Monday, May 15, 2017

Pemimpin negara kuasa besar yang termuda dalam sejarah dunia

Kebelakangan ini dunia dikejutkan dengan kelahiran pemimpin-pemimpin sesebuah negara dari kalangan orang muda. Suatu tanda yang agak baik kerana orang muda di beri kepercayaan oleh rakyat mereka untuk memimpin negara mereka ke arah yang lebih baik.

Sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah kerana ianya sudah berlaku sejak bertahun-tahun sebelum ini. Cumanya mungkin sebelum ini pendedahan @ sebaran maklumat berita agak terhad berbanding sekarang maklumat tersebar dengan begitu cepat dan mudah. 

Baik jom kita tengok siapa  presiden paling muda dalam sejarah negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan Rusia.

Amerika Syarikat 
Presiden termuda di dunia

Nama di beri Theodore Roosevelt, merupakan presiden yang termuda dalam sejarah Amerika Syarikat. Ketika mengambil alih kerusi presiden, umurnya adalah 42 tahun selepas kematian presiden  William McKinley pada tahun 1901.

Perancis

Emmanuel Macron baru sahaja menggegarkan dunia pada tahun ini kerana berjaya mengambil alih kerusi presiden Perancis. Dinobatkan sebagai presiden termuda dalam sejarah Perancis kerana umur beliau baru sahaja 39 tahun yang mempunyai latar belakang dalam institusi perbankan. 

United Kingdom
Presiden termuda di dunia

William Pitt the Younger melakar sejarah yang cukup hebat dalam sejarah United Kingdom. Beliau menjadi Perdana Menteri UK ketika berumur 24 tahun. Gelaran "the younger" adalan bertujuan untuk membezakan namanya dengan ayahnya yang juga bernama William Pitt. Ayanhnya di gelar William Pitt The Elder.

Rusia
Presiden termuda di dunia

Presiden Rusia yang paling muda dalam sejarah adalah Dmitry Medvedev. Ketika di angkat sebagai presiden pada tahun 2008, umur beliau adalah 43 tahun. Sebelum itu, presiden Rusia adalah Vladimir Putin yang juga merupakan orang muda  kerana menjadi presiden pada usia 48 tahun. 


Sumber : Wikipedia




No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email