Thursday, January 26, 2017

Al kisah begini ceritanya...
Saya sedang basuh tangan dekat sinki dapur, tiba-tiba bau hangit semacam je..dengan menggunakan deria bau saya ini, saya cuba mengesan apakah misteri di sebalik bau ini? Macam scanner gitu..haha

Akhirnya jumpa, soket dan plug dryer baju di rumah yang  sudah terbakar. Plug tu dah melekat dekat soket dan amat susah untuk di keluarkan..Oh ye sebelum terlupa, sebenarnya ianya adalah soket extension, bukan soket yang di dinding tu. Sebab soket di dinding sudah rosak kedua-duanya sebelum kejadian ini. Sebab tu saya gunakan extension. hehe
dryer
Cerita sebelum ini, saya berasa agak pelik kenapa tiba-tiba kedua-dua soket di dinding yang saya gunakan untuk mesin basuh dan dryer rosak secara berturut-turut. Tapi saya buat tak tahu je sebab baju berlambak-lambak nak kena basuh dan keringkan. Jadi masa tu teringat ada extension, saya pun guna jela extension tu sampailah kejadian ini berlaku, Nasib baik tiada api yang keluar...alhamdulillah

Bila buat siasatan sebagai seorang yang amatur dalam elektrikal, saya simpulkan tindakan-tidakan yang patut di ambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Ianya mungkin tidak tepat 100% secara teknikal, tetapi setidak-tidaknya anda telah melakukan pencegahan lebih awal :

1. Jangan sesekali menggunakan extension untuk penggunaan dryer baju. 
Extension tidak sesuai untuk bebanan yang tinggi

2. Elakkan gunakan double socket untuk kegunaan dryer dan mesin basuh secara serentak.
Jika anda menggunakan dryer dan mesin basuh secara serentak, lama kelamaan akan overheating dan menyebabkan socket rosak dan ada kemungkinan terbakar seperti extension jugak.

3. Saya sarankan gunakan single socket untuk dryer sahaja.
Jika anda masih menggunakan double socket jugak, pastikan anda hanya gunakan satu sahaja pada satu masa. Elakkan penggunaan mesin basuh dan dryer secara serentak.

4. Saya sarankan untuk lebih selamat, semasa mula-mula anda membuat pedawaian dirumah, pastikan soket untuk kegunaan dryer menggunakan saiz wayar yang lebih tebal. 
Sepertimana pendawaian air cond di rumah. Ianya lebih selamat walaupun secara teknikal ianya agak membazir.
dryer baju
Double Socket : saya guna sebelah untuk mesin basuh dan sebelah untuk dryer
Sekarang saya sudah tukar soket baru dan hanya menggunakan satu sahaja pada satu-satu masa. Bergilir-gilir antara mesin basuh dan dryer baju. Soket sebelah lagi saya tak tukar pun, biar jela kat situ..Nak buat pendawaian baru untuk dryer sahaja, ongkosnya tiada..hahaha

Sekian, semoga ambil iktibar.
6

Wednesday, January 25, 2017

bantuan khas awal persekolahan 1malaysia
Berita gembira buat murid-murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan!!

Kerajaan telah meluluskan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 di kalangan pendapatan isi rumah ibu bapa berjumlah RM3000 dan ke bawah sepertimana yang dibentangkan dalam bajet 2017.Sedikit sebanyak dapat membantu kewangan para pelajar dalam meneruskan sesi pembelajaran tahun 2017.

Sejumlah RM100 diperuntukkan kepada setiap murid-murid yang layak untuk menerima bantuan ini dan akan di agihkan secara berperingkat bermula 20 Januari 2017. 

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun garis panduan yang telah di tetapkan oleh kementerian di sini

Terima kasih.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
0

perjanjian sewa beli
Semalam punya cerita, saya ke LHDN untuk mendapatkan cop setem hasil perjanjian sewa rumah. Sebelum ni saya tak tahu sangat bagaimana sebenar kiraannya. Yang saya duk ingat masa nak belajar dulu pernah pergi ke LHDN cop duti setem RM10 setiap dokumen. Kebetulan tu ada dua copy perjanjian, jadi RM20..itu jela yang saya ingat..huhu

Semalam memang rezeki saya sebab hanya mengambil masa kurang 20 min untuk dapatkan cop. Kebetulan orang tak ramai sebab saya pergi waktu lunch hour kot. Lokasinya, LHDN Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur..

Di pendekkan cerita, pegawai LHDN bagitahu saya, "En, jumlah kena bayar RM34, RM20 original copy, RM10 copy yang kedua"..
perjanjian sewa beli
Saya terus bertanya pegawai yang bertugas bagaimana kiraannya. Dia pun beritahu saya seperti di bawah..

