Friday, November 10, 2017

punca gearbox kereta rosak
Imej : timscribble.com
Baru-baru ni kereta saya mengalami kerosakan gearbox. Kereta hanya setakat gear 2 sahaja dan tak boleh bertukar ke gear 3 dan seterusnya. Pening dibuatnya..Dahla kerosakan gearbox ini antara mimpi negeri buat seseorang pemilik kereta kerana kos untuk baikinya amatlah mahal..Menangis tak berlagu la jawabnya..haha

Nasib baik saya menggunakan insuran etika takaful yang mebolehkan saya menggunakan perkhidmatan tow truck secara percuma. Peringatan untuk anda semua, bila kita bayar insuran kereta pastikan kita cover sekali khidmat tow truck untuk tujuan kecemasan. Saya tak pasti insuran lain, tapi etika takaful menyediakan servis ini. Saya hanya buat panggilan ke etika takaful dan menetapkan tarikh dan masa untuk tow truck datang ambil kereta. Alhamdulillah kereta selamat di hantar ke bengkel berdekatan..
punca gearbox kereta rosak
Baik, di pendekkan cerita, saya nk kongsikan kenapa agaknya gearbox kereta auto rosak. Antara punca-punca kerosakan gearbox kereta auto secara amnya adalah :

Minyak Gearbox yang salah
Penggunaan minyak yang salah boleh menyebabkan kerosakan kepada gearbox kereta anda. Pastikan anda menggunakan minyak yang betul seperti yang disarankan oleh pengeluar kereta anda. Jika kereta anda menggunakan minyak ATF, pastikan jangan tertukar dengan minyak CVT. ATF dan CVT juga mempunyai banyak jenis variasi, pastikan anda menggunakan yang betul untuk kereta anda. 

Kebocoran minyak gearbox
Perkara ini biasa berlaku sepertimana kebocoran minyak pelincir enjin kereta. Bila minyak gearbox berkurang di sebabkan kebocoran, maka gearbox beroperasi dalam keadaan tidak cukup lubrication yang menyebabkan kerosakan awal kepada komponen dalam gearbox. 

Filter tersumbat
Sepatutnya filter berfungsi untuk menapis sebarang kekotoran atau bendasing ke dalam gearbox kereta. Namun, apabila filter tersumbat kemungkinan gearbox kereta anda tidak mempunyai lubrication yang secukupnya dan kesannya sama seperti kebocoran minyak gearbox. Boleh rujuk manual kekerapan menukar filter minyak gearbox.

Penggunaan minyak gearbox lebih dari tempoh
Dalam manual kereta ada dinyatakan tempoh untuk minyak gearbox kereta anda. Selalunya setiap 20000km hingga 30000km bergantung kepada jenis minyak yang digunakan. Jangan ambil mudah jika melebih mileage dan anda masih belum menukar minyak yang baru kerana lama kelamaan akan mengundang kerosakan gearbox kereta.

Misaligned gearbox 
Saya rasa ini punca yang paling utama kereta saya rosak gearbox. Punca misalignment adalah disebabkan engine mounting kereta saya rosak dan dibiarkan terlalu lama. Perlu diingat engine mounting bukan untuk engine sahaja, tapi gearbox juga. Jika ianya rosak, vibration akan berlaku dan menyebabkan misalignment yang akan merosakkan gearbox kereta anda.

Sekian cerita saya, semoga bermanfaat.
12

Thursday, November 09, 2017

Bermula 9 Nov 2017 sehingga Rabu depan harga runcit petrol dan diesel akan naik sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan. Asyik naik jer kan? Turunnya bila? Turunnya ada jugak, tapi rakyat menanggung beban juga. Huhu


cara kira harga minyak petrol
Imej : My Metro
Cuba rujuk graf di bawah yang dikeluarkan oleh KPDNKK sejak sistem pengapungan terurus harga minyak di laksanakan bermula awal tahun 2017 (Mac). Dengan jelas kita dapat gambarkan turun naik harga minyak yang ditetapkan oleh kerajaan. 


cara kira harga minyak petrol
Imej : KPDNKK
Baik, mari kita sama-sama refresh kembali bagaimana harga runcit petrol dan diesel ditetapkan. Harga dikira berdasarkan jumlah semua perkara dibawah :

