Wednesday, January 25, 2017

Cara kira jumlah duti setem perjanjian sewa rumah

perjanjian sewa beli
Semalam punya cerita, saya ke LHDN untuk mendapatkan cop setem hasil perjanjian sewa rumah. Sebelum ni saya tak tahu sangat bagaimana sebenar kiraannya. Yang saya duk ingat masa nak belajar dulu pernah pergi ke LHDN cop duti setem RM10 setiap dokumen. Kebetulan tu ada dua copy perjanjian, jadi RM20..itu jela yang saya ingat..huhu

Semalam memang rezeki saya sebab hanya mengambil masa kurang 20 min untuk dapatkan cop. Kebetulan orang tak ramai sebab saya pergi waktu lunch hour kot. Lokasinya, LHDN Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur..

Di pendekkan cerita, pegawai LHDN bagitahu saya, "En, jumlah kena bayar RM34, RM20 original copy, RM10 copy yang kedua"..
perjanjian sewa beli
Saya terus bertanya pegawai yang bertugas bagaimana kiraannya. Dia pun beritahu saya seperti di bawah..

 [(Harga Sewa x Tempoh Sewaan) - 2400] / 250

Macam kes saya, sewa RM700 maka

[(RM700 x 12bln) - 2400] / 250 = RM24

Memandangkan saya ada satu lagi copy, jadi dikenakan caj lagi RM10. Sebab itu total RM34. Jika malas hendak mengira, boleh rujuk jadual di bawah.

perjanjian sewa beli
Imej : chatpropertymalaysia
Sekian, semoga bermanfaat




31 comments:

  1. Sebab declare sebagai pendapatan kan kena cukai tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..perjanjian sewa rumah ini adalah untuk melindungi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh sewa. Jika kita tak duti setem, maka dokumen perjanjian ini seolah-olah tidak berguna dari sudut perundangan.Jika berlaku sesuatu, susah sikit nak ambil tindakan samada di pihak penyewa ataupun tuan rumah.

      Delete
  2. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

    ReplyDelete
  3. assalam tuan..kos cop duty setem ni selalunya dibuat oleh tuan rumah atau penyewa..

    ReplyDelete
  4. Boleh contact sewa rumah enam bulan dan pergi buat stamping?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti. Selalunya contract agreement minimum setahun.

      Delete
  5. encik dalam agreement kena include tempoh kontrak sewa ye?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Salam. Klu agreement dated 1.1.2017. Tp skrng baru nk stamping kat LHDN. Akan ade masalah ke ? Atau ok jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stamping ikut tarikh perjanjian. Backdated xboleh

      Delete
    2. maksud ikut tarikh perjanjian tu.. current date ke?

      Delete
  8. Assalam. Kalau tiada agreement, layak ke tuan rumah potong duit deposit untuk pembaikan rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Agreement dibuat untuk menjaga hak kedua-dua belah pihak. Penyewa dan pemilik rumah/premis. Jika tidak ada perjanjian, itu atas budi bicara dan persetujuan kedua-dua belah pihak.

      Delete
  9. Tq tuan. Rujukan yg bagus utk sy yg nak pergi stamp agreement rumah hari ni 😀

    ReplyDelete
  10. kalu saya buat aggrement tarikh 1. 3. 2018 tp skrg baru nk g cop maknanya tak boleh la ye.. kene ubah tarikh aggrement sama dgn tarikh cop dan tarikh tanda tangan penyewa dgn pemilik, betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya xde masalah kalau bulan yang sama.boleh cek dgn LHDN

      Delete
  11. Assalammualaikum,surat perjanjian perlu direnew setiap tahun ke encik?

    ReplyDelete
  12. encik..di dalam perjanjian, kena ad sign saksi di bahagian sign owner dan tenant..perlukah saya dapatkan saksi dari agen/lawyer bertauliah @ sesiapa saja boleh jadi saksi?

    ReplyDelete
  13. salam tuan,
    jika 1 lot kedai ada 2 nama dan untuk buat perjanjian sewa dengan penyewa, perlukah kedua-dua nama owner lot tandatangan atau cukup 1 orang sahaja sebagai wakil.

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum tuan, adakah lps buat duti setem ni tuan rumah akan dikenakan income tax (dikejar oleh LHDN)? Sekadar bertanya shj.TK.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum tuan..nak tanya kalau sewa rumah saya tuan rumah kata rm900..utk pembuatan agreement dia suh bayar rm 150..mmg macam tu ke tuan?kalau sewa rm 900 agreement pembuatan agreemantnya rm150?boleh bagi pencerahan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.saya xpasti kenapa dia cas sebanyak itu. Mungkin boleh tanya dia. Kos utk cop agreement macam saya kira kat atas tu. Kalau ikut formula, sewa RM900 , sewa setahun harga kat LHDN hanya RM34 utk copy original,kalau second copy maybe dia cas lg RM10, so total RM44 sahaja

      Delete
  16. Assalamualaikum,
    Saya nak bertanya, adakah pengiraan stamping tenancy agreement ke atas rumah kedai (dijadikan hostel) sama seperti formula yang tuan berikan?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum..
    Saya nak tanya nak matikan setem tu kene beli setem hasil kat pejabat pos dulu atau kite boleh je pegi terus kat lhdn dan dapatkan cop disitu.. mohon pencerahan.. terima kasih

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum tuan...sy igin bertanya...boleh ke perjanjian sewa rumah tiada tempoh penyewaan tetapi di cop utk matikan stem...sbb bila tny penyewa...berapa lama nk sewa...dia jawab...tidak tahu berapa lama tempoh...

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email