sejarah utama di negeri Melaka. Pada asalnya ia adalah merupakan sebuah kubu yang di bina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511. Terbina kubu ini atas arahan Alfonso de Albuquerque untuk menangkis serangan orang – orang Melayu pada ketika itu. Di siapkan dalam masa 5 bulan  dan diberi nama sebagai “A Famosa” atau nama rasminya adalah Kubu Melaka.
Lokasi menarik di Melaka
Wajib untuk anda mengambil gambar di sini sebagai kenangan.


3) Rumah Terbalik
Sekiranya anda masih belum berpeluang untuk ke New Zealand untuk melihat Rumah Terbalik, anda boleh datang ke negeri Melaka. Saja saya bandingkan dengan New Zealand, supaya ianya nampak gempak sikit,haha…Alang2 dah datang, bolehlah singgah di sini..Jangan lupa bawa maykad, mykid semua. Maklumat Lanjut seperti berikut :
Lokasi menarik di Melaka
Imej : blog malaysia asia

Lokasi menarik di Melaka
Imej : blog malaysia asia


Waktu Operasi :
Isnin – Khamis 10am – 6pm
Jumaat – Ahad/Cuti Am 10am – 9pm

Tiket
Warganegara
RM15 dewasa
RM10, kanak (bawah 12tahun)
RM10 warga emas (60 tahun keatas)
50% diskaun untuk OKU

Bukan Warganegara
RM20 dewasa
RM16, kanak (bawah 12tahun)
RM16 warga emas (60 tahun keatas)
50% diskaun untuk OKU

4) Masjid Kampung Hulu
Masjid ini merupakan masjid yang ketiga tertua di Malaysia yang masih digunakan di tempat asalnya. Masih lagi mengekalkan binaan lama walaupun ada sedikit penambah baikan untuk memastikan ianya kekal utuh untuk digunakan. Menjadi lambang kepada kelonggaran kepelbagaian agama oleh Belanda berbanding Portugis yang memusnahkan semua rumah ibadat bukan Kristian.
 
Lokasi menarik di Melaka
Imej : Berita harian

Lokasi menarik di Melaka
Imej : Berita harian

5) Melaka River Cruise
Memandangkan anak-anak saya suka menaiki bot, Melaka River Cruise adalah aktiviti yang tidak dapat ditinggalkan. Bandar Melaka di waktu malam sungguh meriah dan cantik pemandangannya. Maklumat lanjut seperti berikut :

Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka

Waktu operasi
Setiap hari 9am – 1130pm

Lokasi menarik di Melaka


Tiket
Boleh didapati di Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka.

Maklumat lanjut : Melaka River Cruise

6) Zoo Melaka & Night Safari
Pengalaman yang amat mengujakan buat anak-anak saya ketika berkunjung ke sini. Mana tidaknya, macam-macam haiwan dan aktiviti menarik boleh didapati di sini. Yang paling seronok adalah ketika Bird Show dan Elephant Feeding.
Lokasi menarik di Melaka

Lokasi menarik di Melaka


Waktu operasi
Zoo : Setiap  9am – 6pm, last tiket (530pm)
Night Safari : Malam Jumaat dan Sabtu, cuti umum dan cuti sekolah 8pm- 11pm, last tiket 10pm)

Tiket 
Lokasi menarik di Melaka

 Maklumat lanjut : Zoo Melaka 

 Sekian, semoga bermanfaat.
  





5

Tuesday, January 16, 2018

Lama dah sebenarnya saya nak share pasal renew road tax motosikal ni. Tapi banyak kali tunda..huhu..
Yang ni special sikit sebab road tax expired dah lebih dari setahun. Motosikal saya road tax expired tahun 2012 lg..Tahun 2016 baru renew, selama 4 tahun naik motosikal dengan road tax dah mati. Nasib baik tak kena tahan dengan polis atau JPJ. Kalau tak, kena tahan kat balaila jawabnya.huhu..

