Friday, December 30, 2016


Azam tahun baru
Setiap hujung tahun je semua teruja untuk meletakkan azam tahun baru yang seterusnya @ dengan kata lain target  yang baru ingin di capai. Sebenarnya saya sendiri boleh di katakan agak cuai dan leka dalam hal ini. Seolah-olah tidak ambil kisah azam @ target tahun baru.

Rata-rata pakar motivasi menyatakan bahawa setiap benda yang ingin di capai mestilah ditulis dan anda boleh rujuk setiap hari dengan mudah. Tujuannya, secara tidak langsung otak kita register apa yang kita patut buat untuk capai target yang di tetapkan tadi. Anehnya, kadang2 ia berlaku secara tidak sengaja @ tanpa anda sedar bahawa anda telah pun capai apa yang diinginkan. 

Setiap kali anda review balik perancangan anda, tentulah senyum panjang dan gembira. Mana tidaknya, semuanya sudah tercapai dan dalam hati anda mesti bermonolog sendirian. "mission accomplished"!!..hehe..

Baik, bercakap pasal target  yang anda hendak tetapkan mestilah perlu di buat dengan baik supaya anda dapat capai dengan tenang dan mudah. Takkanlah anda letakkan target tahun baru nak jadi jutawan dalam masa 2 hari. Logik tak? Boleh capai ke?hmmm..rasa-rasanya tidak. haha

Saya belajar beberapa elemen penting dalam menentukan target dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian. Ringkasannya kita sebut SMART. Jom kita tengok apa itu SMART
KPI SMART
Imej : Pinterest

S - Specific
Mesti specific nak capai apa, tak boleh general. nanti kelaut dan penuh angan2. haha

M - Measurable
Dalam bentuk nombor @ boleh di kira, contohnya saya nak habiskan  bacaan 20 buku tahun depan. Bukan saya nak habiskan bacaan buku sebanyak  mungkin 

A - Achievable/Attainable
Pastikan anda boleh capai dan hanya anda yang tahu sejauh mana kemampuan anda

R - Relevant/Realistic
Pastikan ianya relevan dan realistik dengan kebolehan dan keupayaan anda

T - Time bound/Timeline
Pastikan ada ketetapan tarikh@masa supaya anda takdela syok sendiri. Jika tidak, maka jadilah setiap tahun azam@ target yang sama tak capai2. haha

Saya dah tetapkan azam@target saya untuk tahun 2017 dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian. Sudah ditulis dan bukannya dalam kepala semata-mata. InsyaALLAH saya akan cuba sebaiknya. 

Good luck!!!..

6

Thursday, December 29, 2016

Tiba-tiba je saya rasa teringat kenangan zaman kecil menonton rancangan-rancangan menarik di kaca TV. Ini antara rancangan-rancangan yang saya sangat suka tonton walaupun pada ketika itu di bangku sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Berhingus lagi..haha
Rata-rata pada ketika itu seingat saya ianya memang dapat sambutan yang hangat. Lazimnya, bila sampai sekolah saya mesti bersembang dengan kawan-kawan mengenai cerita-cerita yang telah ditonton pada malamnya. Saya agak, semua orang macam saya kot, mesti duk sembang pasal cerita yang telah di tonton. haha

Baik saya senaraikan cerita-cerita aksi yang menarik perhatian saya melekat di depan kaca TV samada rumah saya mahupun rumah sepupu saya. huhu..

Air Wolf
Sekali tengok cerita ini, terus rasa nak jadi pilot@tentera udara bagai sebab nak merasa memandu sendiri helicopter semacam Air Wolf. huhu..Masa tu tengok bukan main canggih design helicopter Air Wolf ni. huhu 

Yang paling best, lagu tema Air Wolf setiap kali hero memandu helicopter keluar dari gua. Fuhhh..mesti anda masih ingat kan? Ingat tak? Saya terngiang-ngiang dalam telinga ni.hahah

Seingat saya ada satu episod di mana penjahat mempunyai helicopter design yang sama seperti Air Wolf. Seronok giler tengok..Tapi yela, nama lagi hero mestilah akhirnya Air Wolf yang menang. haha

Knight Rider
Pernah tak anda rasa nak miliki kereta yang canggih seperti ini? Boleh bercakap, self driving, bullet proof dan macam-macam kebolehan lagi. Futuristik betul cerita ini dengan aksi Hero yang sangat best.

