Lama dah sebenarnya saya nak share pasal renew road tax
motosikal ni. Tapi banyak kali tunda..huhu..
Yang ni special sikit sebab road tax expired dah lebih dari setahun.
Motosikal saya road tax expired tahun 2012 lg..Tahun 2016 baru renew, selama 4
tahun naik motosikal dengan road tax dah mati. Nasib baik tak kena tahan dengan
polis atau JPJ. Kalau tak, kena tahan kat balaila jawabnya.huhu..
Saya ada survey2, untuk kes road tax expired lebih setahun kemungkinan menelan
belanja yang agak mahal. Lebih RM200. Abang saya pun pernah buat sebelum ini
dan kosnya memang lebih RM200. Harga ini dikenakan oleh ejen insuran motosikal
yang mana mereka akan proseskan permohonan anda dari A sampai Z. Melibatkan
pihak Puspakom, insurance dan JPJ.
Baik, apa yang saya buat??
a) Booking Appointment Puspakom
Mula2, saya booking appointment inspection kat Puspakom di
talian 03 – 5101 7000. No talian ini hanya untuk Wangsa Maju dan Seremban
sahaja. Untuk lokasi selain dari ini anda boleh refer di sini.
b) Dokumen
Sebelum ke Puspakom, pastikan anda bawak geran asli, IC dan lesen
memandu.
c) Pembayaran Fi (Fee)
Di Puspakom wangsa maju, anda perlu ke pondok sekuriti untuk pendaftaran. Anda perlu mengisi borang
dan pihak puspakom akan beri kepada anda no giliran. Anda boleh terus ke
payment counter sebelah pondok sekuriti. Bayaran yang dikenakan kepada saya
RM20 sahaja.
d) Inspection
Selepas pembayaran, anda hanya perlu tunggu pegawai puspakom
datang untuk inspect kenderaan anda. Untuk motosikal, senang dan singkat sahaja
inspection yang di buat. Mereka bandingkan nombor chasis di motosikal dan geran
samada sama atau tidak. Kemudian, mereka check lampu signal, lampu brake dan
hon. Semuanya OK, kira lulus dan seterusnya anda hanya perlu menunggu untuk
laporan inspection kenderaan anda. Laporan ini penting untuk permohonan road
tax di JPJ.
e) Insurance
Seterusnya, anda hanya perlu bayar motor takaful untuk
motosikal anda. Saya menggunakan Takaful Malaysia, Third Party insurance dan
jumlah bayaran adalam RM87.60 untuk setahun.
f) Road Tax
Saya ke UTC, bawa skali lesen, geran asal, laporan puspakom,
sijil Takaful untuk permohonan road tax baru. Mula2 saya agak cuak takut kos
yang mahal memandangkan sudah 4 tahun expired.huhu..Bila tiba giliran, rupa2nya
RM2 je..Alhamdulillah tiada sebarang denda di kenakan..huhu
So, jumlah keseluruhan adalah RM20 + RM87.60 +RM2 = RM109.60 sahaja..Jimat banyak
berbanding anda serahkan kepada ejen motor takaful/insurance.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Puspakom , di sini.
Sekian, semoga bermanfaat.
Abe kie meme pastikan road tax diperbaharui sebelum tamat tempohnya sbb bimbang ditahan polis atau jpj
ReplyDeleteterima kasih abam jaq kongsi ni..
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeleteKalau kereta? Sama je ke step dia? 4 thun jgk tk renew.
ReplyDeleteKalau kereta? Sama je ke step dia? 4 thun jgk tk renew.
ReplyDeleteKereta lebih setahun memang wajib inspection di PUSPAKOM
ReplyDeleteKALAU MOTOR. XPERLU SAMA SEKALI KE PUSPAKOM. INSPECTION DI JPJ FREE SAJA. SO JIMAT LAGI RM20.
CONTACT SY UNTUK KIRAAN INSURANS 0142391894
ic dan lesen wajib owner moto yg punya ke? atau pon boleh org lain punya
ReplyDeleteic dan lesen wajib owner moto yg punya ke? atau pon boleh org lain punya
ReplyDeleteGeran motor atas nama ibu..boleh ke kalau anak renew..dah lama x bayar
ReplyDeleteBang tny skit. Mmg perlu buat oppointment ke? Kalau walkin boleh x?
ReplyDelete