Saya ada survey2, untuk kes road tax expired lebih setahun kemungkinan menelan belanja yang agak mahal. Lebih RM200. Abang saya pun pernah buat sebelum ini dan kosnya memang lebih RM200. Harga ini dikenakan oleh ejen insuran motosikal yang mana mereka akan proseskan permohonan anda dari A sampai Z. Melibatkan pihak Puspakom, insurance dan JPJ.
Baik, apa yang saya buat??

a) Booking Appointment Puspakom
Mula2, saya booking appointment inspection kat Puspakom di talian 03 – 5101 7000. No talian ini hanya untuk Wangsa Maju dan Seremban sahaja. Untuk lokasi selain dari ini anda boleh refer di sini.

b) Dokumen
Sebelum ke Puspakom, pastikan anda bawak geran asli, IC dan lesen memandu.

c) Pembayaran Fi (Fee)
Di Puspakom wangsa maju, anda perlu     ke pondok sekuriti untuk pendaftaran. Anda perlu mengisi borang dan pihak puspakom akan beri kepada anda no giliran. Anda boleh terus ke payment counter sebelah pondok sekuriti. Bayaran yang dikenakan kepada saya RM20 sahaja.
Cukai Jalan Tamat Tempoh

d) Inspection
Selepas pembayaran, anda hanya perlu tunggu pegawai puspakom datang untuk inspect kenderaan anda. Untuk motosikal, senang dan singkat sahaja inspection yang di buat. Mereka bandingkan nombor chasis di motosikal dan geran samada sama atau tidak. Kemudian, mereka check lampu signal, lampu brake dan hon. Semuanya OK, kira lulus dan seterusnya anda hanya perlu menunggu untuk laporan inspection kenderaan anda. Laporan ini penting untuk permohonan road tax di JPJ.
Cukai Jalan Tamat tempoh

e) Insurance
Seterusnya, anda hanya perlu bayar motor takaful untuk motosikal anda. Saya menggunakan Takaful Malaysia, Third Party insurance dan jumlah bayaran adalam RM87.60 untuk setahun.

f) Road Tax
Saya ke UTC, bawa skali lesen, geran asal, laporan puspakom, sijil Takaful untuk permohonan road tax baru. Mula2 saya agak cuak takut kos yang mahal memandangkan sudah 4 tahun expired.huhu..Bila tiba giliran, rupa2nya RM2 je..Alhamdulillah tiada sebarang denda di kenakan..huhu

So, jumlah keseluruhan adalah RM20 + RM87.60 +RM2 = RM109.60 sahaja..Jimat banyak berbanding anda serahkan kepada ejen motor takaful/insurance.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Puspakom , di sini.

Sekian, semoga bermanfaat.






8

Asslamualaikum,

Lama x update blog. Malam tadi rasa cam nak jadi chef kejap. Tibe2 rasa nak makan siakap stim.  Sebenarnya bukan stim pun,  siakap rebus. Haha

Baik,  bahan2 saya guna 


- seekor ikan siakap
- 2 batang serai
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawag holland besar
- 1 inci halia
-  1 biji besar limau nipis(perahan air limau). Alternatif anda boleh boleh beli perahan limau nipis yang dijual dalam botol di kedai. 
- 1 sudu besar sos tiram. Alternatif anda boleh guna sos ikan,  juga boleh dibeli di kedai dalam botol. 
- sedikit kicap manis
- gula garam secukup rasa
- 2,3 biji lada. Jika mahu pedas,  boleh letak lebih
- daun limau purut, carik2
- air dalam 3 cawan
- sedikit kiub pati ayam knorr

Untuk hiasan dan menambah sedikit perisa, saya guna daun sup,  daun bawang dan lada merah besar. 

Cara- caranya senang sahaja. 

