Skali lagi celoteh saya mengenai tayar kereta. huhu...Kali ini nak bercerita pasal kerosakan tayar kereta dan puncanya. Kenapa? Sebab jika kita tahu apa yang menyebabkan tayar kita rosak, kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kerosakan yang sama tidak berulang. Sekaligus menyebabkan tayar kereta kita tahan lama dan yang paling penting duit tak lebur banyak,poket tak koyak rabak. hahaha
Baik jom kita lihat apa yang selalunya berlaku.
Kerosakan disebelah luar kedua-dua sisi tayar
Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda. Sila periksa secara berkala dan pastikan tayar anda mempunyai tekanan angin sama seperti yang telah ditetapkan. Mungkin juga kehilangan tekanan angin adalah disebabkan kebocoran kecil, siapa tahu?
Kerosakan ditengah
Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda. Ini kerana ia berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiki tayar meletup dengan tiba-tiba. Sila berhati-hati dan pastikan tekanan angin adalah mengikut jumlah bacaan yang telah ditetapkan.
Kerosakan di sebelah bahagian luar tread tayar sahaja
Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat2 lah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin banyak.
Kerosakan secara rawak.
Jika anda lihat kerosakan secara rawak ataupun "patchy" spot kelihatan di tayar anda, maka ianya berpunca daripada balancing. Sebenarnya tayar yang tidak balance boleh dikesan awal kerana kadang-kadang anda akan rasa gegaran yang tidak normal bila anda memandu kenderaan anda. Orang yang sudah lama memandu kereta, insya ALLAH boleh kesan masalah ini dengan lebih awal.
Kerosakan "cupping wear"
Dalam istilah lain dalam bahasa inggeris adalah "diagonal scalloping wear" yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension. Masalah ini sememangnya serius dan sudah tiba masa anda membaiki atau menukar suspension kereta anda.
Kerosakan di sebelah sisi tayar
Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya. Ia sangat sensitif bagi yang menggunakan sport rim dengan tayar yang nipis kerana ianya boleh membawa kepada tayar anda pancit.
Tayar koyak @ meletup
Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup, ianya berpunca daripada tayar yang sudah expired. Pastikan anda menggunakan tayar yang terbaru dan masih belum expired. Tayar second hand juga kadang-kadang mempunyai risiko yang agak tinggi. Saya sarankan and gunakan tayar yang baru.

Kerosakan juga boleh berlaku disebabkan gaya pemanduan anda contohnya brake secara mengejut, cornering yang tajam dalam keadaan laju dan sebagainya. Jumpa pakar dan lakukan pemeriksaan secara berkala.
Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.
Sumber : Tire Discounters
Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.
Sumber : Tire Discounters
bagus info ni. baru tahu punca tayar rosak
ReplyDeleteterima kasih kak. Sharing benda2 yang kebiasaannya orang perlu tahu
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by the author.

ReplyDeleteWow that was odd. I just wrote an incredibly long comment but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again. Anyways, just wanted to say excellent blog! paypal login my account
ReplyDelete