Sunday, September 24, 2017

Cara memahami graf CTG sebelum bersalin

Saya agak anda mesti berasa pelik entri saya kali ini. Seperti bukan saya yang menulis. hahaha
Selalunya saya berkongsi perkara2 yang banyak berkaitan dengan sifat2 dan minat2 orang lelaki. Namun kali ini lebih kepada ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan wanita. Kenapa ye?

Bukan apa, saya baru sahaja menimang cahaya mata baru dan kali terakhir dapat baby, 3 tahun lepas dan saya sudah lupa bagaimana cara memahami graf CTG (Cardiotocography). Saya kira ianya pengetahuan umum yang sewajarnya bukan setakat isteri2 atau wanita yang perlu faham, namun sang suami perlu juga ambil tahu.hehe

Tak perlulah saya kongsikan terlalu terperinci secara teknikal bagaimana graf CTG sebab saya bukan doktor. Cukup memahami secara asas bagaimana CTG berfungsi. Baik, untuk pengetahuan semua terutama orang lelaki, CTG digunakan untuk monitor degupan jantung bayi dan juga contraction si ibu mengandung. Selalunya, graf CTG ada dua bahagian iaitu bahagian atas untuk monitor heart beat bayi dalam kandungan manakala bahagian bawah adalah untuk contraction si ibu mengandung.

Selalunya normal heart beat bayi adalah di antara 120 sehingga 160bpm dan bacaan kekerapan contraction di rekod dalam tempoh 10min seperti dalam graf (satu kotak adalah 1min). Graf di bawah adalah untuk kes normal.
cara baca CTG graf
Graf ini menunjukkan heart beat bayi adalah normal dan contraction berlaku dalam 2 hingga 3 kali dalam masa 10min. Selalunya bila contraction seperti ini dan sudah ada bukaan laluan (3 to 4cm) , isteri akan di bawa terus stand by di bilik bersalin.

Untuk kes yang abnormal, apa yang jelas di lihat daripada graf adalah heart beat bayi luar daripada range 120-160bpm. Banyak faktor yang menyumbang dan antara contoh yang selalunya doktor bagi adalah tali pusat menjerut leher bayi. Selalunya bila kes abnormal sebegini doktor akan mempercepatkan proses bersalin untuk menyelamatkan bayi. Contoh di bawah adalah salah satu abnormal graf.

cara baca CTG graf
Ini cuma sebahagian sahaja info asas untuk memahami graf CTG.  Selebihnya bolehla anda minta nasihat doktor untuk mengetahuinya secara mendalam. Semoga bermanfaat.

Sumber : Geeky Medics

14 comments:

  1. Wahh..pengetahuan bru nie..tq 4 sharing

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pngkongsian ni abe jaq

    ReplyDelete
  3. wow bagus abe jaq. thank you sbb aira baru tahu ni. haha

    ReplyDelete
  4. tak mengapa walaupun baru tahu. orang perempuan akan mengalaminya sendiri. hehe

    ReplyDelete
  5. Xphm ape pon bila.masuk bilik bersalin..nmpk je benda ni..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. Kiranya ia penting untuk si suami la kan sebab isteri tengah sakit. mana ada masa nak fikir benda2 ni.hehe

      Delete
  6. Oic br tahu normal n abnormal camana... Hihi sy duk tgk bacaan kt mesen tu bila jantung baby 80 ke bwh sy suka sbb ada bc kat tenet bila bc jantung bby 80 kebwh tu may be bby laki... Hehe slh pemahaman. Nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah 80 tu kalau berterusan lama selalunya doktor akan buat sesuatu. Sb normal heart rate adala 120 to 160bpm

      Delete
  7. Replies
    1. Boleh google jugak kalau nak tahu secara detail

      Delete
  8. Terima kasih abe jaq. selalunya pakai serah semua ko doktor ngan misi jer.. ni baru paham :D

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email