Pernah lihat bagaimana rupa engine mounting kereta? Setiap kenderaan, design mounting engine adalah berbeza. Jom kita tgk apa itu engine mounting dan apakah punca-punca yang menyebabkan ianya rosak. Kereta saya baru sahaja tukar engine mounting yang baru, dan kesan kerosakan engine mounting amatlah serius jika dibiarkan terlalu lama. Next entri saya akan bercerita mengenai kesan-kesan engine mounting rosak pula. Juga berdasarkan pengalaman saya sendiri
Apa fungsi engine mounting?
Engine mounting berfungsi untuk menstabilkan kedudukan enjin kereta setelah enjin kereta di hidupkan. Ia juga berfungsi untuk menjaga keseimbangan enjin kereta kerana enjin kereta boleh bergerak ketika kenderaan bergerak perlahan dan laju. Dengan engine mounting yang baik, anda sepatutnya tidak akan lihat engine bergerak @ vibrate dan juga tidak akan mendengar bunyi bising apabila berada di dalam kereta
Punca-punca kerosakan engine mounting:
Enjin mounting tamat tempoh jangka hayat
Ini antara punca kerosakan yang biasa berlaku dan memang di jangka berlaku. Tempoh jangka hayatnya berbeza mengikut pengeluar kereta masing2. Ada yang mengatakan 7 hingga 8 tahun, ada yang lebih 10 tahun dan sebagainya. Cumanya, anda perlu peka jika ada tanda-tanda bunyi bising dan tanda2 enjin bergerak terutamanya kereta yang lebih daripada 5 tahun.
Enjin mounting yang rosak
Kadang-kadang ada juga enjin mounting yang dikeluarkan oleh pengeluar rosak. Ia mungkin disebabkan kurang kawalan kualiti ataupun terdapat kesilapan dalam pembuatan engine mouting itu. Selalunya, pihak pengeluar akan membuat "recall" jika mereka mendapati ianya berpunca daripada kerosakan dari kilang pengeluar.
Kesilapan pemasangan engine mounting
Ini juga antara punca kerosakan mounting enjin kereta anda. Sila pastikan anda memilih bengkel yang tepat. Pastikan bengkel yang mempunyai peralatan yang cukup dan lengkap, juga mempunyai mekanik yang mahir dan pengalaman.
Harga mounting enjin bergantung kepada model kereta anda. Semestinya antara komponen yang mahal harganya jika berlaku kerosakan. Saya sendiri membelanjakan jumlah kos yang agak besar. Adakah mungkin kerana model kereta Toyota?huhu..
Semoga bermanfaat.
Sumber : Do it yourself
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete