Thursday, January 26, 2017

Kisah teladan dryer baju yang patut anda tahu

Al kisah begini ceritanya...
Saya sedang basuh tangan dekat sinki dapur, tiba-tiba bau hangit semacam je..dengan menggunakan deria bau saya ini, saya cuba mengesan apakah misteri di sebalik bau ini? Macam scanner gitu..haha

Akhirnya jumpa, soket dan plug dryer baju di rumah yang  sudah terbakar. Plug tu dah melekat dekat soket dan amat susah untuk di keluarkan..Oh ye sebelum terlupa, sebenarnya ianya adalah soket extension, bukan soket yang di dinding tu. Sebab soket di dinding sudah rosak kedua-duanya sebelum kejadian ini. Sebab tu saya gunakan extension. hehe
dryer
Cerita sebelum ini, saya berasa agak pelik kenapa tiba-tiba kedua-dua soket di dinding yang saya gunakan untuk mesin basuh dan dryer rosak secara berturut-turut. Tapi saya buat tak tahu je sebab baju berlambak-lambak nak kena basuh dan keringkan. Jadi masa tu teringat ada extension, saya pun guna jela extension tu sampailah kejadian ini berlaku, Nasib baik tiada api yang keluar...alhamdulillah

Bila buat siasatan sebagai seorang yang amatur dalam elektrikal, saya simpulkan tindakan-tidakan yang patut di ambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Ianya mungkin tidak tepat 100% secara teknikal, tetapi setidak-tidaknya anda telah melakukan pencegahan lebih awal :

1. Jangan sesekali menggunakan extension untuk penggunaan dryer baju. 
Extension tidak sesuai untuk bebanan yang tinggi

2. Elakkan gunakan double socket untuk kegunaan dryer dan mesin basuh secara serentak.
Jika anda menggunakan dryer dan mesin basuh secara serentak, lama kelamaan akan overheating dan menyebabkan socket rosak dan ada kemungkinan terbakar seperti extension jugak.

3. Saya sarankan gunakan single socket untuk dryer sahaja.
Jika anda masih menggunakan double socket jugak, pastikan anda hanya gunakan satu sahaja pada satu masa. Elakkan penggunaan mesin basuh dan dryer secara serentak.

4. Saya sarankan untuk lebih selamat, semasa mula-mula anda membuat pedawaian dirumah, pastikan soket untuk kegunaan dryer menggunakan saiz wayar yang lebih tebal. 
Sepertimana pendawaian air cond di rumah. Ianya lebih selamat walaupun secara teknikal ianya agak membazir.
dryer baju
Double Socket : saya guna sebelah untuk mesin basuh dan sebelah untuk dryer
Sekarang saya sudah tukar soket baru dan hanya menggunakan satu sahaja pada satu-satu masa. Bergilir-gilir antara mesin basuh dan dryer baju. Soket sebelah lagi saya tak tukar pun, biar jela kat situ..Nak buat pendawaian baru untuk dryer sahaja, ongkosnya tiada..hahaha

Sekian, semoga ambil iktibar.

6 comments:

  1. Saya punya belum tukar lagi... ada dua dah terbakar... Huhu...

    ReplyDelete
  2. Takutnya... Patut la mama marah kalau guna barangan elektrik yg banyak dlm satu masa... Boleh terbakar katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betulnya. Jika bebanan tidak dapat di tampung, maka ia boleh terbakar.

      Delete
  3. JGN lupa check fuse di MCB skali boss.. pasal mesin basun n dryer tu menggunakan motor.. melibatkan penggunaan elektrik yg tinggi.. sekadar perkongsian dr Ilmu kurniaan Ilahi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. MCB tiada masalah. alhamdulillah

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email