Monday, June 19, 2017

3 Sebab kenapa anda perlu berkunjung ke Pasir Mas di bulan Ramadhan

Sudah sekian lama saya tidak menulis dan berkongsi di ruangan blog saya ini. Agak sibuk dengan kerja, rutin harian dan tidak dapat luangkan sedikit masa untuk menaip di papan kunci komputer. Di tambah pula ketandusan idea topik apa yang ingin di tulis supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kini kita sudah berada di 10 hari terakhir bulan ramadhan. Rasa sekejap je masa berlalu tanpa di sedari bulan yang mulia ini sudah hampir melabuhkan tirainya. Sejauh mana kita mengisi bulan ini dengan amalan2 yang baik, kita ukurlah keupayaan kita sendiri. Yang penting IKHLAS..Tiada guna amalan menggunung tinggi akan tetapi bukan kerana ALLAH, tetapi kerana manusia..

Baik, kali ini saya ingin kongsikan kenapa saya tersangat suka balik kampung saya pada bulan puasa. Bulan lain pun suka juga balik kampung, tapi di bulan puasa ni seronok dia lain macam sikit..hahaha
Rasanya ramai sudah maklum bahawa bulan puasa di Kelantan penuh dengan warna warni. Dari siang hari sampailah ke tengah malam..

Yang pastinya, ianya adalah disebabkan makanan..huhu. Jom kita tengok apa yang menarik di kampung saya, Pasir Mas Kelantan..Saya pernah kongsikan dalam entri sebelum ini, tapi sekali lagi saya nak kongsi dengan anda semua..huhuh

Baru2 ini saya pulang ke kampung saya. Walaupun hanya sempat bermalam satu malam sahaja di rumah, saya pastikan saya langsaikan semua hutang ketagihan berpuasa di kampung saya. hahaha

Akok RISDA

Akok bunga di jual RM5 sebiji yang sememangnya sedap sehingga menjilat plastik..kah2..Kalau anda nak tahu, akok ni hanya di jual pada bulan puasa sahaja. Jualan sehari melebih 1000biji bermula daripada pukul 11 pg sehingga pukul 4ptg..Tapi selalunya tak sampai pukul 4 semua dah sapu bersih..Gambar bawah ni, saya beratur bermula pukl 12tghr..
akok risda pasir mas

akok risda pasir mas

akok risda pasir mas

akok risda pasir mas

akok risda pasir mas

Ayam Percik Kak Jah

Lauk ayam percik memang sinonim dengan rakyat kelantan. Macam2 resepi, rasa dan warna yang anda boleh jumpa di Kelantan. Sudah menjadi tradisi, ayam percik akan meletup2 dibulan puasa terutamanya kedai Kak Jah..Walaupun sudah berpinda ke tempat lain, namun tidak menjejaskan perniagaannya kerana sentiasa di kunjungi orang ramai. Lokasi baru kedai Kak Jah adalah di Salor, di tepi jalan besar jalan Salor - Kota bharu ..Orang pasir mas kalau tak tahu tempat ini memang pelikla..haha

Lepas beratur beli Akok, saya beratur beli ayam percik pulak. Rasa dia memang sedap...memang anda takkan jumpa di tempat lain..
ayam percik pasir mas

ayam percik pasir mas

ayam percik pasir mas

Colek Perut, KTM Pasir Mas

Tinggal kat KL ni susah nak cari colek perut yang sama dengan colek kat pasir mas ni..Memang kempunan saya..Bila berpeluang balik pasir mas, apa lagi saya bawa hero saya sekali memuaskan perut dan lidah saya makan colek perut. Saya rasa ramai yang sedia maklum bahawa di Kelantan memang terkenal dengan aneka colek di bulan puasa. Dan ianya hanya meletup2 di bulan puasa sahaja, bulan lain tidak begitu mendapat sambutan..
colek perut pasir mas

colek perut pasir mas


colek perut pasir mas

Maka berpuas hatilah saya pulang ke kampung untuk melangsaikan nafsu makan bulan ramadahan. hahaha


6 comments:

  1. Selalunya air tangan orang kampung memang sedap... meleleh air liur... huhu

    ReplyDelete
  2. aduih... sedapnyo... raso nak balik kelate slaluh... hehe

    ReplyDelete
  3. x rajin g blako lg situ tuh, duk lalu jah...

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email