Friday, January 06, 2017

Tips supaya sinki dapur tidak tersumbat

Sinki tersumbat
Anda pernah alami sinki dapur tersumbat? Agak-agak apa perasaan anda? Kalau saya memang tak tau nak kata apa sebab saya jenis mudah hilang sabar. Kadang-kadang kalau tak dapat buat sesuatu mesti ada objek yang akan jadi mangsa saya. Jangan lah jadi macam saya. hahah

Saya rasa ramai orang maklum bagaimana nak atasi sinki tersumbat. Macam-macam tips orang berkongsi dan ianya berkesan. Ada juga yang memerlukan anda memanggil plumber untuk membetulkan saluran paip sinki dan ada juga terpaksa buat saluran paip yang baru. Mesti dah terpaksa leburkan duit kan? Tapi apakan daya, jika sinki dapur tersumbat alamatnya tak berasap la dapur sebab sinki tak boleh guna. Anda sanggup? Saya tahu si suami memang  tak sanggup..haha

Baik, apa yang saya nak kongsikan sebenarnya? Mesti anda pernah dengar kan "Preventive Is Better than Cure". Betul tak? Jadi saya nak kongsi di sini apa yang saya buat di rumah saya supaya saya boleh kurangkan @ elakkan risiko sinki dapur tersumbat.

Pemilihan Sinki Yang Betul
Perkara mula-mula skali adalah pemilihan sinki yang betul. Saya sarankan anda menggunakan sinki macam saya ni..Bentuk, keluasan atau keselesaan terpulang kepada anda, cuma jenis perangkap sisa-sisa makanan seperti sinki saya ini. Senang untuk buang sisa-sisa selepas anda menggunakan sinki.
Sinki tersumbat

Sinki tersumbat


Pemasangan Paip Perangkap Sinki
Pastikan paip perangkap sinki di pasang di bawah sinki anda. Kadang-kadang ada tukang paip yang tidak berpengalaman mengabaikan kepentingan perangkap paip ini. Macam-macam jenis ada seperti dalam gambar di bawah. Sekali sekala anda buka dan tengok keadaan perangkap paip ini. Pastikan ianya bebas daripada kotoran.
Sinki tersumbat

Pembuangan Sisa-sisa berminyak atau Pepejal dengan betul
Jangan buang sisa-sisa berminyak, pepejal ataupun lemak2 ke dalam sinki anda!!! Apa yang saya buat, saya beli plastik kecil dan saya letakkan sisa-sisa berminyak @minyak yang telah digunakan ke dalam plastik. Lepas tu terus buang dalam tong sampah. Jika anda ada botol2 plastik yang tak di gunakan, anda boleh buat benda yang sama.
Sinki tersumbat

Pembersihan secara saluran paip sinki secara berkala
Apa yang saya buat, sekali sekala saya tuang air panas kedalam sinki. Saya tidak pasti ianya memberi kesan yang agak signifikan untuk mengelakkan sinki tersumbat. Cuma sekurang-kurangnya saya flush dengan air yang panas ke dalam saluran pipe dengan harapan, sisa-sisa degil di dinding paip akan hilang. Namun saya rasa risiko tersumbat adalah rendah disebabkan langkah2 awal yang saya ambil seperti di atas.

Sekian,  semoga bermanfaat

4 comments:

  1. kat rumah saya memang selalu buang benda benda berminyak dalam sinki. Sebab tu asyik tersumbat je tu. Bagus entri ni. Boleh cuba kat rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara penyebab paip tersumbat adalah minyak, lemak2 ayam & daging, sisa-sisa ikan dan bahan-bahan pepejal yang lain. Jadi, baik kita elakkan sebanyak mungkin buang benda-benda tak sepatutnya dalam sinki. Nanti bila dah tersumbat yang teruk, kena lebur duit banyak jugak.huhu

      Delete
  2. Seeloknya aspek alam sekitar diamalkan di rumah. Budayakan kebersihan dan pengasingan sisa2 pencemaran.

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email