Sunday, February 05, 2017

Cuti Chinese New Year

Lama tak update blog maklumla lama cuti.hehe..Alhamdulillah lebih kurang 6 hari balik bercuti ke kampung halaman saya di Pasir Mas,Kelantan dan isteri di Ipoh, Perak. Kali ini agak lama sedikit dapat bermalam di kampung di Pasir Mas memandangkan cuti yang agak panjang.
Chinese New Year di Pasir Mas
Awan cantik sebagai terapi pagi hari di kampung saya
Sejak berpindah ke Kuala Lumpur hampir 2 tahun, saya kira the best route bagi saya nak balik Kelantan adalah melalui Gerik. Sebab selalunya, jika musim cuti yang panjang, laluan Gua Musang Kuala Krai jem teruk. Banyak pulak tu lokasi jem teruk, boleh di katakan hampir setiap kawasan bandar/pekan akan jem. Bermula dari bentong, raub, kuala lipis, gua musang, kuala krai, machang  dan tanah merah. Belum cerita laluan pulang ke Kuala Lumpur,lagi la teruk jem terutamanya bila dah masuk lebuhraya Plus. Jem dari Karak ke gombak..alahai...

Lagipun rumah mak mertua saya di Ipoh, jadi bolehla singgah berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kelantan. Boleh lepak layak movie dulu..hahaha...Sepanjang cuti saya duduk di rumah je, ronda-ronda dalam kampung dengan anak-anak. Kelihatan rumah-rumah banglo besar-besar semakin rancak di bina di kawasan bendang sawah. Cemburu pun ada, maklumlah kat KL mau berjuta-juta nak beli rumah banglo. huhuh
Chinese New Year di Pasir Mas
Suasana petang sambil menunggu siang melabuhkan tirai
Cuaca pun agak baik, jadi sempatla saya dan anak-anak nikmati keindahan suasana kampung sambil ronda-ronda dengan kapcai..hehe..

Sekian.....

2 comments:

  1. Kampung perlu mendamaikan, kalau dah banyak bangunan, dah rasa macam KL kan... Laluan grik saya pernah lalu, more better daripada laluan biasa, bukan ke ada laluan gajah kat laluan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a. Sepanjang saya menggunakan jalan tu sejak masih belajar di tronoh smp sekarang, sudah 2 kali terserempak dengan gajah. Nasib baik dia baik2 sahaja.

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email