Friday, September 22, 2017

Salam Maal Hijrah

Maal Hijrah
Imej :Youtube

Assalamualaikum ,

Hari Jumaat penghulu segala hari, selamat meyambut awal Muharam bulan yang penuh barakah kepada semua. Semoga kita sentiasa di limpahi rahmat dan kasih sayang dari ALLAH juga semoga kita menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNYA. Syukur alhamdulillah kita masih lagi diberikan nikmat Iman dan Islam untuk meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini yang hanya di pinjamkan oleh ALLAH buat sementara waktu.

Umumnya masyarakat kita ketika menyambut tahun baru masihi, mereka menetapkan azam baru untuk di capai dalam kehidupan mereka. Pesanan kepada saya dan anda semua, wajib bagi kita umat Islam untuk menetapkan azam baru juga apabila menyambut tahun baru Islam. Mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, konteks hijrah itu bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain malah ianya memberi maksud yang lebih besar.
Maal Hirah
Imej :Qalam Hazim

Maksud sebenar Rasulullah S.A.W cuba sampaikan adalah penghijrahan umat Islam dari segala kejahilan kepada menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa kepadaNYA. Seluruh kehidupan hanyalah berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah dan khusus hanya untuk ALLAH sahaja. Tiada yang lain sekutu bagiNYA. Maka dengan ini, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua untuk sama-sama bulatkan niat azam tahun baru ini "aku ingin berhijrah ke arah yang lebih baik dalam mencari redha ALLAH supaya menjadi hambaNya yang bertaqwa insyaALLAH". Semoga ALLAH bantu kita sepenuhnya dalam kehidupan kita seharian. Ameen..

Alhamdulillah tepat jam 3.27petang semalam 21 September 2017, saya dan isteri dikurniakan seorang bayi lelaki seberat 4.11kg. Amanah yang ALLAH bagi buat saya dan isteri untuk dijaga dan dididik dengan baik. Doakan ibu dan anak sihat sejahtera dan doakan keluarga kami sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH. Bayi di lahirkan untuk sama-sama menyambut tahun baru Islam pada hari ini, Alhamdulillah.


14 comments:

  1. Tahniah abe jaq baby maal hijrah tuu..

    ReplyDelete
  2. MashaAllab! Tahniah abe jaq. Semoga kehadiran baby sentiasa memberi nafas baru dan semangat!

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah AJ... insyaaAllah smg kita semua sentiasa hijrah kepada kebaikan

    ReplyDelete
  4. Salam maal Hijrah abejaq. salam kenal dr team BPT

    ReplyDelete
  5. Tahniah krna mendapat anak lelaki. Salam mmal hijrah juga.

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah..cantik bolog ni..kemas je.. good job.!

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email