Wednesday, February 22, 2017

Semua orang tahu negara Switzerland terkenal dengan negara pembuat jam yang ternama di dunia. Ianya menjadikan tarikan utama negara ini  selain daripada tarikan tarikan lain seperti keju. tasik-tasik atau pergunungan yang cantik, coklat dan sebagainya.

Buat penggemar jam Swiss terutama orang lelaki, anda boleh lihat panduan infografik untuk membeli jam Swiss pertama anda di bawah bajet USD2000 seperti di bawah. Saya juga adalah peminat jam Swiss, namun hanya mampu lihat sahaja, kerana belum mampu. huhu

Semoga bermanfaat.

Imej : Gracious Watch
Sumber : Gracious Watch
2

Monday, February 20, 2017

KWPS telah mengumumkan dividen bagi tahun 2016 sebanyak 5.7%. Seperti yang telah di jangkakan sebagaimana penurunan kadar dividen yang di umumkan oleh ASB dan Tabung Haji. Oh ye, jangan lupa bayar zakat pula ye kepada semua pencarum KWSP.
Dividen KWSP 2016

Anda boleh rujuk sendiri penyata KWSP samada melalui kiosk atau i-Akaun KWSP. Berdasarkan rekod sejak tahun 1952 sehingga 2016, KWSP masih belum berjaya memberi pulangan yang lebih daripada 9% setahun. Sila rujuk di sini.

Sekian terima kasih.
2

Tuesday, February 14, 2017

Agak lama saya tak berkongsi mengenai kehidupan di pelantar minyak. Kali ini saya rasa macam nak berkongsi di antara salah satu equipment yang amat penting di pelantar minyak mahupun Cruise Boat seperti Titanic, bot-bot besar yang digunakan untuk kerja-kerja di laut dan sebagainya.

Dalam industri Oil and Gas, ianya dikenali sebagai Survival Craft @ Lifeboat. Sebagaimana namanya diberi, ianya bertujuan menyelamat pekerja-pekerja daripada insiden-insiden yang tidak di ingini. Selalunya adalah insiden kebakaran yang menyebabkan semua pekerja wajib meninggalkan pelantar minyak. Jika anda pernah menonton filem Deepwater Horizon, maka anda akan dapat lihat bot ini digunakan untuk membawa pekerja-pekerja keluar dari kebakaran yang berlaku di Deepwater Horizon.
Offshore platform

Bot ini bukanlah bot laju seperti bot-bot biasa yang di gunakan di sungai, pantai, laut dan sebagainya. Ianya bot penyelamat yang membawa penumpang cukup sekadar keluar daripada tempat kejadian dan menuju kepada kawasan yang lebih selamat. Kawasan selamat yang dimaksudkan selalunya adalah bot yang lain yang sentiasa bersiap sedia (standby) berlegar disekitar platform untuk kegunaan seharian samada mengangkut barang-barang keperluan dan juga untuk tujuan pengangkutan pekerja-pekerja ke platform-platform yang lain.

Bot ini bukan juga digunakan setiap hari malah ianya hanya akan digunakan sepenuhnya hanya ketika insiden betul-betul berlaku. Cumanya, pada masa tertentu ianya akan menjalani peyelengaraan dan  ianya akan diuji mengikut kekerapan yang telah ditentukan. 

Baik, apa yang menarik sangat dengan bot ini? Salah satu ciri yang menarik mengenai bot ini ialah "Self-Righting". Apa maksudnya?Maksudnya, bot ini boleh kembali kepada kedudukan asal apabila ianya terbalik. Contohnya ketika bot ini sedang belayar dalam keadaan ombak yang besar yang menyebabkan ianya terbalik sebaik sahaja di lancarkan daripada pelantar minyak. Ciri ini amat penting terutama kepada pelantar-pelantar minyak yang berada di North Sea yang merupakan pelantar minyak laut dalam. 
Contoh ujian "self righting"

