Tuesday, January 10, 2017

14 Alatan asas kemahiran yang lelaki wajib ada

Basic tools
Hari ini saya nak  bercerita tentang kelelakian. Jika mana-mana lelaki tidak ada basic tools ini di rumahnya, maka mereka bukannya seorang lelaki, Awas para isteri- isteri. Kenali suami anda....Hahaha

Jangan marah, saya acah -acah je sebenarnya. Namun, bagi saya basic tools ini seharusnya ada di simpan di rumah bagi keperluan pertukangan asas mahupun DIY untuk kerja-kerja di rumah dan perkara yang melibatkan kecemasan.

Baik, saya kongsikan basic tools yang sepatutnya seseorang lelaki simpan di rumah dan kepunyaan saya sendiri 
Basic tools

1. Screwdriver
Set screwdriver ini saya rasa benda paling basic kot perlu ada dekat rumah. Cuba fikir, macam-macam kot bole buat dengan screwdriver. Wajib di simpan di rumah samada jenis flat @ philip. dari segi saiz, anda perlu agak-agak sendiri berdasarkan penggunaan di dalam rumah. 
Basic tools

Basic tools

2. Hammer
Yang ni boleh pelbagai penggunaannya. Rasa nak marah? Nak ketuk orang? Pun boleh. hahaha
Yang jelasnya mestilah nak ketuk paku kan. Nak gantung frame gambar ke, nak paku dinding ke dan macam-macam lagi. Saya sendiri ada dua jenis, tukul kuku kambing dan tukul warrington.
Basic tools

3. Spanar boleh laras
Alat asas untuk penggunaan kemasan bolt dan nuts kat rumah. Beli yang sederhana besar je ataupun bergantung kepada saiz yang anda selalu guna di rumah. Jimat sedikit jika di bandingkan anda membeli satu set spanar tak boleh laras. Melainkan anda memang seorang handyman ataupun mekanik yang memerlukan set spanar yang banyak.huhu
Basic tools

4. Measuring Tape
Nama pun measuring tape, mestila kerjanya adalah mengukur. Saya kira ianya penting bila anda hendak mengukur ketinggian@keluasan sesuatu benda. Contohnya nak beli perabut baru, anda perlu kira ukurannya , mana tau takut nanti tersalah beli dan menyebabkan ruang rumah anda makin sempit. huhu.
Basic tools

5.  Pliers
Pliers ada banyak jenis dan yang paling basic dan paling di kenali adalah combination pliers, Di namakan combination pliers di sebabkan kombinasi beberapa fungsi. Boleh berfungsi untuk menyepit, memulas dan memotong wayar. Jika anda pernah menggunakannya, anda mesti tahu kepentingannya. Saya sendiri ada tiga jenis pliers iaitu combination pliers, needle nose pliers (muncung tirus) dan juga cutter. Sesuai dengan kegunaan saya di rumah kerana melibatkan kerja-kerja yang melibatkan wiring, electrical dan sebagainya. Tapi basic jelah, sebab saya bukan electrician. hehe
Basic tools

6. Drill
Impian saya suatu hari nanti saya nak beli yang cordless drill. Belek-belek harga boleh tahan jugak sebab tak pakai wire @ kabel kan. huhu..Sekarang  ini cukupla saya ada yang biasa (wired/cable) untuk kegunaan di rumah. Yang reliable dan berkualiti bagi saya samada Bosch atau Makitta. Saya beli yang Bosch dan memang berbaloi sangat-sangat. 
Basic tools

7. Spanar tidak boleh laras
Saya mempunyai sebuah motosikal kapcai yang agak lama usianya. Wajib ada di rumah saya spanar yang tidak boleh laras yang saiznya untuk membuka tayar motosikal. Sebab kadang-kadang mekanik tak nak datang rumah kalau tayar pancit. Kalau datang pun tak berbaloi kita nak bayar harga tukar tayar. Baik cabut sendiri, buh dalam bonet dan bawa pergi ke bengkel. Itulah yang terjadi kepada saya.
Basic tools

8. Allen Key
Kalau anda beli perabut contohnya katil besi, mesti di datangkan dengan satu allen key kan? Jadi simpanlah elok-elok allen key tu supaya lain kali kalau ada yang longgar senang nak ketatkan balik Siapa yang mempunyai basikal, maka sewajarnya beli satu set pelbagai saiz, Sebabnya memang berguna untuk basikal anda. Saya beli satu set terus..huhu
Basic tools

9. Level
Saya beli level ini bila saya nak gantung TV holder/bracket kat dinding rumah. Takut nanti senget TV saya. huhu. Lepas tu setiap kali nak gantung frame atau hiasan dinding saya mesti gunakan level supaya tak senget.
Basic tools

10. Teflon tape
Teflon tape digunakan untuk paip kat rumah. Nak balut thread paip contohnya pili, soket dan sebagainya. Selalunya bila pili paip anda dah bocor, anda perlu tukar pili baru dan semestinya perlu letak teflon tape untuk mengelakkan kebocoran.
Basic tools

11. Test pen
Alatan asas dalam kerja-kerja elektrikal. Jadi perlulah anda simpan satu untuk menguji arus elekrik dalam sesuatu litar. Senang untuk anda buat troubleshooting.
Basic tools

12. Gergaji
Simpanlah satu gergaji di rumah. Mana tau suatu hati nanti anda memerlukannya walaupun anda jarang menggunakannya. Lainlah anda memang minat kerja DIY dalam pertukangan kayu, semestinya macam-macam jenis gergaji wajib di simpan. Termasuklah aksesori-aksesorinya sekali..
Basic Tools
13. Tangga
Tangga pun mestila ada jugak.  Nanti macam mana sang isteri nak main tukar-tukar langsir setiap kali perayaan kan? Kadang2  boleh jugak buat cuci kipas,  tukar mentol lampu yang terbakar.  Saya beli yang aluminium sebab ianya ringan.
Basic Tools
14. Toolbox
Bila dah ada tools mestilah kena ada rumahnya. Nanti nak letak mana. Haha

Banyak lagi rasanya tools yang lelaki inginkan dan disimpan dirumah. Ianya berdasarkan kecenderungan dan kepakaran masing-masing. Kalau pakar tukang kayu, maka banyakla alatan tukar kayu di rumah, electricians maka banyakla alatan electrician, plumber maka banyak la alatannya dan begitulah seterusnya. Cumanya saya kongsikan basic tools yang sepatutnya seorang lelaki miliki dari sudut pandangan saya. Hehe

Sekian.

2 comments:

  1. Hahahaha setuju sangat!!! jangan kata lelaki,perempuan pun perlu ni, kalau tetiba paip patah ke,boleh repair sementara dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? Jangan cakap saya tak payung. Haha

      Delete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email