Wednesday, March 01, 2017

Kawalan Lipas dalam rumah cara saya

Masalah lipas bersarang dan membiak di dalam rumah mahupun kereta adalah perkara biasa. Rata-rata kebanyakan orang akan merasai kehadiran lipas di dalam rumah samada banyak atau sedikit. Ada yang menggunakan khidmat syarikat Pest Control untuk mengawal, membunuh dan menghalau lipas dan serangga-serangga lain di rumah, premis, pejabat dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan kaedah tradisi @ petua orang tua-tua dan tak kurang juga yang menggunakan produk2 yang di keluarkan di pasaran untuk membendung masalah kehadiran lipas ini.
Lipas dalam rumah

Apa punca lipas bersarang di dalam rumah kita? Punca yang paling utama adalah sumber-sumber kekotoran yangberpunca daripada sisa-sisa makanan, minuman dan sebagainya. Namun, jika rumah kita bersih sekalipun, lipas masih cenderung untuk bersarang di dalam rumah kita. Contohnya tempat-tempat yang basah, gelap, timbunan barang dalam stor dan yang memang jelas akan ada adalah saluran paip air (mandian, sinki, mesin basuh) dan saluran paip kumbahan di luar rumah. Selalunya, dia akan merayap masuk ke dalam rumah kita melalui saluran paip itu menerusi bilik air.

Baik, saya kongsikan sedikit apa yang saya buat untuk mencegah dan mengurangkan lipas di dalam rumah saya. Ianya mesti di lakukan secara berkala dan secara konsisten kerana lipas memang susah nak halau daripada dalam rumah apabila mereka sudah mula bersarang.

1. Pengurusan sisa-sisa makanan
Jangan biarkan sisa-sisa makanan anda terbuka, tidak dibuang dan dibiarkan terlalu lama sebelum anda buang ke dalam tong sampah. Pastikan anda terus buang sisa-sisa makanan tersebut dan pastikan kediaman rumah anda berada dalam keadaan bersih. Masa inila anda nak bersenam mengeluarkan peluh..haha

2. Penggunaan produk serai wangi 
Saya akan semburkan serai wangi AFY haniff  di sinki, kabinet2 dapur, celah-celah kabinet, almari dan mana-mana tempat yang saya rasakan ada kemungkinan untuk lipas bersarang. Produk ini daripada bahan semula jadi, jadi ianya selamat di gunakan di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi. Lagipula, ianya berbau harum secara tak langsung menjadi terapi kepada diri anda..huhu

3. Penggunaan racun lipas jenama Bygon@Shieldtox 
Saya semburkan racun ini ke dalam semua lubang salur paip (sisa air mandian) di bilik air, mesin basuh dan sesalur kumbahan di luar rumah. Untuk sesalur kumbahan tu, anda boleh sembur ke saluran yang bentuk 4 segi tu..Apa nama dia entah, saya pun tak pasti.huhu..tapi selalunya rumah landed memang akan adala...
lipas dalam rumah

Selain daripada ini, elakkan barang-barang bertimbun di suatu tempat yang jarang anda gunakan. Conthnya stor, bilik belakang, belakang rumah dan sebagainya. Sekali sekala anda perlu housekeeping dan alihkan supaya ianya tidak menarik minat lipas untuk bersarang. Sekali je dia bertelur, beratus-ratus ekor anak akan menetas.

Sebenarnya banyak lagi cara-cara yang orang kongsikan untuk mengatasi masalah lipas contohnya menggunakan perangkap teh o ais limau, sisa minyak dan majerin, air lemon dan sebagainya. Cumanya saya nak tekankan disini adalah pencegahan dan kawalan yang berkala dan konsisten. Walaupun  mungkin agak mustahil untuk anda dapatkan sifar lipas, setidak-tidaknya anda dapat mengurangkan bilangan mereka di dalam rumah.

Sekian, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email