 [(Harga Sewa x Tempoh Sewaan) - 2400] / 250

Macam kes saya, sewa RM700 maka

[(RM700 x 12bln) - 2400] / 250 = RM24

Memandangkan saya ada satu lagi copy, jadi dikenakan caj lagi RM10. Sebab itu total RM34. Jika malas hendak mengira, boleh rujuk jadual di bawah.

perjanjian sewa beli
Imej : chatpropertymalaysia
Sekian, semoga bermanfaat




10

Monday, January 23, 2017


kerosakan tayar kereta dan puncanya
Skali lagi celoteh saya mengenai tayar kereta. huhu...Kali ini nak bercerita pasal kerosakan tayar kereta dan puncanya. Kenapa? Sebab jika kita tahu apa yang menyebabkan tayar kita rosak, kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kerosakan yang sama tidak berulang. Sekaligus menyebabkan tayar kereta kita tahan lama dan yang paling penting duit tak lebur banyak,poket tak koyak rabak. hahaha

Baik jom kita lihat apa yang selalunya berlaku.

Kerosakan disebelah luar kedua-dua sisi tayar
Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda. Sila periksa secara berkala dan pastikan tayar anda mempunyai tekanan angin sama seperti yang telah ditetapkan. Mungkin juga kehilangan tekanan angin adalah disebabkan kebocoran kecil, siapa tahu?

Kerosakan ditengah
Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda. Ini kerana ia berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiki tayar meletup dengan tiba-tiba. Sila berhati-hati dan pastikan tekanan angin adalah mengikut jumlah bacaan yang telah ditetapkan.

Kerosakan di sebelah bahagian luar tread tayar sahaja
Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat2 lah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin banyak.

Kerosakan secara rawak. 
Jika anda lihat kerosakan secara rawak ataupun "patchy" spot kelihatan di tayar anda, maka ianya berpunca daripada balancing. Sebenarnya  tayar yang tidak balance boleh dikesan awal kerana kadang-kadang anda akan rasa gegaran yang tidak normal bila anda memandu kenderaan anda. Orang yang sudah lama memandu kereta, insya ALLAH boleh kesan masalah ini dengan lebih awal.

Kerosakan "cupping wear"
Dalam istilah lain dalam bahasa inggeris adalah "diagonal scalloping wear" yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension. Masalah ini sememangnya serius dan sudah tiba masa anda membaiki atau menukar suspension kereta anda.

Kerosakan di sebelah sisi tayar
Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya. Ia sangat sensitif bagi yang menggunakan sport rim dengan tayar yang nipis kerana ianya boleh membawa kepada tayar anda pancit.

Tayar koyak @ meletup
Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup, ianya berpunca daripada tayar yang sudah expired. Pastikan anda menggunakan tayar yang terbaru dan masih belum expired. Tayar second hand juga kadang-kadang mempunyai risiko yang agak tinggi. Saya sarankan and gunakan tayar yang baru.


Kerosakan tayar kereta dan puncanya

Kerosakan juga boleh berlaku disebabkan gaya pemanduan anda contohnya brake secara mengejut, cornering yang tajam dalam keadaan laju dan sebagainya. Jumpa pakar dan lakukan pemeriksaan secara berkala.

Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.

Sumber : Tire Discounters

4

Sunday, January 22, 2017

Pernah tak anda terfikir kenapa bunga tayar (tread) kereta ada banyak jenis? Adakah ia sekadar hiasan semata-mata? ataupun ada rahsia di sebaliknya..Sebenarnya ia bukanlah rahsia sebabnya kebanyakan orang lelaki sudah maklum mengenai beberapa jenis bunga tayar kereta dan tujuannya.

Selalunya kita mesti biasa dengar bila nak pilih jenis tayar, bising ke? Boleh belah air ke bila jalan raya ada air? Ini soalan-soalan biasa orang bertanya bila hendak membeli tayar baru.

Baik, saya nak kongsikan 3 jenis bunga tayar yang paling lazim orang gunakan di jalan raya khususnya kenderaan ringan seperti kereta sedan, SUV, MPV dan sebagainya.

Tips memilih tayar kereta

Directional
  • Dibuat hanya untuk satu direction sahaja di mana anda boleh lihat arrow di sebelah sisi tayar menunjukkan arah mana sepatutnya ia di pasang. 
  • Hanya boleh di rotate depan dan belakang sahaja. Contohnya, tayar depan sebelah kiri hanya boleh di rotate dengan tayar belakang sebelah kiri sahaja.
  • Selalunya di datangkan dengan V-shape design dan bagus untuk jalan yang berair kerana boleh membelah air. Ia juga sesuai digunakan di kawasan bersalji.
  • Amat baik bila anda memandu laju di atas jalan yang basah
  • Ianya nampak sedikit sporty

Symmetrical
  • Selalunya pattern tread yang lebih kurang sama keseluruhan tayar. 
  • Digunakan oleh kebanyakan pengguna biasa.
  • Kelebihan yang ada pada tayar ini adalah, senyap, tahan lama dan tidaklah terlalu mahal
  • Boleh di rotate depan belakang, kiri dan kanan. Anda bebas untuk rotate tayar kereta, dan sebab inilah ianya boleh tahan lama
  • Performance semasa jalan yang basah tidak sebaik directional tayar. Berhati-hati jika anda memandu dengan laju dalam keadaan jalan yang basah.

