Monday, July 17, 2017

Akhirnya kapcaiku tumpas

Asssamualaikum semua

Lamanya saya tak update blog. Sudah berkulat dan banyak sarang labah2.huhu..
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga lebaran kali ini mencatatkan suatu lembaran baru dalam kehidupan kita semua. Ameen..

Di sebalik kegembiraan meraikan hari raya, saya bersedih kerana kuda tunggangan saya Honda EX5 keluaran tahun 1996 akhirnya tewas selepas 21 tahun tidak pernah mengusik enjinnya. Sebelum ini di jaga dengan baik enjinnya walau tak secantik  rupanya, telah banyak berjasa kepada saya. Sejak daripada alam persekolahan, universiti dan sehingga sekarang..

Penuh dengan nilai sentimental, ianya menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup saya...hahaha..Di sebabkan kelalaian seorang mekanik, akhirnya ianya kecundang.. Ianya2 tiba-tiba berhenti di pertengahan perjalanan..Sekarang, pencapaian enjin tidak seperti dahulu setelah terpaksa major overhaul enjin dan menukar beberapa komponen penting dalam enjin...aduhai sedihnya..
Betulla kata orang-orang tua, sekali dah buka enjin walaupun tukar komponen baru, enjinnya tidak seperti dahulu dan kemungkinan akan banyak kerosakan2 lain akan berlaku selepas ini. Maka tunggulah...nauzubillah..huhu

Baik di pendekkan cerita, saya nak kongsikan perbezaan "top overhaul" atau istilah yang sentiasa kita sebut adalah buka head dengan "major overhaul" atau lebih dikenali dengan angkat enjin.

Top Overhaul

Overhaul yang yang melibatkan bahagian head engine atau bahagian depan enjin motosikal anda. Selalunya melibatkan kerosakan di bahagian piston, gasket bocor atau untuk grind balik bahagian valve.  Anda boleh lihat sedikit sedutan video dari youtube di bawah bagaiman rupanya top overhaul.



Major Overhaul

Major overhaul ni selalunya kita panggil angkat enjin atau dengan kata lain, enjin perlu di turunkan daripada motosikal anda dan perlu baraikan semua komponen2 enjin. Anda boleh lihat bahagian dalaman enjin seperti gearbox, crankshaft, piston rod dan sebagainya.Dalam kes kapcai saya, saya terpaksa buat major overhaul kerana block jammed sebab minyak hitam kering. Bila buka enjin habis rosak, valve bengkok, piston ring hancur, oil seal pecah dan macam2 lagi..huhu

Kalau anda tak dapat lihat komponen2 seperti gambar di bawah ni, ianya bukanlah major overhaul. Gambar di bawah sekadar hiasan, bukan gambar sebenar enjin EX5 saya. Saya tak sanggup melihat keadaannya dan berat untuk dikongsikan bersama..hahaha

major overhaul motorcycle
Imej : raynortonmotorsport.blogspot.my
Pengajarannya, jagalah motosikal anda dengan baik. Bersegeralah jumpa mekanik yang jujur untuk membaiki motosikal anda jika ada masalah seperti minyak pelincir bocor, bunyi "knocking sound" yang kuat dan masalah2 lain. Jika anda jumpa mekanik yang cuai dan tidak jujur, motosikal anda tidak akan pernah lekang dengan masalah. Pisang berbuah berkali-kali..hahaha


2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Pandai bos jaga motor sampai 21 tahun tak pernah buka enjin..kongsilah sikit rahsianya..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya rasa sebab generasi terawal ex5 yang buatan jepun memang tahan lasak. Tidak seperti ex5 dream yang dikeluarkan selepas itu dimalaysia yang agak tidak lasak. Saya hanya jaga minyak pelincir, dan motosikal tidaklah saya gasak sangat. Hanya ulang alik pergi sekolah, belajar kat kampus dan kerja..

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email