Sunday, September 03, 2017

Hari Raya Korban di Kelantan, suatu ibadah dan tradisi yang di nanti

Sultan Kelantan di hari raya korban
Imej : The Star
Kemeriahan Hari Raya Korban di Kelantan sememangnya di nanti-nanti oleh masyarakat Kelantan. Kombinasi ibadah dan adat tradisi meraikan Hari Raya Korban menjadi suatu titik perbezaan dengan tempat-tempat lain. Tak dinafikan ada sesetengah tempat juga menunjukkan kemeriahan yang sama tetapi sebagai anak jati Kelantan, perasaannya tidak sama.huhu.

Apa agaknya yang menyebabkan ianya meriah? Pada hemat saya kemeriahannya terbit daripada budaya dan adat yang meneruskan hubungan silatrurrahim di kalangan penduduk kampong mahupun bandar. Baik, apa antara kelainan-kelainan yang ada semasa raya korban.
Pertama, boleh di katakan hampir setiap keluarga di kalangan penduduk akan menyertai ibadah korban. Saya bukan kata SEMUA, akan tetapi kebanyakan keluarga penduduk akan sertai korban paling tidak satu bahagian setiap sekeluarga. Bagi yang ahli keluarganya ramai, kadang-kadang seekor atau dua ekor lembu hanya untuk keluarga mereka sahaja. Anda akan lihat suasana yang agak sibuk dan meriah dalam kampong terutamanya kerana terlalu banyak lembu yang ditumbangkan.huhu..

Kedua, kebanyakan lembu ditumbangkan di dalam kampong atau kawasan sekitar rumah. Apa yang saya lihat, agak jarang ianya di lakukan di masjid atau surau melainkan ada perancangan untuk mengadakan jamuan atau majlis doa selamat di masjid atas permintaan para peserta korban. Berbeza keadaannya di kawasan-kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur yang kebanyakan para peserta menyertai ibadah korban yang di kendalikan oleh masjid-masjid atau surau.

Ketiga, kebanyakan daging korban di agihkan sendiri oleh peserta korban kepada asnaf. Jika di bandar, tanggungjawab ini di ambil alih oleh pihak ajk surau atau masjid atau mana2 NGO yang mengendalikan korban. Di sini kita boleh lihat hubungan silaturrahim di kalangan penduduk semakin erat kerana para peserta korban dapat bertemu mata beramah mesra sendiri dengan asnaf di dalam kampong atau tempat kediaman mereka

Keempat, sudah menjadi tradisi kebanyakan peserta korban akan mengadakan majlis doa selamat, tahlil dan akikah. Boleh di katakan bermula selepas subuh , tengahari sehingga ke malam sejak hari raya pertama sehinggalah hari raya yang keempat. Hubungan silaturrahim kian erat di kalangan penduduk kampong.

Kelima, ibadah korban di lakukan secara bergotong royong bermula daripada sembelihan lembu sehinggalah penyediaan masakan untuk majils-majlis doa selamat, tahlil dan aqiqah. Seolah2 “Catering is prohibited”..huhu

Sebab-sebab inilah saya katakan kemeriahan suasana hari raya terbit daripada usaha-usaha meneruskan hubungan silatrurrahim di kalangan penduduk kampong. Akhir sekali, semestinya adalah hidangan2 yang lazimnya di hidangkan semasa hari raya korban. Ianya memang menggamit anak2 perantau untuk pulang ke kampong.

Antara hidangan2 yang di sajikan adalah daging goreng kunyit versi klate, daging singgang, perut muda, perut kitab dan banyak lagi. Saya rasa yang paling hot adalah perut muda..huhu
Akhir sekali, saya tak nafikan suasana beraya di tempat lain juga mempunyai persamaan. Cuma saya nukilkan sudut pandangan saya sebagai anak jati Kelantan yang pernah meraikan hari raya korban di luar negeri saya sendiri. Panjang menaip hari ni.huhu

Selamat Hari Raya Aidiladha dari perantauan.
sultan kelantan di hari raya korban
Imej : http://mamatisya.blogspot.my

sultan kelantan di hari raya korban
Imej :http://aziejaya.blogspot.com

sultan kelantan di hari raya korban
Imej : http://www.enyabdullah.com



10 comments:

  1. meriah tul raya haji di kelantan kan? abe kie n isteri hampir setiap thn ambik 1 bahagian. thn ni je ambik 2.

    ReplyDelete
  2. wow meriah tue,,,
    sayangnya JM tak makan daging...

    ReplyDelete
  3. sedap daging korban.. de make sikit daging korban...

    ReplyDelete
  4. alohhh, baco ni raso terliur slaluh ko perut lembuu. hehe sedap nyo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perut mudo sedak. hok alik daley dio tu. huhu

      Delete
  5. huh... sedap blako masakan raya haji... molek sgt menyambung ukhwah di raya korban... ada kala hidup kita terkorban dan berkorban. semoga raya dpt mengerat dan menjalinkan silaturahim...

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email