Asymmetrical
  • Jenis tayar ini lazimnya dijumpai pada kereta sport
  • Kombinasi jenis tread dan berbeza design tread di sebelah dalam dan luar
  • Cengkaman yang kuat dan amat baik di atas jalan yang basah dan kering
  • Lebih stabil dalam pemanduan kereta khususnya cornering.
  • Lebih mahal daripada symmetrical 
  • Di sebelah sisi tayar anda akan nampak perkataan "outside" sebagai panduan untuk anda memasang kedudukan tayar anda

Untuk penjagaan tayar kereta anda, anda boleh refer di entri saya yang sebelum ini.

Semoga bermanfaat. Terima kasih.

14

Saturday, January 21, 2017

Kejar yeop!! Kejar yeop!!

Peluang untuk orang Perak memiliki rumah PR1MA di Bagai Serai dan Kamunting!!

Sambil-sambil meluangkan masa dengan anak-anak di Bukit Merah Laketown Resort, jangan lupa singgah ke Hari terbuka PR1MA @Bagan Serai dan PR1MA @Kamunting. Mana tau rezeki anda untuk menjadi salah seorang pemilik, siapa sangka!! Beruntung kan?

Datang jangan tak datang...

Maklumat seperti di bawah :

Tarikh  : 21 & 22 Januari 2017
Hari      : Sabtu & Ahad
Lokasi  : Dewan Sebarau, Bukit Merah Laketown Resort
Masa    : 9.00 pagi - 1.00 petang
                2.00 petang - 5.00 petang

Maklumat lanjut mengenai PR1MA, anda boleh rujuk di http://www.pr1ma.my/

Sekian.

rumah PR1MA

2

Tuesday, January 17, 2017

Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

Terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan usaha murni ini. Skim takaful ini amatlah berguna untuk anak-anak pelajar. Dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia, para pelajar di lindungi dengan takaful untuk sebarang perkara yang tidak diingin berdasarkan terma dan syarat yang telah di tetapkan.

Jangkamasa untuk skim takaful ini adalah seperti berikut :

1. Tempoh perlindungan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun semasa dan berakhir pada 31 Disember tahun semasa
2. Perlindungan 24 jam meliputi seluruh dunia
3. Pengecualian skop perlindungan, jadual perlindungan dan syarat - syarat di lampirkan dalam APPENDIX A

Manakala syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

1. Peserta terdiri daripada pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah, sekolah menengah dan tingkatan 6
2. Warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dengan sumbangan RM1.50 setahun bagi setiap murid dan sumbagan ini ditanggung oleh kerajaan
3. Murid yang BUKAN Warganegara yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan boleh menyertai skim TPSM ini dengan membayar sumbangan TPSM sebanyak RM1.60 setahun (termasuk GST) melalui sekolah masing-masing. Pihak sekolah di minta mengumpul bayaran sumbangan ini dan menyerahkan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Senarai peserta dan maklumat bayaran mestilah di simpan di sekolah masing-masing
4. Perlindungan tamat dengan serta merta jika murid berhenti atau di berhentikan daripada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Terima Kasih
0

Berita baik untuk para guru!!! Kementerian telah mengeluarkan Surat Makluman Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2017 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT 1) untuk Latihan Perguruan.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di pautan ini. Anda juga boleh muat turun  Surat Makluman Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun di sini untuk tindakan lanjut.

Semoga berjaya!!

Makluman Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2017 untuk latihan Perguruan

0

Assalamualaikum,

Sukacitanya di maklumkan bahawa keputusan permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKA, ILKS Giatmara tahun 2017 boleh di semak bermula 16 Januari sehingga 22 Januari 2017.

Sila semak di pautan sptv.moe.gov.my. Tahniah kepada yang terpilih dan semoga anda manfaatkan sebaiknya peluang yang di berikan. Kepada yang tidak terpilih, jangan berhenti setakat ini sahaja kerana banyak lagi peluang untuk anda terokai.

Kemasukan Tawaran Ke Program KV, SMT, ILKA , ILKS Dan Giatmara Ambilan Januari 2017

5

Saturday, January 14, 2017

Berapa agaknya dividen Tabung Haji untuk tahun 2016? Rasanya semua tak sabar-sabar menunggu pengumuman daripada Tabung Haji kan? Apa perasaan? Bimbang kekecewaan yang sama dengan ASB? Tak sama kot, ASB pun yang kecewa orang yang buat financing @ pinjaman. Orang kat kampung yang menoreh getah gembira je..Tiap2 bulan konsisten je top up kat ASB. Getah mahal kot sekarang. hahaha..

