Wednesday, September 27, 2017

Nasi kerabu sedap di Taman Melati

Nasi kerabu sedap kuala lumpur
Assalamualaikum,

Lama juga saya tak berkongsi tentang makanan atau tempat2 makan yang best mengikut selera saya atau dengan erti kata lain selera Kelantan. Seperti sedia maklum, nasi kerabu adalah makanan tradisi orang Kelantan yang sangat unik cara pembuatannya. Perlu di ingat, bukan semua orang Kelantan yang betul2 pandai membuat nasi kerabu supaya rasanya yang sedap sehingga menjilat jari. Cumanya, jika di Kelantan anda mempunyai banyak pilihan untuk survey kedai mana yang menyediakan nasi kerabu yang sedap. Namun, jika anda berada di luar Kelantan, maka anda haruslah berusaha mencari kedai nasi kerabu yang sedap sehingga ke lubang cacing. hahaha

Baik, saya sebelum ini tinggal dan bekerja di Paka, Dungun Terengganu. Sepanjang 6 tahun tinggal di sana, saya boleh sarankan beberapa tempat yang menjual nasi kerabu yang sesuai dengan selera saya. Confirm anda akan sokong saya setelah anda singgah menikmati hidangan nasi kerabu di sini. Saya pernah berkongsi sebelum ini di mana antara tempat-tempat menarik untuk sarapan pagi termasuklah lokasi yang menjual nasi kerabu. Anda boleh rujuk di sini.

Setelah 6 tahun di Terengganu, saya berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tinggal di Taman Melati. Seperti biasalah, dah nama pun orang Kelantan memang tak sah kalau tak makan sarapan nasi kerabu atau nasi berlauk. Dalam misi pencarian saya, saya berjaya mengenal pasti beberapa lokasi yang anda boleh makan nasi kerabu dan nasi berlauk dengan sepuas hati. huhu...Tapi ini selera saya la, saya anggap anda pun begitu. Cubalah dulu..hehe.. Boleh rujuk entri sebelum ini.
Nasi kerabu sedap kuala lumpur

Baik, nampak gayanya saya telah menjumpai satu tempat baru yang menghidangkan nasi kerabu sedap. Jika ada tinggal di Taman Melati, Setapak atau Gombak and mesti kenal Staroba Corner yang terletak di Taman Setapak Indah.  Gerai yang menjual nasi kerabu terletak di jalan yang sama dengan Staroba Corner. Nanti jika anda melalui jalan Taman Setapak Indah, anda akan jumpa Abang Borhan di tepi jalan. Yang memikat hati pengunjung adalah rasa yang sedap yang dihidangkan dengan ayam, daging dan kambing bakar panas. Anda boleh lihat abg ni membakar ayam, daging dan kambing dari jauh lagi. huhu..Sepanjang kunjungan saya ke sini, saya lihat daging bakar paling hot dan laris. Kalau terlambat anda rugi..huhu

Kepada orang Gombak, Wangsa Maju dan sekitar kawasan ini. Bolehla cuba..

Sekian terima kasih.

10 comments:

  1. nasi kerabu kalu sedap make sekali nk sokmo... yg ptg budu sedap...

    ReplyDelete
  2. terbaik, nasi kerabu daging paling best .....
    makanan favourite saya ni....

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi kerabu napok gaya kena buat ni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email