Sebenarnya bot ini terdiri daripada beberapa jenis yang lazimnya digunakan di pelantar minyak. Selalunya apa yang akan anda jumpa di perairan Malaysia ada dua jenis seperti di bawah. Samada single fall ataupun double@twin fall. Ia merujuk kepada bagaimana ianya dilancarkan daripada pelantar minyak. Single fall maknanya menggunakan satu hook sahaja manakala twin fall menggunakan dua hook.
Lifeboat
Twin Fall, Imej : Scan Pacific Marine LLC

lifeboat
Single Fall , Imej : Survival System International
Jika di kawasan perairan laut dalam contohnya di kawasan perairan North Sea, anda akan jumpa bot yang agak menakutkan anda iaitu jenis freefall boat. Nampak macam menakutkan, tetapi ianya telah direka bentuk dan di uji selamat untuk digunakan dengan kaedah-kaedah penggunaan yang telah ditetapkan. Kelebihan jenis ini ianya boleh tenggelam dalam air untuk seketika dan akan timbul balik ke permukaan air selepas ianya dilancarkan. Jika dibandingkan dengan bot-bot lain, bot ini paling cepat dilancarkan dan sebab itu juga ianya sangat sesuai digunakan di pelantar minyak laut dalam.

 Anda boleh lihat imej dan video di bawah.

lifeboat
Free Fall , Imej : Proof Load,com
Freefall Lifeboat Training , Norsafe

Begitulah sedikit sebanyak gambaran mengenai boat penyelamat yang digunakan di pelantar minyak, Di harap dapat memberi idea kepada kawan-kawan yang belum ada pengalaman bekerja di pelantar minyak.

Sekian. Semoga bermanfaat.


7

Tuesday, February 07, 2017

Why Ferrari is so expensive
Dua hari lepas anak-anak saya memberi "kebenaran" untuk saya menonton siaran You Tube di rumah. Sambil-sambil melayan mereka bermain "mengemas" rumah antara mereka bertiga. Memang sangat kemas dan cantik rumah dibuatnya..Terbeliak mata saya...hahaha

Selalunya memanglah mereka yang menguasai TV di rumah, tapi kali ini dapat peluang baik punya yang memang tidak boleh dilepaskan..hehehe...Saya sempat menonton You Tube mengenai kilang kereta supercar Ferrari. Perasaan memang sangat teruja dan berharap boleh bersama-sama dengan team mereka membina sebuah Ferrari. Saya berangan2 saya tulis nama saya di bahagian cover engine head sebagai langkah terakhir sebelum kereta itu di pasarkan. Logik tak? hahaha

Bila tengok keseluruhan video dan juga dengan pengetahuan yang terhad, baru saya faham kenapa kereta Ferrari ini sangatlah mahal. Semuanya kerana :

1. Teknologi Maju
Walaupun Ferrari bukanlah supercar yang paling laju di dunia, namun ianya memang sinonim dengan teknologi yang maju dalam menghasilkan supercar. Sinonim juga dengan kereta yang laju di litar F1 yang menjadi kegilaan peminat-peminat F1 di dunia.

2. Elegan dan Eksklusif
Reka bentuk yang nampak sungguh elegan dan moden menggunakan warna merah sebagai branding utama dan dominan di samping juga warna-warna lain. Kemasan interior yang menggunakan tenaga manusia (hand-made) yang cukup mahir yang juga turut menggunakan mesin jahit tradisional.

3. Material yang berkualiti dan pekerja mahir
Menggunakan material yang sungguh berkualiti dalam pembinaan kereta. Yang paling best, setiap enjin disiapkan menggunakan tangan manusia yang sangat mahir(hand-assembled). Beberapa proses yang lazimnya di kebanyakan kilang  dilakukan secara automatik, namun di Ferrari, anda jangan terkejut jika anda melihat di production line hanya menggunakan tangan manusia.

4. Terhad (limited production)
Pengeluaran yang sangat terhad. Ia juga menyumbang kepada harga pasaran kereta ini. Saya bagi contoh salah satu model F40 yang hanya di keluarkan sebanyak 1311 unit dalam tempoh 5 tahun di mana secara purata hanya 260 unit sahaja setahun pengeluaran pasaran dunia. (sumber : wikipedia)
Why Ferrari is so expensive
Ferrari F40
Production started: 1987
Production ended : 1992
Total production : 1,311units

5. Kos Marketing dan Branding yang mahal
Kebanyakan supercar yang popular selalunya sangat aktif dengan sukan perlumbaan kereta. Contohnya, Formula 1 yang semestinya menelan belanja yang sangat mahal kerana ianya melibatkan kos marketing, branding dan juga R&D pada masa yang sama.

6. Permintaan Yang Tinggi
Dengan peningkatan jutawan-jutawan di seluruh dunia,  secara langsung menyebabkan permintaan yang agak tinggi.  Oleh kerana pengeluaran yang agak terhad maka harganya melambung tinggi.