Biarlah kita sama-sama tunggu apa agaknya nilai dividen tahun 2016. Bagi yang dah "kecewa" dengan Tabung Haji dan sudah pun mengeluarkan semua simpanan mereka dalam Tabung Haji, mereka mungkin sudah tak ambil kisah. Saya pun tak kisah...kah3

Nantilah saya kongsikan kenapa simpanan Tabung Haji masih relevan sekarang ini walaupun di kelilingi dengan skandal politik kerajaan Malaysia. Bila kita dah dapat dividen tahun 2016 baru saya cerita. Cerita sekarang pun bukan boleh buat apa, orang dah benci dengan Tabung Haji kan. takde maknanya..hahaha

Nah, saya sajikan dividen & bonus Tabung Haji sejak daripada 1994 sehingga 2015. Jangan cakap saya tak payung. haha
Dividen Tabung Haji

Jika anda nak tahu bagaimana pengiraan bonus, anda boleh rujuk di sini. 

Tabung Haji dah ada, KWSP dah ada, duit simpanan pun dah ada,Unit Trust dah ada? Jika masih belum ada pelaburan unit trust, boleh hubungi saya..hehe

Sekian.
4

Thursday, January 12, 2017

Betul ke motosikal yang menggunakan enjin diesel tidak wujud? Jika kereta, kenderaan berat, semestinya kita semua maklum bahawa memang enjin diesel wujud. Namun bagaimana dengan motosikal? Pernah anda tengok orang guna motosikal enjin diesel di Malaysia? Yang pernah tersalah isi minyak diesel adalah. hahaha

Sebenarnya ia wujud dan ada beberapa syarikat telah  mengeluarkan motosikal berkuasakan enjin diesel sebelum ini. Yang paling popular adalah Royal Enfield dan ia pernah di komersialkan namun terpaksa di tamatkan pengeluarannya di sebabkan akta @ undang-undang pencemaran udara.
Royal Enfield with diesel
Baik, saya tidak bercadang untuk berkongsi secara terperinci dari sudut engineering kenapa motosikal enjin diesel hampir mustahil untuk di komersialkan secara besar besaran seperti kereta dan kenderaan lain. Anda boleh buat research sendiri mengenai enjin diesel berbanding enjin petrol yang ada di pasaran. Cuma saya boleh ringkaskan seperti berikut kenapa ianya agak mustahil untuk dikomersialkan secara besar-besaran :

Torque , RPM 
Enjin diesel menghasilkan torque tinggi tetapi RPM rendah di mana bertentangan dengan tujuan motosikal yang mensasarkan kelajuan yang tinggi.

Gas Karbon Dioksida 
Enjin diesel mengeluarkan gas karbon dioksida lebih tinggi daripada enjin petrol dan ianya tidak sesuai untuk alam sekitar. Ini juga salah satu sebab Royal Enfield menamatkan pengeluaran motosikal enjin diesel. Untuk teknologi kereta dan kenderaan berat, ianya bukan menjadi masalah utama kerana mereka sudah maju dalam mengeluarkan enjin diesel.

Penyelenggaraan 
Enjin diesel memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kos penyelenggaraan mungkin meningkat

Saiz , Berat 
Enjin diesel agak besar dan berat dan semestinya tidak sesuai dengan motosikal yang mementingkan kelajuan dan keselesaan

Kos  Pembuatan 
Disebabkan enjin saiznya agak besar dan berat, maka semestinya harga pembuatannya meningkat. Maka harga motosikal anda lagi mahal

Saya percaya, ianya tidak mustahil untuk mengkomersialkan motosikal berkuasakan enjin diesel. Sains dan teknologi telah membuktikan ianya boleh berlaku dengan R&D dan usaha yang berpanjangan. Sesiapa yang meminati enjin diesel mesti tidak sabar untuk menunggu kelahiran semula motosikal enjin diesel di jalan raya. 

Sekian. Semoga bermanfaat

Sumber : Wikipedia, 
7

Wednesday, January 11, 2017


Restoran ayam kampung best Kuala Lumpur
Saya kalau bab makan ni memang subjek paling di gemari. Membedal je memanjang. Hahaha
Tapi tula, sinonimla dengan tempat asal saya Kelantan yang boleh di katakan syurga makanan. Macam-macam makanan tradisi yang sememangnya sedap sehingga menjilat jari. Yang paling sedap adalah budu!! Huhuhu

Kali ini saya nak berkongsi menu makan tengahari saya semenjak saya tinggal di Kuala Lumpur, iaitu nasi ayam kampung. Dulu masa tinggal di Terengganu jarang jumpa pulak. Tak pastila samada saya yang tak tahu ataupun memang tak banyak restoran yang menjual nasi ayam kampung.

Saya akan kongsikan 2 tempat yang saya pergi untuk membedal di waktu lunch hour jika berkesempatan. Mungkin banyak lagi restoran-restoran lain yang saya tidak tahu, namun 2 restoran ini lebih dekat dengan saya kerana pemiliknya orang Kelantan dan menghidangkan resepi tradisi Kelantan. Jangan marah, ini bukan 'asobiyah, tapi ini "ownership"...hahaha

Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Imej : Atuk Phd Blogspot
Bila pergi ke restoran ini, rasa macam seolah-olah duduk di Kelantan sebabnya Air Oren,Sarsi, Barli botol yang hanya boleh dijumpa di Kelantan pun ada jual di sini. Punya la memang pemiliknya target customer dari Kelantan. hahaha

Restoran A. Hassan Ayam Kampung
Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Imej : hamydy.wordpress
Khabarnya banyak cawangan jugak restorang ini di sekitar KL Selangor, Sekarang dekat Kerteh Terengganu pun sudah ada. Saya pergi ke cawangan Cheras dekat Jalan Velodrom. Bangunannya  bertingkat-tingkat, memang besar. Lauk pauk memang resepi tradisi Kelantan..Sedap sehingga menjilat jari..

