Sunday, September 24, 2017

Budu semakin popular di negara China??

Budu di China
Percaya atau tidak, budu telah menembusi pasaran China selepas 20 tahun lebih budu di hasilkan oleh En  Mat Ismail Jusoh, 66thn yang berasal daripada Pengkalan Kubur. Walaupun tidak berpendidikan tinggi malah tidak tahu membaca dan menulis, En Mat Ismail berjaya kembangkan perniagaan Budu yang di hasilkan olehnya sendiri sampai ke negara China.

Bercakap di Caexpo yang berlangsung di Nanning China, En Mat Ismail amat bersyukur dan tidak menyangka percapaiannya sampai ke tahap ini. Dengan bantuan daripada kawan-kawan sejak mula-mula menjalankan perniagaan sehinggalah dibantu sepenuhnya oleh anak-anaknya yang sudah dewasa membantu mengembangkan lagi perniaagaannya sekarang. Saya kira En Mat Ismail amatlah kreatif dengan inovasi packaging yang di hasilkan menyebabkan budu mesra pelanggan dan menarik minat pelanggan untuk membelinya.
Budu di China

Apa yang difikirkan En Mat Ismail mudah sahaja, budu boleh di makan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa tidak mengenal sempadan negara. Oleh sebab itu salah satu packaging yang berjaya adalah dalam bentuk tiub supaya memudahkan orang travel. Semoga perniagaan En Mat Ismail semakin maju dan menembusi pasaran seluruh dunia. Sebagai anak kelantan, saya turut berbangga.

Sumber : NST

17 comments:

  1. Oh! Hebatnya anak Kelate menakluki pasaran China....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemah Budu sapa ko chino. Pahni kkecek klate habis oghe chino. Haha

      Delete
  2. Allhamdulillah... International marketing dh budu en mat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula. Sekali dah tembusi pasaran International, peluang cerah untuk ke negara2 lain insyaAllah

      Delete
  3. Replies
    1. Hebatkan? Dalam youtube ada kalau xsilap kisah en mat ni. Pakai kain pelikat je, tapi kaya raya. Huhu

      Delete
  4. tak dinafikan orang dari cik siti wan kembang memang pandai nego..sa Salute..

    ReplyDelete
  5. Mantap! Jauh sampai ke china tuu, mmg kene dengan selera kut heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap la tu. Mengalahkan sup sirip ikan yu. Haha

      Delete
  6. tu dia, sudah jauh budu dapat diperolehi

    ReplyDelete
    Replies
    1. China kak. Main2 dgn budu cap Ketereh ni. Huhu

      Delete
  7. Percaya atau tidak.. Saya tak pernah makan budu. Dengar2 sedap, betul ke?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email