Wednesday, April 12, 2017

Biar betul CEO terkemuka di dunia hanya memiliki jam tangan bawah harga 500USD?

Saya percaya ramai berpendapat bahawa bagi seseorang yang kaya dan berjaya, mesti kebanyakannya menggunakan barang-barang yang mahal dan mewah di dalam kehidupan mereka. Contohnya, bila anda adalah seorang CEO sesebuah syarikat terkemuka, semestinya anda memiliki kereta yang mewah, rumah yang mewah, harta yang banyak dan sebagainya.

Namun, bukan semuanya begitu. Kadangkala bukan semua benda di sekeliling mereka adalah mewah. Ia bergantung kepada minat, hobi, tabiat dan rutin kehidupan mereka seharian. Sebagai contoh, jika mereka seorang yang minat kepada kereta mewah, mungkin mereka mengutamakan untuk mengumpulkan kereta mewah berbanding dengan benda-benda lain.

Baik, siapa agaknya CEO terkemuka di dunia yang memiliki jam tangan HANYA berharga kurang drpd 500USD? Anda rasa pelik tak? Kalau saya, memang saya rasa pelik sebab mereka mempunyai harta berjuta-juta ataupun mungkin ber bilion2 namun hanya memakai jam tangan yang lagi murah @ sama harga daripada orang biasa.

Tim Cook, CEO Apple
Jam tangan CEO
Imej : Business Insider

Siapa tak kenal Tim Cook memang pelikla. Semua orang mengidamkan dapat memiliki produk keluaran Apple terutamanya Iphone dan Macbook. Dengan teknologi yang sofisticated yang meletakkan syarikat mereka sukar di saingi mana-mana syarikat pengeluar telefon bimbit yang lain di dunia.
Jam tangan CEO
Imej : Business Insider

Dengan syarikat bernilai lebih USD700bilion, CEO-nya hanya memakai jam tangan berharga USD269. Jam tangan ini adalah keluaran Apple sendiri dan menunjukkan bahawa Tim Cook sangat setia kepada Apple dengan menjadi role model memakai produk keluaran syarikat sendiri.


Randall Stephenson, CEO AT&T
Jam tangan CEO
Imej : Business Insider

AT&T yang terkenal di USA sebagai syarikat multinasional dalam telekomunikasi juga mempunyai CEO yang agak bersederhana dalam pemilikan jam tangan. Dengan nilaian syarikat lebih daripada USD250 billion, CEO mereka hanya memakai seutas jam tangan berharga USD415.
Jam tangan CEO
Imej : Business Insider

Randall hanya memakai jam keluaran Swiss iaitu jenama Tag Heur Kirium CL11A. Percaya atau tidak, itula hakikatnya...

Hikmah yang saya dapat, belilah jam mampu milik sesuai dengan anda kerana orang kaya pun beli jam murah walaupun mereka mampu. haha

Sumber : Business Insider

3 comments:

  1. diorg ni bersederhana. duit banyak2 diorg belanja buat apa ya? tertanya2 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla kak. Mungkin jam jela bersederhana. Lain kita tak tahu. Huhu

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email