Tuesday, February 20, 2018

cara tukar hak milik kereta
Mula-mula saya ingatkan susah urusan tukar hak milik kereta. Rupanya bukan susah sangat, hanya beberapa langkah sahaja urusan anda akan selesai. Kali ini urusan tukar hak milik kereta myvi isteri saya dengan pemilik baru , sahabat saya sendiri yang berada di Terengganu.

Langkah Pertama : Langsai bayar
Mula-mula, mestilah owner baru telah melangsaikan bayaran jual beli kereta tersebut. Melainkan anda seorang yang pemurah dan berniat untuk bersedekah kepada owner baru. huhu...Inilah yang disebut penukaran hak milik secara sukarela di JPJ.

Langkah Kedua : Inspection Puspakom
Owner baru/owner lama perlu ke Puspakom untuk buat inspection. Seperti yang saya maklum sebelum ini, anda perlu buat appointment di Puspakom untuk inspection. Mudah sahaja, hubungi Puspakom terdekat untuk booking appointment. Di puspakom, anda hanya perlu mengisi borang B5 dan tunggu sehingga proses inspection selesai. Puspakom akan mengeluarkan keputusan inspection untuk tindakan selanjutnya. Kos inspection hanya RM30 tidak termasuk GST.

Dokumen yang perlu bawa, IC dan geran asal. Anda juga boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Langkah Ketiga : Urusan di JPJ (owner lama)
Owner lama perlu ke JPJ dan mengisi borang tukar hakmilik kepada pemilik baru. Pihak JPJ akan mengambil thumbprint dan urusan setel. Jangan lupa bawa IC...JPJ akan mengeluarkan slip menunjukkan anda telah selesai urusan thumprint penukaran hak milik. Slip ini tak perlu dibawa bersama oleh owner baru, hanya cukup ambil gambar sahaja. Ada yang original lagi bagus

Details yang perlu di isi dalam borang tukar hak milik adalah nama, IC, alamat untuk kedua-dua owner baru dan lama.

Langkah keempat : Urusan di JPJ (owner baru)
Owner baru seeloknya perbaharui insurance terlebih dahulu di atas nama beliau kerana setelah urusan thumbprint di JPJ, road tax akan terus terbatal. Jika insurance dah diperbaharui, owner baru boleh terus sambung roadtax baru menggunakan geran baru yang telah ditukar miliknya.

Baik, owner baru juga perlu mengisi borang yang sama penukaran hak milik seperti owner lama.
Dokumen perlu di bawa :
1. IC
2. Geran asal
3. Result Inspection puspakom yang asal
4. Slip thumprint owner lama ( gambar pun boleh, jika owner lama berada ditempat lain)

Nanti pegawai akan setelkan thumprint untuk urusan tukar hakmilik dahulu, dan secara automatik roadtax akan mati. Lepas tu owner baru boleh terus apply roadtax baru sebab inusrance baru dah selesai.

Itu sahaja, dan kedua-kedua tak perlu pergi bersama-sama ke JPJ pun. Hanya perlu tunaikan tugas masing. Nak tahu selebihnya, boleh juga rujuk di website JPJ.

Sekian.



111

Monday, February 12, 2018

Alhamdulillah KWSP telah mengumumkan dividen bagi tahun 2017 sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan syariah. Merupakan catatan paling tinggi yang direkodkan dalam dua dekad. Namun, yang paling tinggi pernah dicatat adalah 8.5% iaitu pada tahun 1983 - 1987. Boleh rujuk di sini.
Dividen KWSP tahun 2017


Ini adalah tahun pertama bagi dividen pelaburan syariah yang menunjukkan pulangan dividen yang agak baik berikutan pasaran domestic dan global yang agak baik pada tahun 2017. Menurut pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin berkata, “Sememangnya akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek, walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama”.

Baik, adakah benar pulangan dividen bagi konvensional adalah 6.9%? Mengikut perkongsian daripada En Elias Abllh , certified Islamic Financial Planner, jumlah dividen yang sebenarnya adalah lagi rendah daripada pelaburan syariah. Ini antara sebabnya :

Pembersihan Simpanan Konvensional
Untuk simpanan dan dividen sebelum adanya Simpanan Shariah dan kemudiannya ditukar kepada Simpanan Shariah, tidak perlu pembersihan. Pembersihan di sini bermaksud, hendaklah diasingkan keuntungan yang di jana daripada aset bukan shariah.Tetapi, selepas adanya Simpanan Shariah, dan masih kekal dalam Simpanan Konvensional, maka dividen yang diperolehi hendaklah diasingkan.
Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam Facebooknya, menyatakan kalian WAJIB membuat pembersihan.
Dividen KWSP tahun 2017

Dalam kenyataan KWSP,  hanya 38% dividen Simpanan Konvensional dijana daripada aset patuh shariah. Ini bermakna selepas pembersihan, dividen bersih untuk seorang muslim yang belum memilih Simpanan Shariah ialah

6.9% x 38% = 2.62%

Lebih baik berhijrah kepada Simpanan Shariah dengan dividen bersih 6.4%. Berita baiknya, ahli yang ingin menukar ke Simpanan Shariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018.
Dividen KWSP tahun 2017

Klik Sini Untuk Pautan Laman Web Simpanan Shariah KWSP.

