Tuesday, April 04, 2017

Antara mitos dan fakta, tayar second hand @ retread tyre untuk lori dan trak

Retread tyre
Dah lama saya tak update blog dek kerana kekangan masa. Di sibukkan dengan kerja dan aktiviti-aktiviti seharian di rumah. Sebelum ini saya berjaya jugak curi2 masa sebelum tidur untuk update entri. Sekarang susah sikit sebab kononnya nk tidurkan anak-anak awal sebab esoknya sekolah, namun saya syahid bersama mereka di ulek mimpi.hahaha

Baik, kali ini saya tertarik kepada satu teknologi, iaitu "tyre retreading". Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai tyre retreading di sebabkan banyak kemalangan berlaku yang melibatkan lori@trak yang berpunca daripada tayar pecah. Tyre retreading pula amat sinonim dengan lori @ trak kerana kos untuk beli tayar baru sangat mahal. Yelah, saiznya dahla besar lepas tu bilangan tayar pula banyak. Sebab itu pemandu/pemilik lori@trak memilih untuk menggunakan tayar second hand yang telah melalui proses tayar retreading.

Apa itu tyre retreading? 
Tyre retreading adalah proses pembuatan semula tayar yang sudah hilang "tread" atau dalam bahasa mudah adalah "tiada bunga". huhu..Sebenarnya ia bukan benda baru dan sememangnya pasaran tayar retread ini tinggi permintaannya. Pengeluar2 tayar yang besar contohnya Michelin, Continental juga mempunyai kilang tayar retread dengan teknologi tersendiri.
retread tyre
Imej : Primex

Apa kelebihan tayar retread?
Kos efisyen - semestinya lagi murah berbanding dengan tayar baru.
Selamat- tayar retread selamat di gunakan kerana proses pembuatan yang menggunakan
teknologi yang canggih dan melalui ujian-ujian yang ditetapkan sama dengan ujian terhadap tayar baru.
Mesra Alam - retreading merupakan proses yang amat mesra alam dan boleh di anggap pilihan
terbaik dalam proses kitar semula tayar. Hasilnya, jumlah pelupusan tayar tahunan
boleh dikurangkan dengan signifikan.

Apakah kekurangan tayar retread?
Kurang kilometer - jangka hayat lebih pendek berbanding dengan tayar baru.
Ciri-ciri - Bunyi, cengkaman, "handling" mungkin berbeza jika dibandingkan dengan tayar baru.

Mitos Tayar retread
Tayar retread mudah meletup @ burst adalah mitos yang berlegar di kalangan pemandu/pemilik lori atau trak. Tayar retread memang selamat sepertimana yang disebutkan di atas kerana menggunakan teknologi yang canggih. Syarikat2 pengeluar besar dunia sudah berdekad menghasilkan tayar retread dan anda boleh rujuk sendiri dengan Good Year, Michellin, Continental dan Bridgeston untuk maklumat lanjut.

Kenapa mitos ini berleluasa? Kerana kebanyakan tayar retread yang di jual di pasaran ada yang substandard dan tidak menjalani proses retreading yang betul mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Pemandu-pemandu lori menggelarkan tayar ini sebagai "tayar celup". Anda mesti selalu jumpa lapisan bunga tayar yang tertanggal di tengah2 jalan kan?

Sebenarnya terdapat banyak jenis teknologi atau kaedah tayar retread ini di hasilkan. Namun saya tidak berhasrat untuk huraikan secara terperinci di sini kerana ianya sangat teknikal. Saya kira sudah memadai jika saya katakan secara teknikal ianya selamat di gunakan jika menggunakan teknologi dan proses yang betul. Bukan sahaja diakui di Malaysia akan tetapi juga diakui di seluruh dunia.
retread tyre
Imej : Sociable.co
Cumanya perlu diingat, bukan semua tayar lori@trak boleh melalui proses retreading. Maka seeloknya semasa membeli tayar baru kita perlu tahu samada boleh retread atau tidak.
Penjagaan yang baik tayar akan mengelakkan tayar meletup secara tiba-tiba. Kadang-kadang hanya disebabkan "air pressure" sahaja boleh menyebabkan jangka hayat tayar berkurang. Boleh rujuk entri saya sebelum ini mengenai punca kerosakan tayar kereta dan saya kira ianya juga sesuai buat lori @ trak.

Perlu diingat, tayar kereta @ kenderaan ringan selalunya tidak boleh retread dan anda mesti berjaga-jaga dengan tempoh jangka hayat @ expiry date tayar. Ia boleh meletup secara tiba-tiba jika sudah melepasi jangka hayat tayar. dan di tambah pula "poor tyre management" yang menyebabkan tempoh jangka hayatnya berkurang.

Jika anda ingin lihat step-by step proses tayar retread. boleh rujuk  bagaimana Michelin tyre retreading technology di sini.

Sekian. terima kasih.

Sumbe : Michelin, RMA UK








2 comments:

  1. Rasanya yang lebih tak selamat tayar buatan China tu, murah tapi bahaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo. Benda baru ni. Saya xtau pula ada tayar dari Cina

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email