Friday, September 29, 2017

SRS di dalam sistem keselamatan kenderaan

Air bag
Pernah tengok perkataan SRS di steering kereta anda dan di dashboard? Bagi sesiapa yang memiliki kereta yang mempunyai sistem air bag, maka mereka pasti akan melihat tulisan SRS ini. Apakah maksud sebenarnya?

SRS adalah singkatan kepada Secondary/Supplemental Restrain System yang bermaksud sistem sokongan kedua @ sekunder kepada seat belt jika berlaku kemalangan. Seat belt adalah merupakan sistem utama perlindungan kepada pemandu untuk mengurangkan impak kemalangan. Dengan erti kata lain, adanya SRS air bag ini maka ciri-ciri keselamatan dalam pemanduan kereta dapat di tingkatkan.
Imej : Mitsubishi 

Selain daripada air bag, head rest juga di klasifikasi sebagai "restrain system" dan bukannya untuk "rest" atau menyandarkan kepala mahupun untuk tidur semasa memandu. Ia direka khas untuk menjadi sistem sokongan mengurangkan impak kemalangan. Walaupun namanya adalah head rest, perlu di ingat ianya bukan di jadikan tempat anda tidur lena ketika memandu. huhu..
Sedikit data/fakta mengenai kematian yang disebabkan oleh impak kemalangan. Berdasarkan data ini, sesetengah pengeluar kereta menjadikan "basis" untuk mereka meningkatkan sistem keselamatan kereta.

air bag
Imej : Nissan -Global
Seperti sedia maklum, SRS air bag akan diaktifkan secara automatik apabila berlaku kemalangan. Untuk makluman, sistem SRS air bag sesetengah kenderaan di programkan dengan seat belt sistem yang mana apabila berlaku kemalangan, seat belt akan diketatkan pada masa yang sama SRS airbag diaktifkan. Bukan semua jenis kemalangan SRS air bag akan diaktifkan. Ia bergantung kepada standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta @ pengeluar air bag itu sendiri. Bergantung kepada kelajuan kereta dan  impak kemalangan.

Tahukah anda berapa kelajuan SRS airbag bila di aktifkan untuk mengembang sepenuhnya? Mengikut Toyota, kelajuannya mencecah 100km/j sehingga 300km/j. Pun begitu, ianya selamat dan menjadi perlindungan terbaik kepada pemandu apabila berlaku kemalangan. Kenapa kadang-kadang kita dengar ada pemandu yang patah tangan apabila SRS air bag di aktifkan? Salah satu sebab adalaha cara memegang steering yang tidak betul  dan menjadi penghalang kepada SRS air bag apabila di aktifkan seterusnya memberi impak yang tidak baik kepada tangan pemandu.

air bag
 Cara yang betul memegang steering
Imej : :driving-test.org
Jika lampu isyarat SRS menyala, segeralah ke bengkel supaya anda dalam keadaan yang lebih selamat. Walaupun kereta anda masih boleh bergerak, namun kebolehan sistem air bag anda di ragui dan boleh menjejaskan keselamatan anda. Kita tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku semasa kita memandu.
Imej : Subaru Canada

Pesanan kepada semua, pakailah seat belt , gunakan kereta yang mempunyi ciri-ciri keselamatan yang baik dan jadilah pemandu yang berhemah. Semoga bermanfaat


38 comments:

  1. ptg srs ni bg setiap kereta. klu kete lama xde ciri2 srs ni... erm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a. kereta dulu2 kurang safety features. Sb selalunya bila ada additional safety features, kos kenderaan agak mahal sedikit. Alhamdulillah dengan teknologi sekarang, kenderaan yang didatangi dengan safety features macam air bag ini sudah mampu dimiliki.

      Delete
  2. Pernah dgr kes yang badan terbelah dua sbb pakai fake seat belt (dia x pakai seat belt, so dia beli fake seat belt utk xbunyi). Jdi bila airbag keluar, menolak badan dia ke luar kereta.

    Sepatutnya kita tak boleh ignore hal2 keselamatan mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutilah manual keselamatan kereta. Itu perkara asas.

      Delete
  3. Kete kite ade...tp half cut...ahahha..jd dh xde..

    ReplyDelete
  4. Kete kite ade...tp half cut...ahahha..jd dh xde..

    ReplyDelete
  5. kereta suami ada... hihihihi.. terima kasih kongsi.. saya lepas abe jaq sharing terus g tengok kereta hahahhaha

    ReplyDelete
  6. haha dekat kereta ada tapi ni first time tahu nama penuh. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la jangkaan saya ramai orang tak tahu. maka tepatlah perkongsian saya ini.haha

      Delete
  7. Baru taw apa mksud dia. Kena pkai seatbelt baru airbag akan terbuka.

    ReplyDelete
  8. Airbag ni impact dia kuat dan boleh mencederakan jugak kan? Baru tau kena pakai seat belt baru airbag berfungsi...

    ReplyDelete
  9. setahu saya bukan semua kenderaan kena pakai seatbelt dahulu baru airbag boleh terbuka apabila berlaku kemalangan. tapi tak tau lah kalau sekarang semua design dia begitu. yang penting kena pakai seat belt , sebab kalau x pakai seat belt air bag tidaklah dapat mengurangkan impak semaksima mungkin malah boleh mencederakan pemandu @ kesan kemalangan amatlah teruk.

    ReplyDelete
  10. oooo baru faham. thanks for the info :)

    ReplyDelete
  11. airbag can be safe and dangerous too.. pros and cons..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I beg to differ.if you embrace defensive driving, than you will know that air bag is good. Hehe

      Delete
    2. I beg to differ.if you embrace defensive driving, than you will know that air bag is good. Hehe

      Delete
  12. Nice info. Thanks for sharing. Baru kita tahu. Bab kereta kita pandai isi minyak je 😅 follow terus la blog ni.

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  13. Good sharing. Even i don' t have car yet cause I still a student. But, this articles might be usefull for me.

    ReplyDelete
  14. Laa xtahu pula kena pakai seatbelt baru airbag tu berfungsi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua kenderaan kalau xsilap saya. Boleh refer kepada manual kereta masing2. Ada yang independant

      Delete
  15. Nice sharing. Lepas ni kena pastikan pakai seat belt baru boleh jalan, takut fungsi seat belt tak berfungsi if tak pakai, ke memang srs tu berfungsi juga ikut impak?

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. SRS berfungsi bila ada kemalangan. Tapi bergantung kepada standard yang telah ditetapkan. Seat belt perlu pakai, kalau tidak air bag tak membantu sangat untuk mengurangkan impak kemalangan.

      Delete
  16. belum ada kereta hehehe tapi bagus lah untuk maklumat mungkin berguna masa hadapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu je nasihat untuk saya dan semua. Beli kereta yang ada ciri2 keselamatan yang baik cthnya air bag, ABS dan sebagainya. tidak semestinya kereta baru, kereta second hand pun bagus. Do not compromize your safety.

      Delete
  17. lampu isyarat SRS pun saya tak tahu kat mana. just tahu SRS tu memang ada. hmm kat mana? n camne cara pegang stereng yg salah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dashboard kereta, masa on kunci kereta nanti nampakla.hehe

      Delete
  18. untuk SRS nie, perlukah pemeriksaan berkala dilakukan. Mana la tahu tertiba ianya gagal berfungsi.

    ReplyDelete
  19. Selain SRS, perlu jua pemeriksaan berkala diadakan untuk memastikan keseluruhan sistem berfungsi dengan baik

    ReplyDelete
  20. penting sgt bende ni.. perlu ada pada sesebuah kereta..gut info..

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email