Agak-agak kereta knight rider ini ada perasaan tak? Sedih, gembira, marah, benci dan sebagainya?Yang pasti memang canggih habis kereta ini. huhu

Superforce
Jika knight rider teknologinya adalah untuk kereta, cerita Superforce ini ada superbike canggih dan juga super suit yang canggih. Saya pun dah ingat-ingat lupa, cuma saya ingat adegan-adegan stunt Superforce naik superbike melalui api, lompatan tinggi dan sebagainya. Fuh, best woo!!haha


Stargate
Cerita ini adalah sejenis science fiction yang mana berkisarkan tentera yang menjaga dunia daripada gangguan alien. Mereka boleh merentasi dimensi yang berbeza ke planet2 lain melalui Stargate untuk melidungi bumi. Saya tak berapa ingat sangat ceritanya tetapi memang canggihla kalau sekali tengok.hehe

Macgyver
Budak-budak zaman sekarang tak kenal rasanya macgyver sebab tak sempat menonton rancangan ini. Percaya atau tidak, kesan daripada rancangan ini ramai orang akan cakap "kejap, aku jadi macgyver jap" apabila mereka hendak cuba buat sesuatu yang diluar kebolehan biasa. Contohnya, buka mangga kunci dengan dawai, matikan bom, mencipta sesuatu dan sebagainya. Hebat tak cerita ini?

Yang saya ingat ada satu episod, Macgyver berjaya melepaskan diri walaupun sudah terpijak periuk api. Dia selamat kerana kebijaksanaan dan kreativitinya..Sekali tengok powernya mamat ni!! Hahaha

Viper
Yang ni lagi satu supercar yang power.  Stylo kot dia transform daripada kereta biasa kepada kereta supercar yang amat canggih. Best tengok, ala2 transformer gitu cumanya dia tak bertukar jadi robot jela. Huhu


Cukup setakat ini dulu untuk kali ini. Next entri saya akan kongsikan cerita-cerita superhero, cerita pelik, mesteri dan berhantu pula yang saya suka tonton ketika muda remaja. Sekarang sudah tua, lain pula minatnya..haha



0

Saya tertanya-tanya bagaimana waze boleh mengesan kelajuan kereta kita. Maklumla tiap2 hari guna Waze sejak tinggal di kota metropolitan.  Dulu masa tinggal di Terengganu,  buka waze,  jalan semuanya clear je.  Pilihan jalan ikut suka hati kita je. Huhu
Kadang2 ada juga berangan2 nak cipta teknologi baru jugak supaya dapat menolong masyarakat. Mulala berimaginasi bangga dengan new technology seluruh dunia orang pakai. Haha

Berbalik kepada Waze ni ha...agak pening juga saya memikirkan bagaimana ia mengesan kelajuan kereta. Maklumlah saya baru sahaja update apps Waze yang latest dan ianya ada Speedometer!! Itu yang saya tertanya-tanya. hahaa

Setiap kali saya tekan pedal minyak, saya bandingkan speedometer kereta saya dengan speedometer Waze, ianya SAMA.. Saya ni jenis orang suka benda-benda macam discovery channel, how its made dan macam-macam lagi. Sebab tu la tertanya-tanya..Selagi tidak rungkaikan apa di sebaliknya, selagi itula tak puas hati..

Nak kena research dulu apa yang berlaku sebenarnya. Next entri nanti kita sambung. huhu

Lagi update terbaru Waze boleh detect speed limit kat jalan la pulak. haha. Tapi saya agak ianya sama kes dengan features lain iaitu bergantung kepada user input/report. Sebagaimana sebelum ini pengguna waze report jalan jem, ada kereta berhenti, ada accident dan macam2 lagi, agaknya perkara yang sama untuk speed limit jalan.  Nanti ada amaran anda melebihi speed limit. Ataupun memang mereka rekod speed limit setiap jalan sebagaimana sesetangah sistem navigasi lain. Saya belum cuba sebab saya baru update apps, Mungkin dah ramai yang guna fungsi terbaru apps Waze ni sebelum saya..