Saya seperti biasa menu saya ayam kampung goreng, gulai kawah, ulam dan budu. Di campur pulak tempoyak, fuhhhh..Meleleh bang...Air kelapa di sini memang sedap kerana kelapa yang di pilih memang betul-betul muda. Isinya memang sedap dimakan. Sedap wei!!! Hahaha.
Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur

Di sini anda boleh pilih samada layan diri ataupun makan hidang. Pelayan akan tolong hidangkan untuk anda jika anda ingin makan hidang. Order je sesuka hati anda, nanti bila nak bayar nanti jangan garu kepala pulak. huhu

Harganya agak mahal bagi sesetengah orang, tapi pada hemat saya ianya berbaloi dengan lauk yang anda ambil berbanding anda beli fast food yang juga agak mahal harganya. hehe

Nasi Ayam Kampung, Medan Selera Kg Baru

Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Yang ini saya baru je discover 2 minggu lepas selepas saya balik dari HKL melawat rakan sepejabat. Kawan-kawan ajak makan di sini. 1st impression pun dah boleh agak memang sedap sebab ramai orang beratur. Dari jauh duk tengok budu dengan tempoyak sudah di sediakan siap-siap dalam piring. Tinggal nak ambil je,,meleleh air liur..huhu


Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Menu saya sama je seperti menu saya makan di Restoran A, Hassan. Memang menepati cita rasa saya la..Cumanya di sini tak jual minuman dan anda tak jumpa la air kelapa. Minuman dijual di kedai sebelah. Kat sini memang layan diri dan saya tak pasti ada ke tak servis makan hidang macam Restoran A. Hassan.

Yang tak best di sini susah nak cari parking. Hari tu saya bernasib baik sebab ada parking kosong. Kalau tidak memang agak susahla nak parking. Kalau nak datang sini saya suggest naik Uber @ Grabcar senang. Murah, cepat dan senang. hehe

Jika tengok signboard, dia tulis cawangan Kg Baru. Saya tak pastila berapa cawangan dia ada. Yang pastinya boleh la anda datang sini melantak makanan tengahari. huhu

Sekian. Terima Kasih.



2

2016 Puskas Award
Tahniah kepada Faiz Subri kerana mengharumkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan bola sepak. Sungguhpun masih jauh negara Malaysia akan layak ke peringkat Piala Dunia, setidak-tidaknya nama Malaysia terpalit dalam sejarah FIFA sebagai salah satu negara yang melahirkan "Football Physician" sebaris dengan nama-nama pemain terkemuka di dunia.

Untuk pengetahuan, rekod pemenang-pemenang Puskas Award sejak daripada tahun mula-mula di perkenalkan adalah :

1. 2009 - Christiano Ronaldo (Portugal)
2. 2010 - Hamid Altintop (Turki)
3. 2011 - Neymar (Brazil)
4. 2012 - Miroslav Stoch (Slovakia)
5. 2013 - Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
6. 2014 - James Rodriguez (Colombia)
7. 2015 - Windell Lira (Brazil)
8. 2016 - Faiz Subri (Malaysia)

Saya tidak mahu ulas lanjut mengenai kemenangan Faiz Subri kerana sudah banyak ulasan daripada media massa, blog, berita  dan sebagainya. Cumanya, saya merasakan Ahli Fizik mesti banyak berbincang mengenai teknik sepakan percuma ini. Lazimnya, teknik ini dikenali sebagai teknik sepakan "Banana Curve" yang mana menghasilkan lencongan berbentuk pisang yang mengelirukan penjaga gol pihak lawan. Selalunya kita dengar sepakan ini paling baik di lakukan dalam jarak yang agak jauh @ luar kotak penalti kerana ianya memerlukan kelajuan, jarak dan angle yang optimum untuk menghasilkan teknik ini

Kenapa saya kata Faiz Subri seakan-akan Roberto Carlos? Sebabnya cara sepakan adalah sama, iaitu menggunakan sebelah luar kaki. Jika kita lihat pemain-pemain terkenal lain seperti David Beckham, Ronaldinho, selalunya mereka menggunakan sepakan dari sebelah dalam kaki. Apa yang membezakan Faiz dengan Roberto Carlos adalah penggunaan kaki, Roberto Carlos menggunakan kaki kiri dan Faiz menggunakan kaki kanan. Tapi pada asasnya teknik yang sama. Mungkin ada pemain lain yang seakan sama, namun saya cuma bangkitkan Roberto Carlos kerana dia telah mengegarkan dunia Fizik pada ketika itu di sebabkan teori Fizik di buktikan menjadi di padang bola.
2016 Puskas Award
Imej : Youtube
Sepakan sebelah luar

Kenapa saya gelarkan "Football Physician"? Kerana mereka membuktikan teori fizik dalam sepakan percuma bola sepak. Yang sinonim dengan cara sepakan ini adalah "Magnus Effect" iaitu bagaimana pergerakan bola dalam bentuk projectile motion boleh melencong di dalam udara. Ini di sebabkan oleh bola yang berpusing melalui udara boleh berubah haluannya disebabkan tekanan "Magnus" yang menekannya melawan arus haluan asal ataupun dalam bahasa inggeris "perpendicular to the direction".

