Monday, October 23, 2017

Fakta mengenai petrol pump dispenser yang patut anda tahu

petrol pump dispenser
Kecoh pasal viral kes kakak dengan Petrol Pam Petronas. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang mengenainya  sebab dah ramai "pakar-pakar" yang memberi komen dan reaksi terhadap kes ini. Ada yang nak boikot petronas, ada yang kecoh satu dunia seolah2 dia tahu segalanya.haha

Kita cerita ringkas2 je pasal minyak ni. Pertama, sebenarnya semua minyak sama sahaja kalau nak buat perbandingan. Contohnya Ron 95 petronas dan Ron 95 shell sebenarnya sama sahaja sehinggalah kedua2 syarikat ini memasukkan additive ke dalamnya. Di sinilah bermula perbezaan jenama, performance minyak Ron 95 itu sendiri. Boleh rujuk entri saya sebelum ini di sini ataupun Vocket.

Yang kedua, petrol pump dispenser. Saya pun bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini, cumanya yang saya tahu, ianya dia kawal ketat oleh kerajaan. Kerajaan Malaysia di bawah KPDNKK telah memberi tanggungjawab kepada Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd untuk membuat verification kepada semua pump dispenser seluruh Malaysia.  Ianya bertujuan untuk melindungi para pengguna mengikut akta yang telah di tetapkan kerajaan. Boleh rujuk di sini untuk mengetahui lanjut mengenai Metrology Corporation Malaysia.


Baik, cara sukatan minyak petrol dengan sukatan air amatlah jauh berbeza, sebabnya minyak petrol boleh mengembang / mengecut secara signifikan jika ada perubahan suhu. Selalunya dalam engineering, perbandingan di lihat dari sudut coefficient of thermal expansion pada sesuatu suhu. Jadi tidak adil jika anda ingin membandingkan cara sukatan air dengan sukatan petrol. Untuk makluman, kes penipuan sukatan minyak petrol ini adalah perkara biasa di seluruh dunia dan atas sebab itulah ianya di kawal ketat oleh kerajaan di mana-mana negara pun.

Petrol pump dispenser ini pun perlu ada calibration & verification setiap 12 bulan.Boleh rujuk dalam Akta Timbang dan Sukat 1972 untuk maklumat lanjut. Saya kira ianya perkara biasa bagi peralatan industri,perubatan dan sebagainya terutama yang melibatkan instrumentasi perlu ada calibration & verification. Ianya bergantung kepada standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar ataupun International Code and Standards sesuatu peralatan.

Untuk pengetahuan semua,  cara calibration &  verification hanya mengikut sukatan isipadu mengikut piawaian yang ditetapkan. Bukannya speed @ kelajuan petrol pump dispenser itu sendiri.
Contoh alatan yang digunakan dan ianya di datangkan dalam pelbagai saiz.

petrol pump dispenser

Untuk kes yang viral ini, petronas sudahpun memberi maklumbalas kepada rakyat Malaysia. Berikut adalah kenyataan petronas :

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak kami sentiasa mengambil berat setiap maklum balas dari para pelanggan terutamanya aduan yang tidak berasas seperti insiden yang melibatkan stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan yang telah tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp. Bagi melindungi hak para pelanggan, pihak kami mengalukan-alukan kehadiran penguatkuasa KPDNKK dan Metrology Corporation Malaysia Sdn.Bhd untuk menjalankan ujian di stesen PETRONAS yang terlibat. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak berkuasa berkenaan telah mengesahkan bahawa tidak ada percanggahan dalam kuantiti bahan bakar seperti yang didakwa.

Kami berharap perkara di atas menjelaskan perkara ini dan kami memohon kerjasama anda untuk tidak menyebarkan aduan palsu ini.
Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email mesralink@petronas.com.my."

Sekian terima kasih.

Rujukan : Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd

17 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email