Selalunya kita mesti biasa dengar bila nak pilih jenis tayar, bising ke? Boleh belah air ke bila jalan raya ada air? Ini soalan-soalan biasa orang bertanya bila hendak membeli tayar baru.
Baik, saya nak kongsikan 3 jenis bunga tayar yang paling lazim orang gunakan di jalan raya khususnya kenderaan ringan seperti kereta sedan, SUV, MPV dan sebagainya.
Directional
- Dibuat hanya untuk satu direction sahaja di mana anda boleh lihat arrow di sebelah sisi tayar menunjukkan arah mana sepatutnya ia di pasang.
- Hanya boleh di rotate depan dan belakang sahaja. Contohnya, tayar depan sebelah kiri hanya boleh di rotate dengan tayar belakang sebelah kiri sahaja.
- Selalunya di datangkan dengan V-shape design dan bagus untuk jalan yang berair kerana boleh membelah air. Ia juga sesuai digunakan di kawasan bersalji.
- Amat baik bila anda memandu laju di atas jalan yang basah
- Ianya nampak sedikit sporty
Symmetrical
- Selalunya pattern tread yang lebih kurang sama keseluruhan tayar.
- Digunakan oleh kebanyakan pengguna biasa.
- Kelebihan yang ada pada tayar ini adalah, senyap, tahan lama dan tidaklah terlalu mahal
- Boleh di rotate depan belakang, kiri dan kanan. Anda bebas untuk rotate tayar kereta, dan sebab inilah ianya boleh tahan lama
- Performance semasa jalan yang basah tidak sebaik directional tayar. Berhati-hati jika anda memandu dengan laju dalam keadaan jalan yang basah.
Asymmetrical
- Jenis tayar ini lazimnya dijumpai pada kereta sport
- Kombinasi jenis tread dan berbeza design tread di sebelah dalam dan luar
- Cengkaman yang kuat dan amat baik di atas jalan yang basah dan kering
- Lebih stabil dalam pemanduan kereta khususnya cornering.
- Lebih mahal daripada symmetrical
- Di sebelah sisi tayar anda akan nampak perkataan "outside" sebagai panduan untuk anda memasang kedudukan tayar anda
Untuk penjagaan tayar kereta anda, anda boleh refer di entri saya yang sebelum ini.
Semoga bermanfaat. Terima kasih.
sangat membantu..
ReplyDeleteterima kasih
Deletebaru tahu bunya tayar ada begitu byk jenis..
ReplyDeletemacam mana nak pilih jenama tayar? budget sy dalam rm250, nak tayar yg bagus ketika brek kat jalan raya yg basah.
sebenarnya ada byk jenama tayar yg bagus, sy pernah guna Continental & Mich...kedua-dua ni bagus..budget rm250 dah blh beli jenama Con&Mich
Deletesaya konsisten pakai continental. kalau ada duit lebih, michellin pun boleh. rasanya memadai dengan continental.hehe
Deletebetol kata! aku sendiri pun pakai tayar Conti. klo aku ade duit lebih, aku mesti beli tayar Conti yg premium punya, sbb premium tayar Conti lbh berbaloi ambik berbanding dgn Michelin
Delete@Kwon JiYong tapi fungsi tayar Continental x sebaik macam tayar Michelin, sy pernah guna kedua-dua jenama tayar ni..tayar Mich blh tahan lebih lama
Delete@Body Wash mungkin masa u pakai tayar Continental jalan lebih banyak km,so x tahan lama..Memanglah Mchelin lebih baik, diakan merupakan top sell jenama tayar?
DeleteBergantung kepada penjagaan tayar dan pemanduan juga.
Delete@Momenduan mana satu lebih baik?Con ke Mic?? klu sy nak brek yg bagus kena pilih model apa?
DeleteContinental punya kena pilih model UC6 klu u nak brek yg bagus..
DeleteModel Mic sy sudah lupa..sepuluh tahun dulu yg beli punya..skrg x tau ada lagi x model tu
memang ko kena beli tayar yg berkualiti sikit tok kete sport kamu. xkan ko bawa kete mewah tp bg tayar ambik cheap cheap punya. x mampu beli tayar premium baik jgn beli kete mewah
ReplyDeleteSetahu saya, sepupu saya bawa kerete Audi, dia beli CSC6 tok keretanya, hampir 1k sebiji. Harganya mmg tinggi sikit, tp kualitinya sgt bagus.
Deleteaku pakai tayar biasa shj. Continental CC5 okei, dah 2 tahun aku pakai. tp model ni dah lama, klo nak model baharu boleh ambik CC6, dua-dua sama punya.. Tayarnya mmg senyap semasa memandu, berfungsi baik xkira waktu biasa atau hujan.
Delete