Anda boleh lihat dalam gambar di bawah bagaimana ianya berlaku.
Magnus Effect
Imej : Comsol.com


Magnus Effect
Imej : Paperblog


Saya kira ianya memang memerlukan latihan yang cukup intensif untuk melakukan sepakan ini. Seperti yang kita sedia maklum  pemain-pemain terkenal seperti Roberto Carlos,Beckham boleh menendang teknik ini berulang kali dan ianya menjadi!!! Tidak lain tidak bukan, ia berpunca daripada latihan yang cukup intensif dalam mengambil sepakan percuma, Ia mungkin boleh terjadi kerana nasib, akan tetapi perlu tahu tekniknya juga. Betul tak?

Jika kita teliti tekniknya, bukannya mudah  atau senang iaitu anda perlu menendang  bola dengan mengambil angle trajectory dan mensasarkan dengan tepat di penjuru pintu gol. Sememangnya memerlukan latihan yang agak lama. Jika kelajuan, tekanan (sepakan) dan angle yang optimum di capai maka insyaALLAH anda akan berjaya melakukakan Banana Curve Kick dengan Magnus Effect. Seingat saya ada orang ajar saya tendang betul2 dekat lubang untuk mengisi angin bola dan kesannya lebih bagus. Betul ke tidak saya tidak pasti.hahaha

Jom tengok video-video yang hebat mengenai Banana Kick

Roberto Carlos (sebelah luar kaki)



Faiz Subri (sebelah luar kaki)

David Beckham (sebelah dalam kaki)



Ronaldinho (sebelah dalam kaki)


Top 10 - Best free kick all time 

Kita wajib berbangga dengan pencapaian Faiz Subri dan semestinya FAM perlu didesak untuk melakukan sesuatu supaya dapat melahirkan lagi bintang-bintang bola sepak seperti Faiz. Alangkah seronoknya jika ada filem Bend it like Faiz, siapa tahu? huhu

Sekian

Sumber : Physics Central, Wikipedia
4

Tuesday, January 10, 2017

Basic tools
Hari ini saya nak  bercerita tentang kelelakian. Jika mana-mana lelaki tidak ada basic tools ini di rumahnya, maka mereka bukannya seorang lelaki, Awas para isteri- isteri. Kenali suami anda....Hahaha

Jangan marah, saya acah -acah je sebenarnya. Namun, bagi saya basic tools ini seharusnya ada di simpan di rumah bagi keperluan pertukangan asas mahupun DIY untuk kerja-kerja di rumah dan perkara yang melibatkan kecemasan.

Baik, saya kongsikan basic tools yang sepatutnya seseorang lelaki simpan di rumah dan kepunyaan saya sendiri 
Basic tools

1. Screwdriver
Set screwdriver ini saya rasa benda paling basic kot perlu ada dekat rumah. Cuba fikir, macam-macam kot bole buat dengan screwdriver. Wajib di simpan di rumah samada jenis flat @ philip. dari segi saiz, anda perlu agak-agak sendiri berdasarkan penggunaan di dalam rumah. 
Basic tools

Basic tools

2. Hammer
Yang ni boleh pelbagai penggunaannya. Rasa nak marah? Nak ketuk orang? Pun boleh. hahaha
Yang jelasnya mestilah nak ketuk paku kan. Nak gantung frame gambar ke, nak paku dinding ke dan macam-macam lagi. Saya sendiri ada dua jenis, tukul kuku kambing dan tukul warrington.
Basic tools

3. Spanar boleh laras
Alat asas untuk penggunaan kemasan bolt dan nuts kat rumah. Beli yang sederhana besar je ataupun bergantung kepada saiz yang anda selalu guna di rumah. Jimat sedikit jika di bandingkan anda membeli satu set spanar tak boleh laras. Melainkan anda memang seorang handyman ataupun mekanik yang memerlukan set spanar yang banyak.huhu
Basic tools

4. Measuring Tape
Nama pun measuring tape, mestila kerjanya adalah mengukur. Saya kira ianya penting bila anda hendak mengukur ketinggian@keluasan sesuatu benda. Contohnya nak beli perabut baru, anda perlu kira ukurannya , mana tau takut nanti tersalah beli dan menyebabkan ruang rumah anda makin sempit. huhu.
Basic tools

