Tuesday, January 17, 2017

Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)

Terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan usaha murni ini. Skim takaful ini amatlah berguna untuk anak-anak pelajar. Dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia, para pelajar di lindungi dengan takaful untuk sebarang perkara yang tidak diingin berdasarkan terma dan syarat yang telah di tetapkan.

Jangkamasa untuk skim takaful ini adalah seperti berikut :

1. Tempoh perlindungan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun semasa dan berakhir pada 31 Disember tahun semasa
2. Perlindungan 24 jam meliputi seluruh dunia
3. Pengecualian skop perlindungan, jadual perlindungan dan syarat - syarat di lampirkan dalam APPENDIX A

Manakala syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

1. Peserta terdiri daripada pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah, sekolah menengah dan tingkatan 6
2. Warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dengan sumbangan RM1.50 setahun bagi setiap murid dan sumbagan ini ditanggung oleh kerajaan
3. Murid yang BUKAN Warganegara yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan boleh menyertai skim TPSM ini dengan membayar sumbangan TPSM sebanyak RM1.60 setahun (termasuk GST) melalui sekolah masing-masing. Pihak sekolah di minta mengumpul bayaran sumbangan ini dan menyerahkan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Senarai peserta dan maklumat bayaran mestilah di simpan di sekolah masing-masing
4. Perlindungan tamat dengan serta merta jika murid berhenti atau di berhentikan daripada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email