Monday, March 06, 2017

Model pertama jam tangan G-Shock dari Casio

Jam tangan G-Shock yang pertama

Tiba tiba terasa teringat pasal jam Casio zaman sekolah rendah dahulu. Masa tu ada kawan sekelas yang memakai jam Casio. Saya punyala dalam hati "fuyooo, power jam ni...mesti mahal"..mampu tengok jela dan saya pun tak tanya kawan saya berapa harganya. Cuma teruja dia duk tunjuk-tunjuk fungsi-fungsi yang ada pada jam tu.

Jam yang saya maksudkan ini adalah jam pertama model G-Shock iaitu DW-5000C. Jam ini di buat oleh seorang jurutera Casio pada tahun 1983 yang mana baterinya boleh bertahan selama 10 tahun, water resistance, anti-shock @ gegaran, tahan lasak bila jatuh di atas objek yang keras.  Saya kira teknologi ini amatlah maju pada ketika itu jika dibandingkan dengan jam-jam lain yang agak tidak tahan lasak, tidak tahan air dan sebagainya.
Jam tangan G-Shock yang pertama
Imej : G-Shock
Kenapa namanya G-Shock? Nama panjangnya adalah Gravitional Shock yang pada asasnya, konsep jam G-Shock di buat untuk kegunaan sukan, ketenteraan dan aktiviti2 lasak di luar rumah. Berapa agaknya harga jam ini jika masih ada di pasaran ye? Peminat setia atau pengumpul jam tangan G-Shock mesti ada simpan di rumah mereka. Saya agakla..huhu

Sekian.

2 comments:

  1. husband saya minat G shock... hehe... harga mahal juga klu yg tak mampu, tp kalu yg mampu small matter kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pakai G-shock. Nak kata minat sangat tu tak juga. Masa nak beli jam, berminat di hati dan mampu pada ketika itu. Kalau ikutkan idaman hati jam keluaran Swiss, Tag Huer dan senangkatan dengannya. Tapi tak mampu. Huhu

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email