5.  Pliers
Pliers ada banyak jenis dan yang paling basic dan paling di kenali adalah combination pliers, Di namakan combination pliers di sebabkan kombinasi beberapa fungsi. Boleh berfungsi untuk menyepit, memulas dan memotong wayar. Jika anda pernah menggunakannya, anda mesti tahu kepentingannya. Saya sendiri ada tiga jenis pliers iaitu combination pliers, needle nose pliers (muncung tirus) dan juga cutter. Sesuai dengan kegunaan saya di rumah kerana melibatkan kerja-kerja yang melibatkan wiring, electrical dan sebagainya. Tapi basic jelah, sebab saya bukan electrician. hehe
Basic tools

6. Drill
Impian saya suatu hari nanti saya nak beli yang cordless drill. Belek-belek harga boleh tahan jugak sebab tak pakai wire @ kabel kan. huhu..Sekarang  ini cukupla saya ada yang biasa (wired/cable) untuk kegunaan di rumah. Yang reliable dan berkualiti bagi saya samada Bosch atau Makitta. Saya beli yang Bosch dan memang berbaloi sangat-sangat. 
Basic tools

7. Spanar tidak boleh laras
Saya mempunyai sebuah motosikal kapcai yang agak lama usianya. Wajib ada di rumah saya spanar yang tidak boleh laras yang saiznya untuk membuka tayar motosikal. Sebab kadang-kadang mekanik tak nak datang rumah kalau tayar pancit. Kalau datang pun tak berbaloi kita nak bayar harga tukar tayar. Baik cabut sendiri, buh dalam bonet dan bawa pergi ke bengkel. Itulah yang terjadi kepada saya.
Basic tools

8. Allen Key
Kalau anda beli perabut contohnya katil besi, mesti di datangkan dengan satu allen key kan? Jadi simpanlah elok-elok allen key tu supaya lain kali kalau ada yang longgar senang nak ketatkan balik Siapa yang mempunyai basikal, maka sewajarnya beli satu set pelbagai saiz, Sebabnya memang berguna untuk basikal anda. Saya beli satu set terus..huhu
Basic tools

9. Level
Saya beli level ini bila saya nak gantung TV holder/bracket kat dinding rumah. Takut nanti senget TV saya. huhu. Lepas tu setiap kali nak gantung frame atau hiasan dinding saya mesti gunakan level supaya tak senget.
Basic tools

10. Teflon tape
Teflon tape digunakan untuk paip kat rumah. Nak balut thread paip contohnya pili, soket dan sebagainya. Selalunya bila pili paip anda dah bocor, anda perlu tukar pili baru dan semestinya perlu letak teflon tape untuk mengelakkan kebocoran.
Basic tools

11. Test pen
Alatan asas dalam kerja-kerja elektrikal. Jadi perlulah anda simpan satu untuk menguji arus elekrik dalam sesuatu litar. Senang untuk anda buat troubleshooting.
Basic tools

12. Gergaji
Simpanlah satu gergaji di rumah. Mana tau suatu hati nanti anda memerlukannya walaupun anda jarang menggunakannya. Lainlah anda memang minat kerja DIY dalam pertukangan kayu, semestinya macam-macam jenis gergaji wajib di simpan. Termasuklah aksesori-aksesorinya sekali..
Basic Tools
13. Tangga
Tangga pun mestila ada jugak.  Nanti macam mana sang isteri nak main tukar-tukar langsir setiap kali perayaan kan? Kadang2  boleh jugak buat cuci kipas,  tukar mentol lampu yang terbakar.  Saya beli yang aluminium sebab ianya ringan.
Basic Tools
14. Toolbox
Bila dah ada tools mestilah kena ada rumahnya. Nanti nak letak mana. Haha

Banyak lagi rasanya tools yang lelaki inginkan dan disimpan dirumah. Ianya berdasarkan kecenderungan dan kepakaran masing-masing. Kalau pakar tukang kayu, maka banyakla alatan tukar kayu di rumah, electricians maka banyakla alatan electrician, plumber maka banyak la alatannya dan begitulah seterusnya. Cumanya saya kongsikan basic tools yang sepatutnya seorang lelaki miliki dari sudut pandangan saya. Hehe

Sekian.

3

Saturday, January 07, 2017

Pada setiap awal tahun, saya beranggapan ramai orang berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk kehidupan diri sendiri dan keluarga masing-masing. Masing-masing menanam azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Cabaran menabung
Antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan adalah pengurusan kewangan. Hari ini ramai yang kita dengar golongan muda mendapat status bankrap di dalam Malaysia. Apa masalah sebenarnya? Rata-rata adalah disebabkan cara pengurusan kewangan yang tidak betul. Saya pun tergolong daripada golongan yang sama. Golongan yang gagal menguruskan kewangan dengan baik.

Jadi, sebaik mungkin saya akan cuba betulkan pengurusan kewangan saya supaya dapat hidup dengan lebih baik.Tahun 2016 alhamdulillah saya sudah berjaya achieve beberapa target dalam pengurusan kewangan saya terutamanya dalam bab pengurusan hutang

Baik, tahun ini saya teruskan lagi usaha saya menambah baik pengurusan kewangan saya. Perkara basic dalam pengurusan kewangan adalah menyimpan. Jika anda gagal menyimpan maka anda akan gagal menguruskan kewangan anda.

