Sunday, February 05, 2017

Kadar Dividen Tabung Haji 2016

dividen tabung haji 2016
Alhamdulillah Tabung Haji telah mengumumkan dividen bagi tahun 2016 dan seperti yang di ramalkan jumlahnya yang agak rendah. Namun, seperti entri saya yang sebelum ini, bagi saya simpanan dalam Tabung Haji masih relevan. Kenapa?
Dividen tabung haji 2016

Jika anda masih belum menunaikan haji, anda akan dapat hibah haji.. betul tak? Yang kedua, jika nak di bandingkan dengan simpanan dalam bank lain, pulangan dividen tabung haji lagi tinggi. Even fix deposit pun tak mampu untuk memberikan pulangan sebanyak Tabung Haji..Lagipula, dividen yang anda dapat sudah pun di zakatkan..

Orang cakap rugila simpan banyak-banyak dalam Tabung Haji, ciput je pulangan. Siapa suruh simpan banyak? Cukup sekadar anda memaksimumkan pulangan dividen yang di berikan. Rata-rata orang akan terus mencongak pulangan keseluruhan adalah 5.75%. Sebenarnya tidak semestinya 5.75% kerana hibah haji 1.5% adalah bagi yang belum menunaikan haji dan terhad kepada kos semasa haji yang ditetapkan.Mari kita lihat kes-kes di bawah, katakan kos semasa haji adalah RM10,000

Kes 1, simpanan Tabung Haji RM 100,000

Dividend 4.25% = RM 4250,
Bonus 1.5% x 10,000 = RM 150
Total = RM 4,400
Effective 4400/100000 = 4.4%

Kes 2 simpanan Tabung Haji RM 10,000

Dividend 4.25% x 10,000 = RM 425
Bonus 1.5% x 10,000= RM 150
Total = RM 575
Effective return 575/10000 = 5.75%

Hanya simpanan yang kurang daripada RM 10,000 yang akan dapat effective return 5.75%. Itupun syaratnya anda belum menunaikan haji. 

Kesimpulannya, saya sarankan anda simpan RM10,000 sahaja dalam Tabung Haji. duit selebihnya boleh anda mencari alternatif lain yang boleh memberi pulangan lebih dari 5%.

Artikel asal : Elias Abdllh

5 comments:

  1. Perkongsian menarik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian menarik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. maknanya tak payah simpan lebih 10k la kan abe jaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. Simpan lebih pun, pulangan dia kurang. Akak boleh buat kira-kira sendiri. Baik gunakan duit yang selebihnya untuk pelaburan di tempat lain yang boleh memberi pulangan lebih drpd 5%..

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email