Monday, May 15, 2017

Kebelakangan ini dunia dikejutkan dengan kelahiran pemimpin-pemimpin sesebuah negara dari kalangan orang muda. Suatu tanda yang agak baik kerana orang muda di beri kepercayaan oleh rakyat mereka untuk memimpin negara mereka ke arah yang lebih baik.

Sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah kerana ianya sudah berlaku sejak bertahun-tahun sebelum ini. Cumanya mungkin sebelum ini pendedahan @ sebaran maklumat berita agak terhad berbanding sekarang maklumat tersebar dengan begitu cepat dan mudah. 

Baik jom kita tengok siapa  presiden paling muda dalam sejarah negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan Rusia.

Amerika Syarikat 
Presiden termuda di dunia

Nama di beri Theodore Roosevelt, merupakan presiden yang termuda dalam sejarah Amerika Syarikat. Ketika mengambil alih kerusi presiden, umurnya adalah 42 tahun selepas kematian presiden  William McKinley pada tahun 1901.

Perancis

Emmanuel Macron baru sahaja menggegarkan dunia pada tahun ini kerana berjaya mengambil alih kerusi presiden Perancis. Dinobatkan sebagai presiden termuda dalam sejarah Perancis kerana umur beliau baru sahaja 39 tahun yang mempunyai latar belakang dalam institusi perbankan. 

United Kingdom
Presiden termuda di dunia

William Pitt the Younger melakar sejarah yang cukup hebat dalam sejarah United Kingdom. Beliau menjadi Perdana Menteri UK ketika berumur 24 tahun. Gelaran "the younger" adalan bertujuan untuk membezakan namanya dengan ayahnya yang juga bernama William Pitt. Ayanhnya di gelar William Pitt The Elder.

Rusia
Presiden termuda di dunia

Presiden Rusia yang paling muda dalam sejarah adalah Dmitry Medvedev. Ketika di angkat sebagai presiden pada tahun 2008, umur beliau adalah 43 tahun. Sebelum itu, presiden Rusia adalah Vladimir Putin yang juga merupakan orang muda  kerana menjadi presiden pada usia 48 tahun. 


Sumber : Wikipedia




0

Wednesday, May 03, 2017

Pembangunan bandar-bandar baru di Perak terutamanya Ipoh dan kawasan sekitar saya lihat semakin hari semakin rancak. Jika dahulu ketika saya menuntut di UTP, pekan Tronoh dan Sri Iskandar tidak mempunyai pasaraya besar, hotel-hotel dan kemudahan-kemudahan lain. Namun, ianya sudah berubah sejak beberapa tahun lalu. Bandar Sri Iskandar sudah berubah dengan adanya pasaraya2 besar seperti Tesco, Bilion, hotel-hotel, restoran2 fast food dan macam-macam lagi. Jika di imbas kembali zaman saya dahulu, jauh bezannya. huhu

Bandaraya Ipoh pula lain ceritanya. Pada hemat saya, pembangunan bandar baru yang berkembang pesat terutamanya Meru  Raya sedikit sebanyak mengurangkan jumlah trafik di bandaraya Ipoh. Nampak gayanya kawasan tumpuan baru telah beralih sedikit ke Meru Raya dan kawasan sekitar Jelapang, Chemor, Klebang dan sebagainya dengan pembagunan rumah kedai, kawasan perumahan, dan pasaraya yang agak rancak.

Baik, apa yang saya nak kongsikan adalah terikan terbaru di kawasan Meru Raya adalah bulatan Aman Jaya yang terletak berhampiran dengan Hotel Casuarina dan bangunan PKNK. Apa yang menarik disini adalah kawasan rekreasi yang di bina terletak di tengah2 bulatan atau roundabout yang mana selalunya kita lihat samada rekaan landskap yang cantik atau tugu peringatan mahupun menara jam dan sebagainya.
Bulatan Aman Jaya
Imej : Casuarinahotels.com.my
Apa tarikan di sini? Selain landskap yang cantik, mempunyai padang yang agak luas untuk aktiviti rekreasi seperti senaman dan jogging, terdapat juga kolam renang untuk kanak-kanak, playground, tempat sukan skateboard dan macam-macam lagi. Bulatan Aman Jaya amat meriah juga di waktu malam dengan adanya permainan2 berbayar untuk kanak-kanak, dewasa dan sebagainya. Menariknya di sini setakat ini belum di benarkan gerai2 atau penjual2 makanan dibenarkan berniaga di sini, Ianya di kawal rapi oleh sekuriti dan saya percaya sedikit sebanyak dapat membantu menjaga kebersihan tempat ini.

Yang tak menariknya ketika saya singgah di sini, handphone saya kehabisan bateri. Maka, tak dapatla nak ambil gambar atau moment2 indah.. hahaha..Tapi xpe, saya sumbangkan gambar2 dari sumber carian google..huhu

Jangan lupa singgah.. Sekian.


Imej : The Star

Imej : The Star

Imej : The Star
Bulatan Aman Jaya
Imej : Utusan Online

Bulatan Aman Jaya
Imej : Utusan Online

0

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email