Menabung duit Syiling
Sudah agak lama saya amalkan menabung duit syiling. Asalnya sebab malas nak letak duit syiling dalam wallet dan poket seluar. Jadi semua baki duit syiling saya letak dalam tabung. Alhamdulillah, walaupun sedikit ianya sangat membantu terutama bila keadaan terdesak. huhuhu

Cabaran menabung
Cabaran Sampul Weekly dan Daily
Tahun ini saya amalkan cabaran menabung duit kertas weekly dan daily. Weekly sebanyak RM20 manakala daily RM5. Harap-harap berjayala sampai hujung tahun. huhu Juga saya cuba kurangkan tabiat membeli yang tidak sihat.
Cabaran menabung

Doakan saya istiqamah. Terima kasih


4

Friday, January 06, 2017

Sinki tersumbat
Anda pernah alami sinki dapur tersumbat? Agak-agak apa perasaan anda? Kalau saya memang tak tau nak kata apa sebab saya jenis mudah hilang sabar. Kadang-kadang kalau tak dapat buat sesuatu mesti ada objek yang akan jadi mangsa saya. Jangan lah jadi macam saya. hahah

Saya rasa ramai orang maklum bagaimana nak atasi sinki tersumbat. Macam-macam tips orang berkongsi dan ianya berkesan. Ada juga yang memerlukan anda memanggil plumber untuk membetulkan saluran paip sinki dan ada juga terpaksa buat saluran paip yang baru. Mesti dah terpaksa leburkan duit kan? Tapi apakan daya, jika sinki dapur tersumbat alamatnya tak berasap la dapur sebab sinki tak boleh guna. Anda sanggup? Saya tahu si suami memang  tak sanggup..haha

Baik, apa yang saya nak kongsikan sebenarnya? Mesti anda pernah dengar kan "Preventive Is Better than Cure". Betul tak? Jadi saya nak kongsi di sini apa yang saya buat di rumah saya supaya saya boleh kurangkan @ elakkan risiko sinki dapur tersumbat.

Pemilihan Sinki Yang Betul
Perkara mula-mula skali adalah pemilihan sinki yang betul. Saya sarankan anda menggunakan sinki macam saya ni..Bentuk, keluasan atau keselesaan terpulang kepada anda, cuma jenis perangkap sisa-sisa makanan seperti sinki saya ini. Senang untuk buang sisa-sisa selepas anda menggunakan sinki.
Sinki tersumbat

Sinki tersumbat


Pemasangan Paip Perangkap Sinki
Pastikan paip perangkap sinki di pasang di bawah sinki anda. Kadang-kadang ada tukang paip yang tidak berpengalaman mengabaikan kepentingan perangkap paip ini. Macam-macam jenis ada seperti dalam gambar di bawah. Sekali sekala anda buka dan tengok keadaan perangkap paip ini. Pastikan ianya bebas daripada kotoran.
Sinki tersumbat

Pembuangan Sisa-sisa berminyak atau Pepejal dengan betul
Jangan buang sisa-sisa berminyak, pepejal ataupun lemak2 ke dalam sinki anda!!! Apa yang saya buat, saya beli plastik kecil dan saya letakkan sisa-sisa berminyak @minyak yang telah digunakan ke dalam plastik. Lepas tu terus buang dalam tong sampah. Jika anda ada botol2 plastik yang tak di gunakan, anda boleh buat benda yang sama.
Sinki tersumbat

Pembersihan secara saluran paip sinki secara berkala
Apa yang saya buat, sekali sekala saya tuang air panas kedalam sinki. Saya tidak pasti ianya memberi kesan yang agak signifikan untuk mengelakkan sinki tersumbat. Cuma sekurang-kurangnya saya flush dengan air yang panas ke dalam saluran pipe dengan harapan, sisa-sisa degil di dinding paip akan hilang. Namun saya rasa risiko tersumbat adalah rendah disebabkan langkah2 awal yang saya ambil seperti di atas.

Sekian,  semoga bermanfaat
4

Thursday, January 05, 2017

International stocks
Imej ; Pelabur Global
Assalamualaikum,

Anda seorang pelabur saham? Ataupun cukup sekadar menyimpan dan dibiarkan begitu sahaja dalam akaun simpanan anda. Adakah tindakan anda bijak dalam mengurus kewangan anda?

Umum ketahui pasaran saham Malaysia tidak memberangsangkan pada tahun 2016. Bagaimana dengan tahun 2017? Pernah tak anda terfikir untuk melabur saham patut syariah di luar Malaysia?

Jika ya, saya sarankan anda hadir ke Seminar Pelabur Global. Yuran adalah PERCUMA
Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Sila daftarkan diri anda dan selamat melabur.


International Stocks
Imej : Pelabur Global

2

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email