Wednesday, January 04, 2017

4 Kelebihan utama kad kredit kepada peniaga

Rasa ketandusan idea hari ini untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Tapi sempat jugala saya buat bacaan yang berkaitan dengan minat saya iaitu mengenai perniagaan dan financial planning. Antaranya mengenai penggunaan kad kredit.

Tahun lepas saya sudah menamatkan servis kad kredit saya. Saya beranggapan ianya adalah mayat hidup buat saya kerana tidak berdisiplin dalam penggunaannya. Akhirnya saya ambil gunting dan potong.hahaha

Mungkin segelintir orang tidak bersetuju dengan tindakan saya terutama orang yang pro kad kredit. Namun saya tahu sejauh mana diri saya, maka saya ambil jalan untuk tidak lagi menggunakannya. Biarpun ramai yang mengatakan banyak faedahnya, tetapi tidak bagi saya. Boleh baca entri saya yang sebelum ini.

Baik, kita tinggalkan dahulu cerita kelebihan/kekurangan kad kredit kepada individu. Kali ini saya ingin kongsikan kelebihan kad kredit kepada peniaga@syarikat online mahupun offline. Di sebabkan bank telah sediakan kemudahan ini, mari kita tengok apa antara kelebihannya:

Jualan Meningkat
Berdasarkan kajian ataupun pengalaman seseorang peniaga, jualan akan meningkat jika anda sedia menerima kredit kad dalam urusan jual beli. Impaknya, perniagaan anda akan berkembang dengan baik terutamanya peniaga online. Siapa tak nak perniagaan berkembang kan? hehe

Pengurusan duit yang lebih baik (Cash Flow)
Memandangkan urusan jual beli dilakukan secara elektronik, anda tidak lagi perlu risau menunggu cek untuk dijelaskan dan juga bayaran daripada pelanggan anda. Juga semestinya jumlah urusan duit cash berkurang dan dapat mengurangkan risiko menyimpan cash yang terlampau banyak.

Mengurangkan risiko menerima cek tendang
Jika pelanggan anda menggunakan kad kredit, semestinya anda dapat mengurangkan risiko menerima cek tendang. Betul tak? huhu

Lebih mesra @ convenient untuk pelanggan 
Anda pernah guna kad kredit? Kalau anda pernah guna, anda mesti ada perasaan nak sangat beli barang kesukaan anda bila boleh guna kad kredit. Berhutang dahulu, bayar kemudian. Pantang tengok ada logo VISA @ MASTERCARD mesti laju je nak beli. haha

Banyak juga kelebihan kepada peniaga-peniaga yang menerima kad kredit. Sebab tula hotel, pasaraya2 besar, stesen minyak, kedai2 yang besar menerima kad kredit sebab banyak faedahnya walaupun perlu melabur sedikit wang untuk bayaran servis merchant credit card. Berbaloi kan? 

Sekian. Semoga bermanfaat.


2 comments:

  1. Bagus juga Abq Jaq dah tak guna kad kredit. Kad kredit memang menjadi pembunuh kewangan terutama kepada generasi muda.

    Yang saya tak faham, macam mana kad kredit boleh meningkatkan jualan peniaga online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boost sales. Sebab kita offer alternantive kepada pembeli utk urusan jual beli.orang yang suka berhutang dengan kad kredit. Huhu

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email