Tuesday, January 03, 2017

Bagaimana applikasi Waze mengesan kelajuan kereta #2

Entri ini sambungan entri saya sebelum ini mengenai bagaimana waze mengesan kelajuan kereta anda. Walaupun saya seorang engineer, tapi saya agak terkebelakang mengenai technology Waze ini. Maklumlah, sebelum ni jarang pakai Waze sebab tinggal di Terengganu. Jadi saya tak amik kisah sangat.

Tiba-tiba je perasaan ingin tahu membuak-buak apabila saya update Apps Waze di Google Store, walaupun saya tahu saya sudah ketinggalan bertahun-tahun daripada orang lain. huhu..Tapi tak mengapa, demi memenuhi kepuasan diri sendiri saya terpaksa rungkaikan jugak. haha

Yang sebenarnya, senang sahaja bagaimana Waze mengesan kelajuan kereta anda. Nak tahu kenapa? Sebabnya, kita menggunakan technology GPS. Setiap kali anda buka Googlemap mahupun Waze, anda mesti pastikan GPS dalam keadaan aktif supaya lokasi anda dapat di kesan dengan tepat.

Baik, apa itu GPS? Global Positioning System atau GPS adalah sistem navigasi satelit yang telah dibina dan dilancarkan oleh US Department of Defense yang pada awalnya digunakan untuk tujuan ketenteraan sebelum dibenarkan untuk kegunaan awam. GPS mempunyai lebih kurang 24 satelit yang dilancarkan di orbit dunia yang berfungsi sepenuhnya sehingga sekarang.

Bagaiman pula GPS mengesan kelajuan anda? Memandangkan GPS fungsinya mengesan koordinat-koordinat sesuatu objek pada asasnya, maka secara tidak langsung anda dapat mengesan jaraknya sekali. Baik, dengan formula ringkas kelajuan yang kita belajar dalam matapelajaran sains v=d/t, maka kita dapatlah mengira kelajuan. Masa di ambil mengikut receiver cthnya jika anda menggunakan telefon bimbit, maka masa akan dikira mengikut telefon bimbit anda.
Selepas itu Waze hanyalah programkan Icon Speedometer dalam updated version apps dengan mengambil bacaan kelajuan daripada GPS.

Akhirnya saya berpuashati kerana telah merungkaikan persoalan saya sendiri. Mungkin anda tergelak baca entri ini sebab saya naif dan ketinggalan bertahun-tahun di belakang. Tapi tidak mengapa, asalkan saya puas hati. yeehaa!!!!

Sumber; Garmin, Telogis

No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email