MOPS: Harga dari Mean of Platts Singapore (MOPS). 
Kos operasi: 9.54 sen seliter (ditetapkan oleh kerajaan)
Margin keuntungan syarikat minyak: 5 sen seliter untuk petrol, 2.25 sen untuk diesel  (ditetapkan oleh kerajaan)
Margin Keuntungan pengusaha stesen minyak :12.19 sen seliter petrol, 7 sen seliter diesel  (ditetapkan oleh kerajaan)
Alpha: Perbezaan antara harga MOPS dan harga sebenar yang dibeli syarikat minyak adalah 5 sen untuk petrol, 4 sen untuk diesel (ditetapkan oleh kerajaan)

Hanya harga MOPS sahaja yang berubah berdasarkan pasaran semasa, yang lainnya telah ditetapkan oleh kerajaan. Untuk dapatkan harga MOPS semasa, boleh rujuk kepada Australian Institute Petroleum.

Jom kita kira harga minyak petrol RON95. 

Purata harga pasaran MOPS95 berakhir 5 Nov 2017 boleh rujuk di sini. Seperti jadual dibawah, untuk mengira harga pasaran semasa RON95, anda perlu mengambil purata harga MOPS95 untuk 4 minggu lepas.


cara kira harga minyak petrol

MOPS95 : AUD 0.576 
Anggaran purata tukaran matawang 4 minggu lepas : AUD/MYR = 3.24554
MOPS95 bersamaan dengan RM 1.869 per liter.

Jumlah harga RON95 adalah = 1.869 + 0.0954 + 0.05 + 0.1219 + 0.05 

Jumlah harga adalah RM 2.187 per liter. Namun. harga yang diumumkan kerajaan adalah RM2.31 seliter!!! Kerajaan dari awal lagi telah mengumumkan kerajaan tidak akan mendedahkan pengiraan sebenar harga pasaran petrol. Maka, anda kiralah sampai mati pun, kiraannya tidak tepat kerana kerajaan mungkin mengubah nilai yang telah ditetapkan untuk kiraan di atas. huhu



5

Tuesday, November 07, 2017

Pernah lihat bagaimana rupa engine mounting kereta? Setiap kenderaan, design mounting engine adalah berbeza. Jom kita tgk apa itu engine mounting dan apakah punca-punca yang menyebabkan ianya rosak. Kereta saya baru sahaja tukar engine mounting yang baru, dan kesan kerosakan engine mounting amatlah serius jika dibiarkan terlalu lama. Next entri saya akan bercerita mengenai kesan-kesan engine mounting rosak pula. Juga berdasarkan pengalaman saya sendiri

Engine mounting break

Apa fungsi engine mounting?
Engine mounting berfungsi untuk menstabilkan kedudukan enjin kereta setelah enjin kereta di hidupkan. Ia juga berfungsi untuk menjaga keseimbangan enjin kereta kerana enjin kereta boleh bergerak ketika kenderaan bergerak perlahan dan laju. Dengan engine mounting yang baik, anda sepatutnya tidak akan lihat engine bergerak @ vibrate dan juga tidak akan mendengar bunyi bising apabila berada di dalam kereta

Punca-punca kerosakan engine mounting:

Enjin mounting tamat tempoh jangka hayat 
Ini antara punca kerosakan yang biasa berlaku dan memang di jangka berlaku. Tempoh jangka hayatnya berbeza mengikut pengeluar kereta masing2. Ada yang mengatakan 7 hingga 8 tahun, ada yang lebih 10 tahun dan sebagainya. Cumanya, anda perlu peka jika ada tanda-tanda bunyi bising dan tanda2 enjin bergerak terutamanya kereta yang lebih daripada 5 tahun.

Enjin mounting yang rosak
Kadang-kadang ada juga enjin mounting yang dikeluarkan oleh pengeluar rosak. Ia mungkin disebabkan kurang kawalan kualiti ataupun terdapat kesilapan dalam pembuatan engine mouting itu. Selalunya, pihak pengeluar akan membuat "recall" jika mereka mendapati ianya berpunca daripada kerosakan dari kilang pengeluar.

Kesilapan pemasangan engine mounting
Ini juga antara punca kerosakan mounting enjin kereta anda. Sila pastikan anda memilih bengkel yang tepat. Pastikan bengkel yang mempunyai peralatan yang cukup dan lengkap, juga mempunyai mekanik yang mahir dan pengalaman.

Harga mounting enjin bergantung kepada model kereta anda. Semestinya antara komponen yang mahal harganya jika berlaku kerosakan. Saya sendiri membelanjakan jumlah kos yang agak besar. Adakah mungkin kerana model kereta Toyota?huhu..

Semoga bermanfaat.

Sumber : Do it yourself
1

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email