Sebenarnya ia wujud dan ada beberapa syarikat telah mengeluarkan motosikal berkuasakan enjin diesel sebelum ini. Yang paling popular adalah Royal Enfield dan ia pernah di komersialkan namun terpaksa di tamatkan pengeluarannya di sebabkan akta @ undang-undang pencemaran udara.
![]() |
Royal Enfield with diesel |
Torque , RPM
Enjin diesel menghasilkan torque tinggi tetapi RPM rendah di mana bertentangan dengan tujuan motosikal yang mensasarkan kelajuan yang tinggi.
Gas Karbon Dioksida
Enjin diesel mengeluarkan gas karbon dioksida lebih tinggi daripada enjin petrol dan ianya tidak sesuai untuk alam sekitar. Ini juga salah satu sebab Royal Enfield menamatkan pengeluaran motosikal enjin diesel. Untuk teknologi kereta dan kenderaan berat, ianya bukan menjadi masalah utama kerana mereka sudah maju dalam mengeluarkan enjin diesel.
Penyelenggaraan
Enjin diesel memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kos penyelenggaraan mungkin meningkat
Saiz , Berat
Enjin diesel agak besar dan berat dan semestinya tidak sesuai dengan motosikal yang mementingkan kelajuan dan keselesaan
Kos Pembuatan
Disebabkan enjin saiznya agak besar dan berat, maka semestinya harga pembuatannya meningkat. Maka harga motosikal anda lagi mahal
Saya percaya, ianya tidak mustahil untuk mengkomersialkan motosikal berkuasakan enjin diesel. Sains dan teknologi telah membuktikan ianya boleh berlaku dengan R&D dan usaha yang berpanjangan. Sesiapa yang meminati enjin diesel mesti tidak sabar untuk menunggu kelahiran semula motosikal enjin diesel di jalan raya.
Sekian. Semoga bermanfaat
Sumber : Wikipedia,
Saya tak tahan klu terbau asap diesel terlalu lama... cepat rasa mual dan pening2. Tapi nak juga tau klu ada motor diesel, mcm mana perginya hehee.. nice sharing :) :)
ReplyDeleteSelain bau asap, bunyinya pon bising.sebabnya vibration tinggi. Huhu
DeleteKarbon dioksida berkadaran dgn jumlah oksigen semasa process pembakaran. Kalau CO2 lebih dr engine lain rasanya lg bagus sbb greater rate of complete combustion. Jika karbon monoksida,CO yg tinggi maka engine jd nonfavorable sbb incomplete combustion, less efficiency. Betul x :)
DeleteKarbon dioksida berkadaran dgn jumlah oksigen semasa process pembakaran. Kalau CO2 lebih dr engine lain rasanya lg bagus sbb greater rate of complete combustion. Jika karbon monoksida,CO yg tinggi maka engine jd nonfavorable sbb incomplete combustion, less efficiency. Betul x :)
DeleteOooo..saya tak berapa pasti sangat. Cuma yang saya tahu, incomplete combustion produce carbon monoxide dan carbon sebab tak cukup oksigen@udara dalam engine tak kira petrol @ diesel. Diesel engine produce lebih kurang 13% CO2 compare to petrol. Jadi kalau ikut teori incomplete combustion, enjin diesel lagi banyak memgeluarkan CO so pencemara udara. Hehe.. Efficiency kena cerita bab lain pulak. Huhu
Deleteoo boleh juga ek. bila kete pulak nak buat diesel. lagi murah kan
ReplyDeletekereta memang dah ada kak. Geng2 racers selalunya memang suka diesel, dia torque tinggi ataupun kita panggil pick up..Jika compare harga minyak, diesel murah ckit. Jika nak compare overall cost, kena tengok banyak angle. hmmm. mungkin saya cuba next entri..insyaALLAH. terima kasih kak mencetuskan idea entri saya yang seterusnya..hehe
Delete