Sila share jika bermanfaat.

Wassalam.

Artikel asal : Elias Abllh

3

Wednesday, February 07, 2018

Alhamdulillah TH telah umumkan dividen bagi tahun 2017 pada hari ini 7 Feb 2018. Ramai yang telah memberi komentar dari sudut pandangan masing-masing. Perlu di ingat, simpanan di TH adalah berlandaskan konsep Al-Wadi’ah Yad Dhamanah, di mana hibah atau hadiah adalah berdasarkan prestasi kewangan tahun semasa dan mengikut budi bicara TH. Jadi, anda bising pun tiada gunanya sebab itulah perjanjian yang anda telah persetujui ketika membuka akaun TH. huhu

Pengiraan hibah bagi tahun 2017 pada awal pengumuman berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Pengiraan kali ini berdasarkan baki minimum tahunan berbanding tahun-tahun sebelumnya yang berdasarkan baki purata min bulanan seperti di bawah

dividen tabung haji 2017

Katakan baki minimum anda pada awal tahun 2017 adalah RM1300, maka hibah yang anda dapat hanyalah ( 6.25% x RM1300) meskipun bulan-bulan seterusnya anda mendeposit ke akaun tabung haji sebanyak RM10000.

Namun setelah mendapat tekanan dari pihak pendeposit, TH telah membuat pengumuman baru. Ianya  kembali berdasarkan purata minimum bulanan di dalam akaun anda. sepert tahun2 sebelumnya. Katakan baki dalam akaun :

6 bulan pertama : RM1300
6 bulan kedua : RM3000

maka puratanya adalah = RM2150, dan semestinya tidak sama dengan kiraan di atas.

dividen tabung haji 2017

Pun begitu, ada 2 perkara anda perlu sedar yang menjadi faktor utama peratusan pulangan simpanan tabung haji. Yang pertama, anda mestilah belum menunaikan haji. Yang kedua, hibah haji hanya terhad kepada bayaran haji yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM9980. Maksudnya, jika anda menyimpan lebih daripada RM9980 sekalipun, contohnya RM100K min tahunan, hibah haji anda hanya (1.75% x RM9980) bukan (1.75% x RM100K). 

Boleh rujuk juka artikel sebelum ini jugak untuk contoh pengiraan pulangan TH.

Maka. jika anda inginkan pulangan yang baik, saya sarankan maksimum simpan adalah sebanyak RM10000 sahaja. Selebihnya anda boleh gunakan di dalam instrumen pelaburan lain supaya tidak berlaku opportunity lost. Apa maksud opportunity lost? maksudnya, anda terlepas peluang untuk mendapat pulangan daripada pelaburan lain sebabnya anda depositkan jumlah yang banyak di dalam TH sedang anda tahu di luar sana masih banyak lagi peluang pelaburan anda.

Baik, apa yang akan berlaku seterusnya selepas TH umumkan perubahan pengiraan hibah ini? Sudah pasti jumlah hibahnya meningkat berbanding pengiraan sebelum ini? Apa akan berlaku dengan penyata kewangan TH? Adakah masalah teknikal media?

Apa kesannya kepada TH & pendeposit2 tabung haji selepas ini. Apa mungkin hibah tahun 2018 menurun? Ini bukan main masak-masak, silap pulang baki 20sen..haha

Sekadar makluman umum statistik dari tahun 2012-2016.

laporan kewangan tabung haji

laporan kewangan tabung haji

Sekian

5

Saturday, February 03, 2018


Dividen Tabung haji 201
Tabung Haji di ramalkan mengumumkan dividen pada minggu ini. Sebagaimana tahun lepas, TH umumkan dividen tahun 2016 pada 3 feb 2017. dengan kadar seperti di bawah
Dividen tabung haji 2017


Dengan alokasi aset pelaburan dalam portfolio ekuiti lebih kurang 45% , di jangkakan dividen bagi tahun 2017 akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ini kerana, performance pasaran saham di lihat agak baik tahun pada tahun 2017. Index FBM KLCI telah mencecah 1800 pada hujung tahun 2017.

Adakah masih relevan menyimpan di Tabung Haji? Boleh rujuk post saya sebelum ini di sini.

Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Tabung Haji.



10

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email