Monday, February 12, 2018

Dividen KWSP tahun 2017

Alhamdulillah KWSP telah mengumumkan dividen bagi tahun 2017 sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan syariah. Merupakan catatan paling tinggi yang direkodkan dalam dua dekad. Namun, yang paling tinggi pernah dicatat adalah 8.5% iaitu pada tahun 1983 - 1987. Boleh rujuk di sini.
Dividen KWSP tahun 2017


Ini adalah tahun pertama bagi dividen pelaburan syariah yang menunjukkan pulangan dividen yang agak baik berikutan pasaran domestic dan global yang agak baik pada tahun 2017. Menurut pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin berkata, “Sememangnya akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek, walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama”.

Baik, adakah benar pulangan dividen bagi konvensional adalah 6.9%? Mengikut perkongsian daripada En Elias Abllh , certified Islamic Financial Planner, jumlah dividen yang sebenarnya adalah lagi rendah daripada pelaburan syariah. Ini antara sebabnya :

Pembersihan Simpanan Konvensional
Untuk simpanan dan dividen sebelum adanya Simpanan Shariah dan kemudiannya ditukar kepada Simpanan Shariah, tidak perlu pembersihan. Pembersihan di sini bermaksud, hendaklah diasingkan keuntungan yang di jana daripada aset bukan shariah.Tetapi, selepas adanya Simpanan Shariah, dan masih kekal dalam Simpanan Konvensional, maka dividen yang diperolehi hendaklah diasingkan.
Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam Facebooknya, menyatakan kalian WAJIB membuat pembersihan.
Dividen KWSP tahun 2017

Dalam kenyataan KWSP,  hanya 38% dividen Simpanan Konvensional dijana daripada aset patuh shariah. Ini bermakna selepas pembersihan, dividen bersih untuk seorang muslim yang belum memilih Simpanan Shariah ialah

6.9% x 38% = 2.62%

Lebih baik berhijrah kepada Simpanan Shariah dengan dividen bersih 6.4%. Berita baiknya, ahli yang ingin menukar ke Simpanan Shariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018.
Dividen KWSP tahun 2017

Klik Sini Untuk Pautan Laman Web Simpanan Shariah KWSP.

Sila share jika bermanfaat.

Wassalam.

Artikel asal : Elias Abllh

3 comments:

  1. Abe kie ambik skim pencen. Namun dlm akaun 3 ada lagi dkt rm750 n ia terus bertambah. Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email