Wednesday, January 11, 2017

2 restoran nasi ayam kampung best di sekitar Kuala Lumpur


Restoran ayam kampung best Kuala Lumpur
Saya kalau bab makan ni memang subjek paling di gemari. Membedal je memanjang. Hahaha
Tapi tula, sinonimla dengan tempat asal saya Kelantan yang boleh di katakan syurga makanan. Macam-macam makanan tradisi yang sememangnya sedap sehingga menjilat jari. Yang paling sedap adalah budu!! Huhuhu

Kali ini saya nak berkongsi menu makan tengahari saya semenjak saya tinggal di Kuala Lumpur, iaitu nasi ayam kampung. Dulu masa tinggal di Terengganu jarang jumpa pulak. Tak pastila samada saya yang tak tahu ataupun memang tak banyak restoran yang menjual nasi ayam kampung.

Saya akan kongsikan 2 tempat yang saya pergi untuk membedal di waktu lunch hour jika berkesempatan. Mungkin banyak lagi restoran-restoran lain yang saya tidak tahu, namun 2 restoran ini lebih dekat dengan saya kerana pemiliknya orang Kelantan dan menghidangkan resepi tradisi Kelantan. Jangan marah, ini bukan 'asobiyah, tapi ini "ownership"...hahaha

Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Imej : Atuk Phd Blogspot
Bila pergi ke restoran ini, rasa macam seolah-olah duduk di Kelantan sebabnya Air Oren,Sarsi, Barli botol yang hanya boleh dijumpa di Kelantan pun ada jual di sini. Punya la memang pemiliknya target customer dari Kelantan. hahaha

Restoran A. Hassan Ayam Kampung
Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Imej : hamydy.wordpress
Khabarnya banyak cawangan jugak restorang ini di sekitar KL Selangor, Sekarang dekat Kerteh Terengganu pun sudah ada. Saya pergi ke cawangan Cheras dekat Jalan Velodrom. Bangunannya  bertingkat-tingkat, memang besar. Lauk pauk memang resepi tradisi Kelantan..Sedap sehingga menjilat jari..

Saya seperti biasa menu saya ayam kampung goreng, gulai kawah, ulam dan budu. Di campur pulak tempoyak, fuhhhh..Meleleh bang...Air kelapa di sini memang sedap kerana kelapa yang di pilih memang betul-betul muda. Isinya memang sedap dimakan. Sedap wei!!! Hahaha.
Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur

Di sini anda boleh pilih samada layan diri ataupun makan hidang. Pelayan akan tolong hidangkan untuk anda jika anda ingin makan hidang. Order je sesuka hati anda, nanti bila nak bayar nanti jangan garu kepala pulak. huhu

Harganya agak mahal bagi sesetengah orang, tapi pada hemat saya ianya berbaloi dengan lauk yang anda ambil berbanding anda beli fast food yang juga agak mahal harganya. hehe

Nasi Ayam Kampung, Medan Selera Kg Baru

Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Yang ini saya baru je discover 2 minggu lepas selepas saya balik dari HKL melawat rakan sepejabat. Kawan-kawan ajak makan di sini. 1st impression pun dah boleh agak memang sedap sebab ramai orang beratur. Dari jauh duk tengok budu dengan tempoyak sudah di sediakan siap-siap dalam piring. Tinggal nak ambil je,,meleleh air liur..huhu


Restoran Ayam Kampung Best Kuala Lumpur
Menu saya sama je seperti menu saya makan di Restoran A, Hassan. Memang menepati cita rasa saya la..Cumanya di sini tak jual minuman dan anda tak jumpa la air kelapa. Minuman dijual di kedai sebelah. Kat sini memang layan diri dan saya tak pasti ada ke tak servis makan hidang macam Restoran A. Hassan.

Yang tak best di sini susah nak cari parking. Hari tu saya bernasib baik sebab ada parking kosong. Kalau tidak memang agak susahla nak parking. Kalau nak datang sini saya suggest naik Uber @ Grabcar senang. Murah, cepat dan senang. hehe

Jika tengok signboard, dia tulis cawangan Kg Baru. Saya tak pastila berapa cawangan dia ada. Yang pastinya boleh la anda datang sini melantak makanan tengahari. huhu

Sekian. Terima Kasih.



2 comments:

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email