Selalunya memanglah mereka yang menguasai TV di rumah, tapi kali ini dapat peluang baik punya yang memang tidak boleh dilepaskan..hehehe...Saya sempat menonton You Tube mengenai kilang kereta supercar Ferrari. Perasaan memang sangat teruja dan berharap boleh bersama-sama dengan team mereka membina sebuah Ferrari. Saya berangan2 saya tulis nama saya di bahagian cover engine head sebagai langkah terakhir sebelum kereta itu di pasarkan. Logik tak? hahaha
Bila tengok keseluruhan video dan juga dengan pengetahuan yang terhad, baru saya faham kenapa kereta Ferrari ini sangatlah mahal. Semuanya kerana :
1. Teknologi Maju
Walaupun Ferrari bukanlah supercar yang paling laju di dunia, namun ianya memang sinonim dengan teknologi yang maju dalam menghasilkan supercar. Sinonim juga dengan kereta yang laju di litar F1 yang menjadi kegilaan peminat-peminat F1 di dunia.
2. Elegan dan Eksklusif
Reka bentuk yang nampak sungguh elegan dan moden menggunakan warna merah sebagai branding utama dan dominan di samping juga warna-warna lain. Kemasan interior yang menggunakan tenaga manusia (hand-made) yang cukup mahir yang juga turut menggunakan mesin jahit tradisional.
3. Material yang berkualiti dan pekerja mahir
Menggunakan material yang sungguh berkualiti dalam pembinaan kereta. Yang paling best, setiap enjin disiapkan menggunakan tangan manusia yang sangat mahir(hand-assembled). Beberapa proses yang lazimnya di kebanyakan kilang dilakukan secara automatik, namun di Ferrari, anda jangan terkejut jika anda melihat di production line hanya menggunakan tangan manusia.
4. Terhad (limited production)
Pengeluaran yang sangat terhad. Ia juga menyumbang kepada harga pasaran kereta ini. Saya bagi contoh salah satu model F40 yang hanya di keluarkan sebanyak 1311 unit dalam tempoh 5 tahun di mana secara purata hanya 260 unit sahaja setahun pengeluaran pasaran dunia. (sumber : wikipedia)
Ferrari F40
Production started: 1987
Production ended : 1992
Total production : 1,311units
5. Kos Marketing dan Branding yang mahal
Kebanyakan supercar yang popular selalunya sangat aktif dengan sukan perlumbaan kereta. Contohnya, Formula 1 yang semestinya menelan belanja yang sangat mahal kerana ianya melibatkan kos marketing, branding dan juga R&D pada masa yang sama.

6. Permintaan Yang Tinggi
Dengan peningkatan jutawan-jutawan di seluruh dunia, secara langsung menyebabkan permintaan yang agak tinggi. Oleh kerana pengeluaran yang agak terhad maka harganya melambung tinggi.
Kadang-kadang teringin jugak nak test drive Ferrari ni satu hari nanti. Nak beli tak mampu, kalau mampu pun bukannya mudah nak jaga dengan baik. Semua benda mahal. hahaha
Sekian, semoga bermanfaat

Rasanya lebih banyak 'handmade' yang jadikan ianya mahal...lagi satu sebab branding... Baju kosong letak logo nike akan jadi mahal.. hehe...
ReplyDeleteSouvenir dia memamg mahal. Itula, hand made dengan bantuan teknologi canggih itu yang membuatnya mahal. Huhu
Deleteni antara kereta mampu tengok jelah nampaknya huhu. btw saya singgah dan follow blog abe jaq ye :)
ReplyDeleteTengok pun jadila.. Huhu
Delete