Tuesday, February 14, 2017

Bagaimana rupa bentuk bot penyelamat di pelantar minyak

Agak lama saya tak berkongsi mengenai kehidupan di pelantar minyak. Kali ini saya rasa macam nak berkongsi di antara salah satu equipment yang amat penting di pelantar minyak mahupun Cruise Boat seperti Titanic, bot-bot besar yang digunakan untuk kerja-kerja di laut dan sebagainya.

Dalam industri Oil and Gas, ianya dikenali sebagai Survival Craft @ Lifeboat. Sebagaimana namanya diberi, ianya bertujuan menyelamat pekerja-pekerja daripada insiden-insiden yang tidak di ingini. Selalunya adalah insiden kebakaran yang menyebabkan semua pekerja wajib meninggalkan pelantar minyak. Jika anda pernah menonton filem Deepwater Horizon, maka anda akan dapat lihat bot ini digunakan untuk membawa pekerja-pekerja keluar dari kebakaran yang berlaku di Deepwater Horizon.
Offshore platform

Bot ini bukanlah bot laju seperti bot-bot biasa yang di gunakan di sungai, pantai, laut dan sebagainya. Ianya bot penyelamat yang membawa penumpang cukup sekadar keluar daripada tempat kejadian dan menuju kepada kawasan yang lebih selamat. Kawasan selamat yang dimaksudkan selalunya adalah bot yang lain yang sentiasa bersiap sedia (standby) berlegar disekitar platform untuk kegunaan seharian samada mengangkut barang-barang keperluan dan juga untuk tujuan pengangkutan pekerja-pekerja ke platform-platform yang lain.

Bot ini bukan juga digunakan setiap hari malah ianya hanya akan digunakan sepenuhnya hanya ketika insiden betul-betul berlaku. Cumanya, pada masa tertentu ianya akan menjalani peyelengaraan dan  ianya akan diuji mengikut kekerapan yang telah ditentukan. 

Baik, apa yang menarik sangat dengan bot ini? Salah satu ciri yang menarik mengenai bot ini ialah "Self-Righting". Apa maksudnya?Maksudnya, bot ini boleh kembali kepada kedudukan asal apabila ianya terbalik. Contohnya ketika bot ini sedang belayar dalam keadaan ombak yang besar yang menyebabkan ianya terbalik sebaik sahaja di lancarkan daripada pelantar minyak. Ciri ini amat penting terutama kepada pelantar-pelantar minyak yang berada di North Sea yang merupakan pelantar minyak laut dalam. 
Contoh ujian "self righting"

Sebenarnya bot ini terdiri daripada beberapa jenis yang lazimnya digunakan di pelantar minyak. Selalunya apa yang akan anda jumpa di perairan Malaysia ada dua jenis seperti di bawah. Samada single fall ataupun double@twin fall. Ia merujuk kepada bagaimana ianya dilancarkan daripada pelantar minyak. Single fall maknanya menggunakan satu hook sahaja manakala twin fall menggunakan dua hook.
Lifeboat
Twin Fall, Imej : Scan Pacific Marine LLC

lifeboat
Single Fall , Imej : Survival System International
Jika di kawasan perairan laut dalam contohnya di kawasan perairan North Sea, anda akan jumpa bot yang agak menakutkan anda iaitu jenis freefall boat. Nampak macam menakutkan, tetapi ianya telah direka bentuk dan di uji selamat untuk digunakan dengan kaedah-kaedah penggunaan yang telah ditetapkan. Kelebihan jenis ini ianya boleh tenggelam dalam air untuk seketika dan akan timbul balik ke permukaan air selepas ianya dilancarkan. Jika dibandingkan dengan bot-bot lain, bot ini paling cepat dilancarkan dan sebab itu juga ianya sangat sesuai digunakan di pelantar minyak laut dalam.

 Anda boleh lihat imej dan video di bawah.

lifeboat
Free Fall , Imej : Proof Load,com
Freefall Lifeboat Training , Norsafe

Begitulah sedikit sebanyak gambaran mengenai boat penyelamat yang digunakan di pelantar minyak, Di harap dapat memberi idea kepada kawan-kawan yang belum ada pengalaman bekerja di pelantar minyak.

Sekian. Semoga bermanfaat.


7 comments:

  1. Kerja yang berisiko, siapa yang betul2 berani je boleh join... saya tak pandai berenang... takut nak masuk industri minyak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe. Ramai je tak pandai. Pakai life jacket. Hehe

      Delete
  2. Wahhh, banyak yg boleh dipelajari daripada entry ni. Terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Dah tgk dah cerita deepwater horizon ni. Mmg sgt best. Sy pn dari Oil n Gas gak. So mmg peralatan mcm ni mmg sgt2 kritikal dan diperlukan untuk mereka yg bekerja di offshore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya yang jaga maintenance bot ni. Huhu

      Delete
  4. Saya ada sorang kawan kerja di pelantar minyak, tapi lama sgt dah tak jumpa... dulu masa dia baru2 kerja, seronok dgr cerita pengalaman dia.. cuma kena tahan jela lama tak balik rumah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah lama sangat nanti pening jugak di buatnya.hari2 tengok ikan pisang dan ikan yu. Huhu

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email