Kadang-kadang teringin jugak nak test drive Ferrari ni satu hari nanti. Nak beli tak mampu, kalau mampu pun bukannya mudah nak jaga dengan baik. Semua benda mahal. hahaha

Sekian, semoga bermanfaat


4

Sunday, February 05, 2017

Lama tak update blog maklumla lama cuti.hehe..Alhamdulillah lebih kurang 6 hari balik bercuti ke kampung halaman saya di Pasir Mas,Kelantan dan isteri di Ipoh, Perak. Kali ini agak lama sedikit dapat bermalam di kampung di Pasir Mas memandangkan cuti yang agak panjang.
Chinese New Year di Pasir Mas
Awan cantik sebagai terapi pagi hari di kampung saya
Sejak berpindah ke Kuala Lumpur hampir 2 tahun, saya kira the best route bagi saya nak balik Kelantan adalah melalui Gerik. Sebab selalunya, jika musim cuti yang panjang, laluan Gua Musang Kuala Krai jem teruk. Banyak pulak tu lokasi jem teruk, boleh di katakan hampir setiap kawasan bandar/pekan akan jem. Bermula dari bentong, raub, kuala lipis, gua musang, kuala krai, machang  dan tanah merah. Belum cerita laluan pulang ke Kuala Lumpur,lagi la teruk jem terutamanya bila dah masuk lebuhraya Plus. Jem dari Karak ke gombak..alahai...

Lagipun rumah mak mertua saya di Ipoh, jadi bolehla singgah berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kelantan. Boleh lepak layak movie dulu..hahaha...Sepanjang cuti saya duduk di rumah je, ronda-ronda dalam kampung dengan anak-anak. Kelihatan rumah-rumah banglo besar-besar semakin rancak di bina di kawasan bendang sawah. Cemburu pun ada, maklumlah kat KL mau berjuta-juta nak beli rumah banglo. huhuh
Chinese New Year di Pasir Mas
Suasana petang sambil menunggu siang melabuhkan tirai
Cuaca pun agak baik, jadi sempatla saya dan anak-anak nikmati keindahan suasana kampung sambil ronda-ronda dengan kapcai..hehe..

Sekian.....

2

dividen tabung haji 2016
Alhamdulillah Tabung Haji telah mengumumkan dividen bagi tahun 2016 dan seperti yang di ramalkan jumlahnya yang agak rendah. Namun, seperti entri saya yang sebelum ini, bagi saya simpanan dalam Tabung Haji masih relevan. Kenapa?
Dividen tabung haji 2016

Jika anda masih belum menunaikan haji, anda akan dapat hibah haji.. betul tak? Yang kedua, jika nak di bandingkan dengan simpanan dalam bank lain, pulangan dividen tabung haji lagi tinggi. Even fix deposit pun tak mampu untuk memberikan pulangan sebanyak Tabung Haji..Lagipula, dividen yang anda dapat sudah pun di zakatkan..

Orang cakap rugila simpan banyak-banyak dalam Tabung Haji, ciput je pulangan. Siapa suruh simpan banyak? Cukup sekadar anda memaksimumkan pulangan dividen yang di berikan. Rata-rata orang akan terus mencongak pulangan keseluruhan adalah 5.75%. Sebenarnya tidak semestinya 5.75% kerana hibah haji 1.5% adalah bagi yang belum menunaikan haji dan terhad kepada kos semasa haji yang ditetapkan.Mari kita lihat kes-kes di bawah, katakan kos semasa haji adalah RM10,000

Kes 1, simpanan Tabung Haji RM 100,000

Dividend 4.25% = RM 4250,
Bonus 1.5% x 10,000 = RM 150
Total = RM 4,400
Effective 4400/100000 = 4.4%

Kes 2 simpanan Tabung Haji RM 10,000

Dividend 4.25% x 10,000 = RM 425
Bonus 1.5% x 10,000= RM 150
Total = RM 575
Effective return 575/10000 = 5.75%

Hanya simpanan yang kurang daripada RM 10,000 yang akan dapat effective return 5.75%. Itupun syaratnya anda belum menunaikan haji. 

Kesimpulannya, saya sarankan anda simpan RM10,000 sahaja dalam Tabung Haji. duit selebihnya boleh anda mencari alternatif lain yang boleh memberi pulangan lebih dari 5%.

Artikel asal : Elias Abdllh
5

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email