Wednesday, January 11, 2017

Adakah Faiz Subri adalah Roberto Carlos Malaysia?

2016 Puskas Award
Tahniah kepada Faiz Subri kerana mengharumkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan bola sepak. Sungguhpun masih jauh negara Malaysia akan layak ke peringkat Piala Dunia, setidak-tidaknya nama Malaysia terpalit dalam sejarah FIFA sebagai salah satu negara yang melahirkan "Football Physician" sebaris dengan nama-nama pemain terkemuka di dunia.

Untuk pengetahuan, rekod pemenang-pemenang Puskas Award sejak daripada tahun mula-mula di perkenalkan adalah :

1. 2009 - Christiano Ronaldo (Portugal)
2. 2010 - Hamid Altintop (Turki)
3. 2011 - Neymar (Brazil)
4. 2012 - Miroslav Stoch (Slovakia)
5. 2013 - Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
6. 2014 - James Rodriguez (Colombia)
7. 2015 - Windell Lira (Brazil)
8. 2016 - Faiz Subri (Malaysia)

Saya tidak mahu ulas lanjut mengenai kemenangan Faiz Subri kerana sudah banyak ulasan daripada media massa, blog, berita  dan sebagainya. Cumanya, saya merasakan Ahli Fizik mesti banyak berbincang mengenai teknik sepakan percuma ini. Lazimnya, teknik ini dikenali sebagai teknik sepakan "Banana Curve" yang mana menghasilkan lencongan berbentuk pisang yang mengelirukan penjaga gol pihak lawan. Selalunya kita dengar sepakan ini paling baik di lakukan dalam jarak yang agak jauh @ luar kotak penalti kerana ianya memerlukan kelajuan, jarak dan angle yang optimum untuk menghasilkan teknik ini

Kenapa saya kata Faiz Subri seakan-akan Roberto Carlos? Sebabnya cara sepakan adalah sama, iaitu menggunakan sebelah luar kaki. Jika kita lihat pemain-pemain terkenal lain seperti David Beckham, Ronaldinho, selalunya mereka menggunakan sepakan dari sebelah dalam kaki. Apa yang membezakan Faiz dengan Roberto Carlos adalah penggunaan kaki, Roberto Carlos menggunakan kaki kiri dan Faiz menggunakan kaki kanan. Tapi pada asasnya teknik yang sama. Mungkin ada pemain lain yang seakan sama, namun saya cuma bangkitkan Roberto Carlos kerana dia telah mengegarkan dunia Fizik pada ketika itu di sebabkan teori Fizik di buktikan menjadi di padang bola.
2016 Puskas Award
Imej : Youtube
Sepakan sebelah luar

Kenapa saya gelarkan "Football Physician"? Kerana mereka membuktikan teori fizik dalam sepakan percuma bola sepak. Yang sinonim dengan cara sepakan ini adalah "Magnus Effect" iaitu bagaimana pergerakan bola dalam bentuk projectile motion boleh melencong di dalam udara. Ini di sebabkan oleh bola yang berpusing melalui udara boleh berubah haluannya disebabkan tekanan "Magnus" yang menekannya melawan arus haluan asal ataupun dalam bahasa inggeris "perpendicular to the direction".

Anda boleh lihat dalam gambar di bawah bagaimana ianya berlaku.
Magnus Effect
Imej : Comsol.com


Magnus Effect
Imej : Paperblog


Saya kira ianya memang memerlukan latihan yang cukup intensif untuk melakukan sepakan ini. Seperti yang kita sedia maklum  pemain-pemain terkenal seperti Roberto Carlos,Beckham boleh menendang teknik ini berulang kali dan ianya menjadi!!! Tidak lain tidak bukan, ia berpunca daripada latihan yang cukup intensif dalam mengambil sepakan percuma, Ia mungkin boleh terjadi kerana nasib, akan tetapi perlu tahu tekniknya juga. Betul tak?

Jika kita teliti tekniknya, bukannya mudah  atau senang iaitu anda perlu menendang  bola dengan mengambil angle trajectory dan mensasarkan dengan tepat di penjuru pintu gol. Sememangnya memerlukan latihan yang agak lama. Jika kelajuan, tekanan (sepakan) dan angle yang optimum di capai maka insyaALLAH anda akan berjaya melakukakan Banana Curve Kick dengan Magnus Effect. Seingat saya ada orang ajar saya tendang betul2 dekat lubang untuk mengisi angin bola dan kesannya lebih bagus. Betul ke tidak saya tidak pasti.hahaha

Jom tengok video-video yang hebat mengenai Banana Kick

Roberto Carlos (sebelah luar kaki)



Faiz Subri (sebelah luar kaki)

David Beckham (sebelah dalam kaki)



Ronaldinho (sebelah dalam kaki)


Top 10 - Best free kick all time 

Kita wajib berbangga dengan pencapaian Faiz Subri dan semestinya FAM perlu didesak untuk melakukan sesuatu supaya dapat melahirkan lagi bintang-bintang bola sepak seperti Faiz. Alangkah seronoknya jika ada filem Bend it like Faiz, siapa tahu? huhu

Sekian

Sumber : Physics Central, Wikipedia

4 comments:

  1. dari satu segi, faiz punya lagi cantik dari roberto.

    tapi nak wat macam roberto, susah gak. Bukan senang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. roberto lagi susah. sebab jarak dengan angle sepakan. Faiz pula saya rasa kerana jarak dan angle sepakan yang agak selesa. Kita boleh cuba buat perbandingan bila kita jatuhkan bola dari tingkat 5 dan tingkat 10 bangunan. Hasilnya berbeza..

      Delete
  2. Tak sangka malaysia juga akan tersenarai.. Tahniah faiz subri..

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email