Wednesday, January 25, 2017

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia

bantuan khas awal persekolahan 1malaysia
Berita gembira buat murid-murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan!!

Kerajaan telah meluluskan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 di kalangan pendapatan isi rumah ibu bapa berjumlah RM3000 dan ke bawah sepertimana yang dibentangkan dalam bajet 2017.Sedikit sebanyak dapat membantu kewangan para pelajar dalam meneruskan sesi pembelajaran tahun 2017.

Sejumlah RM100 diperuntukkan kepada setiap murid-murid yang layak untuk menerima bantuan ini dan akan di agihkan secara berperingkat bermula 20 Januari 2017. 

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun garis panduan yang telah di tetapkan oleh kementerian di sini

Terima kasih.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email