Saturday, January 07, 2017

Cabaran Menabung 2017

Pada setiap awal tahun, saya beranggapan ramai orang berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk kehidupan diri sendiri dan keluarga masing-masing. Masing-masing menanam azam baru untuk menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Cabaran menabung
Antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan adalah pengurusan kewangan. Hari ini ramai yang kita dengar golongan muda mendapat status bankrap di dalam Malaysia. Apa masalah sebenarnya? Rata-rata adalah disebabkan cara pengurusan kewangan yang tidak betul. Saya pun tergolong daripada golongan yang sama. Golongan yang gagal menguruskan kewangan dengan baik.

Jadi, sebaik mungkin saya akan cuba betulkan pengurusan kewangan saya supaya dapat hidup dengan lebih baik.Tahun 2016 alhamdulillah saya sudah berjaya achieve beberapa target dalam pengurusan kewangan saya terutamanya dalam bab pengurusan hutang

Baik, tahun ini saya teruskan lagi usaha saya menambah baik pengurusan kewangan saya. Perkara basic dalam pengurusan kewangan adalah menyimpan. Jika anda gagal menyimpan maka anda akan gagal menguruskan kewangan anda.

Menabung duit Syiling
Sudah agak lama saya amalkan menabung duit syiling. Asalnya sebab malas nak letak duit syiling dalam wallet dan poket seluar. Jadi semua baki duit syiling saya letak dalam tabung. Alhamdulillah, walaupun sedikit ianya sangat membantu terutama bila keadaan terdesak. huhuhu

Cabaran menabung
Cabaran Sampul Weekly dan Daily
Tahun ini saya amalkan cabaran menabung duit kertas weekly dan daily. Weekly sebanyak RM20 manakala daily RM5. Harap-harap berjayala sampai hujung tahun. huhu Juga saya cuba kurangkan tabiat membeli yang tidak sihat.
Cabaran menabung

Doakan saya istiqamah. Terima kasih


4 comments:

  1. Tabiat yg murni..berguna untuk masa depan anak anak

    ReplyDelete
  2. menabung duit syiling tu boleh gagah juga la lagi nak buat. Yang menabung RM20 seminggu dan RM5 sehari tu macam payah je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh insyaAllah. Kita pakai konsep mencuri. Curi duit Rm5 sehari dan Rm20 seminggu dari poket. Huhu

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email