1. Ketuk bawang putih & batang serai. Potong bawang holland, lepas tu campak semua ke dalam kuali bersama air. Masukkan sekali kiub pati ayam. Lepas itu kacau

2. Masukkan perahan air limau nipis, daun limau purut, lada,  sos tiram,  kicap manis, gula dan garam secukup rasa. Kacau2kan sedikit dan biarkan dalam 5 min.  Lepas tu letak ikan siakap dan tutup kan kuali, biarkan dalam 10 hingga 15min

3. Dah masak,  rasa la dulu apa yang tak cukup, sempat lagi nak adjust. Haha.. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan lada.. 


Selamat menjamu selera dan selamat mencuba "siakap rebus campak2".. Tergugat bisnes abang2 dan kakak2 thai.. Hahaha
1

Friday, November 10, 2017

punca gearbox kereta rosak
Imej : timscribble.com
Baru-baru ni kereta saya mengalami kerosakan gearbox. Kereta hanya setakat gear 2 sahaja dan tak boleh bertukar ke gear 3 dan seterusnya. Pening dibuatnya..Dahla kerosakan gearbox ini antara mimpi negeri buat seseorang pemilik kereta kerana kos untuk baikinya amatlah mahal..Menangis tak berlagu la jawabnya..haha

Nasib baik saya menggunakan insuran etika takaful yang mebolehkan saya menggunakan perkhidmatan tow truck secara percuma. Peringatan untuk anda semua, bila kita bayar insuran kereta pastikan kita cover sekali khidmat tow truck untuk tujuan kecemasan. Saya tak pasti insuran lain, tapi etika takaful menyediakan servis ini. Saya hanya buat panggilan ke etika takaful dan menetapkan tarikh dan masa untuk tow truck datang ambil kereta. Alhamdulillah kereta selamat di hantar ke bengkel berdekatan..
punca gearbox kereta rosak
Baik, di pendekkan cerita, saya nk kongsikan kenapa agaknya gearbox kereta auto rosak. Antara punca-punca kerosakan gearbox kereta auto secara amnya adalah :

Minyak Gearbox yang salah
Penggunaan minyak yang salah boleh menyebabkan kerosakan kepada gearbox kereta anda. Pastikan anda menggunakan minyak yang betul seperti yang disarankan oleh pengeluar kereta anda. Jika kereta anda menggunakan minyak ATF, pastikan jangan tertukar dengan minyak CVT. ATF dan CVT juga mempunyai banyak jenis variasi, pastikan anda menggunakan yang betul untuk kereta anda. 

Kebocoran minyak gearbox
Perkara ini biasa berlaku sepertimana kebocoran minyak pelincir enjin kereta. Bila minyak gearbox berkurang di sebabkan kebocoran, maka gearbox beroperasi dalam keadaan tidak cukup lubrication yang menyebabkan kerosakan awal kepada komponen dalam gearbox. 

Filter tersumbat
Sepatutnya filter berfungsi untuk menapis sebarang kekotoran atau bendasing ke dalam gearbox kereta. Namun, apabila filter tersumbat kemungkinan gearbox kereta anda tidak mempunyai lubrication yang secukupnya dan kesannya sama seperti kebocoran minyak gearbox. Boleh rujuk manual kekerapan menukar filter minyak gearbox.

Penggunaan minyak gearbox lebih dari tempoh
Dalam manual kereta ada dinyatakan tempoh untuk minyak gearbox kereta anda. Selalunya setiap 20000km hingga 30000km bergantung kepada jenis minyak yang digunakan. Jangan ambil mudah jika melebih mileage dan anda masih belum menukar minyak yang baru kerana lama kelamaan akan mengundang kerosakan gearbox kereta.

Misaligned gearbox 
Saya rasa ini punca yang paling utama kereta saya rosak gearbox. Punca misalignment adalah disebabkan engine mounting kereta saya rosak dan dibiarkan terlalu lama. Perlu diingat engine mounting bukan untuk engine sahaja, tapi gearbox juga. Jika ianya rosak, vibration akan berlaku dan menyebabkan misalignment yang akan merosakkan gearbox kereta anda.

Sekian cerita saya, semoga bermanfaat.
11

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email