Tuesday, September 05, 2017

9 kemahiran asas lelaki patut tahu

Wahai sang lelaki, andalah hero, andalah gagah perkasa, andalah macho dan semuanyalah yang berkaitan dengan lelaki. Namun, jika anda tidak memiliki kemahiran asas ini, saya kira anda tidak tergolong daripada apa yang saya sebutkan tadi. jangan marah. hahaha..4 skill yang terakhir memang menjadi igauan wanita. kah3

9. Tukar Tayar Kereta
Skill asas sebagai seorang pemandu. Jika anda seorang lelaki, wajib untuk mahir menukar tayar yang pancit. pastikan alatan asas untuk tukar tayar sentiasa lengkap di dalam kereta. Malu tau, kalau tempat spare tayar kereta pun tak tau. hahaha
Kemahiran asas lelaki
Imej : topcar.com.pt

8. Mengetuk paku
Perkara asas dalam seni pertukangan. Sebagai seorang lelaki, paling tidak mesti tahu bagaimana nak ketuk paku ke dinding. Jangan lupa cara yang betul untuk memegang penukul. Kang tersilap ketuk tangan, bengkak la jawabnya. huhu
Kemahiran asas lelaki
Imej : Blue maize


7. Memasang wayar plug 3 pin
Ini sangatlah basic. Dulu masa saya sekolah, tak silap saya subjek yang kami belajar tentang kemahiran asas elektrik adalah kemahiran hidup bersepadu. Malunya kalau mak mentua mintak tukar plug 3 pin kita panggil technician. hahaha
Kemahiran asas lelaki
Imej : Wiring Diagrams


6. Nyalakan unggun api
Skill ini mesti ramai orang guna terutamanya musim raya haji ni kan? Yelah, hari raya pertama nak bakar satay, raya kedua nak BBQ dan macam-macam lagi. Jangan sampai orang tunggu berjam-jam baru boleh bakar lauk. Mereput tunggu nak makan..haha
Kemahiran asas lelaki
Imej : Nutright

5. Kilatkan kasut
Ayah saya bekas seorang askar. Dia punya skill kilat kasut memang saya tak boleh lawan. Dulu2 pernah jugakla ada kasut kulit dan saya belajar dengan ayah saya. Dia tak bagi saya guna yang jenis cecair, dia ajar menggunakan yang jenis krim tu. Seingat saya, dulu2 kami pakai yang ada gambar burung kiwi tu. Tapi tak kisahlah apa jenisnya, yang penting saya rasa orang lelaki sepatutnya tahu. huhu

Kemahiran asas lelaki
Imej : Amazon


4. Jahit butang 
Saya kira ini skill asas jugak. Sekurang-kurangnya kalau wanita disekeliling anda sibuk, anda tahu bagaimana nak jahit sendiri. hehe
Kemahiran asas lelaki
Imej : Craftsy


3. Iron baju
Saya beranggapan semua orang lelaki pandai iron baju. Mesti ada suatu masa dia berjauhan dengan mak atau isterinya. Apa yang membezakan orang lelaki atau perempuan menggosok baju adalah kualitinya. Kadang2 orang lelaki lagi bagus terutamanya bekas2 tentera dan kadang2 perempuan lagi bagus.
Kemahiran asas lelaki
Imej : Men's Health Singapore

2. Tukar lampin anak
Skill yang wajib bagi seorang bapa. Jangan banyak tanya..haha
Kemahiran asas lelaki
Imej : Daily mail


1. Masak
Saya kira skill memasak ni memang akan menjadi idaman seorang wanita. haha..tapi xtaula kan kot ada jugak wanita benci lelaki pandai masak. Bukannya nak suruh pandai macam chef, at least boleh masak nasi dengan goreng lauk simple2. Orang sebut masakan bujang.huhu..tapi kalau anda pandai masak mengalahkan wanita, itu markah tambahanlah buat anda.

Kemahiran asas lelaki
Imej : ehc-neuwied
Agak-agak banyak lagi tak yang anda rasa lelaki sepatutnya tahu? huhu







21 comments:

  1. x semuanya kemahiran di atas tu abe kie boleh buat. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe abe kie. yang penting bini sayang. huhu

      Delete
  2. St sbgai pompuan setuju sgt la tu..hoho..klo laki xde kemahirn2 gini ssh nk tlng pompuan gitu.

    ReplyDelete
  3. kalau la encik ada lengkap kemahiran macam ni best boleh tolong kita hahahahha...

    ReplyDelete
  4. Baru betul ni orang panggil anak jantan..semua bolehhh. Errr..,tapi baiki paip pun kena masuk list,,hihih.Dah takpayah panggil lagi plumber

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..baiki paip bocor pun kena pandai jugak

      Delete
  5. pandai belako abe jaq ni, suami misali kan

    ReplyDelete
  6. br saya tahu husband saya br tahu pasang wayar 3 pin... yg lain semua ok... org laki harus tahu gardening gak... klu kt umah sy, sy tahu tanam pokok jer, x pernah siram. husband yg tukang siram dan jaga... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya minat jugak gardening. tapi bukan bunga-bungaan la. lebih kepada pokok hiasan hijau yang tak berbunga. tapi malangnya rumah takde taman.huhu

      Delete
    2. umh sy xde tanam bunga semua daun... ehhe

      Delete
  7. Ramai lelaki tak tahu yang last sekali tu, hihi

    Takpelah yang penting bertanggungjawbab

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..boleh masak tu. cuma tak cuba je.hehe

      Delete
  8. idola setiap wanita ni kalau dapat buat semua ni!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki pulak, idola lelaki orang perempuan boleh buat semua. hahaha

      Delete
  9. Huhuuu no 7 mmg kepakaran kakyong :)

    Singgah sini dan follow
    #BloggerPantaiTimur
    akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Setuju. memang sepatutnya lelaki kena tahu buat semua tu :)

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email