Speedometer Waze
Imej : 9to5mac.com
2

Wednesday, December 28, 2016

Tahun 2016 masih berbaki 3 hari dan saya rasa berita ini sudah basi di kalangan penjawat awam @ swasta yang mempunyai caruman KWSP. Huhu..Namun, saya ingin berkongsi juga dengan anda sebagai tanda ingatan untuk diri saya dan anda semua.

KWSP telah mengemaskini basic saving KWSP dalam akaun 1 pencarum-pencarumnya. Semestinya ia berita gembira kepada kita kerana hasilnya membolehkan anda memaximumkan pelaburan anda dalam pelaburan Unit Trust.

Peningkatan daripada 20% kepada 30% semestinya memberi impak yang besar kepada pelaburan anda. Ingin melabur dalam Unit Trust? Boleh hubungi saya insyaALLAH di 0139081162.

Terima Kasih

New EPF Basic Saving 2017 Table

0

Tuesday, December 27, 2016

" Encik, compressor air cond kereta encik sudah rosak. Kena tukar ni, harga lebih kurang RM2000..."Wow!!!..Mesti terbeliak biji mata anda kan. Mana tidaknya, sekarang ni dah hujung bulan. Poket dah makin kering, ada habuk je..haha

Air cond compressor rosak

Berpusing kepala fikir sebab nanti nak bawa anak-anak pergi sekolah, pergi mencari rezeki, pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terlintas juga, kalau aku seorang je aku tangguh dulu baiki. Naik kereta pakai fresh air, hirup udara segar.huhu..Tapi dah ada family tak boleh la macam ni, nak tak nak kena baiki juga. 

Yang ada kad kredit terus swipe kad, yang tiada kad kredit berhutang dengan kawanla nampaknya. 
Namun jika financial planning anda bagus, perkara ini tidak begitu menjejaskan ada. Baik, ini cerita lain la kalau nak sembang pasal financial planning. Nanti entri seterusnya pula kita cerita. hehe..

Ini cerita kenapa air cond compressor rosak dan bagaimana anda boleh elakkan daripada duit anda melayang. Mungkin anda tidak dapatkan elak 100%, akan tetapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko berlakunya kerosakan. Jom kita lihat perkara-perkara utama yang kita perlu berjaga-jaga.

Kandungan refrigerant (gas) yang rendah
Apabila ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan berkurang. Menyebabkan compressor anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan compressor akan rosak
Air cond compressor rosak

Kandungan refrigerant (gas) yang terlampau tinggi
Jika sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir. Di bubuhnya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka terimalah duit anda melayang. Pastikan anda rujuk kepada manual air cond kereta @ rujuk kepada yang pakar.

Coil Kotor
Pernah tengok coil? kalau anda pernah tengok kat air cond kat rumah @ belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa @ keemasan.Jika ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan compressor anda juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Lama-kelamaan compressor anda terlebih panas dan akhirnya rosak
Air cond compressor rosak
Coil
Masalah litar @ komponen elektrik
Yang ini seolah-olah silent killer. Huhu..Kenapa ye? Yelah, bunyi macam kecil je masalahnya kadang-kadang contohnya wiring putus, fuse terbakar dan lain-lain kerosakan lektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor..Fuhh melayang duit..Seeloknya carilah mechanic/technician yang berpengalaman dan lakukan inspection @ servis secara berkala supaya kita dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.

Kekurangan Lubricant
Jangan ingat enjin kereta je ada lubricant. Compressor pun ada!! Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang tukar lubricant compressor. Yang pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta anda, anda mesti check kandungan lubricant compressor anda. Jika berkurang maka silalah top up @ tukar sahaja lubricant baru. Jika tanya kekerapan, saya pun susah nak cakap tapi boleh la rujuk mana-mana technician yang jujur dan amanah tentang kekerapan menukar lubricant.
Air cond compressor rosak
Contoh Compressor Lubricant

Kesimpulannya, bagi mengelakkan duit anda melayang lagi banyak maka lakukanlah servis secara berkala air cond kereta anda. Ianya memerlukan sedikit usaha dan labur sedikit wang demi menjaga air cond compressor kereta anda daripada rosak. Yang pastinya harga tukar compressor memang mahal. huhu..Akhirnya rujuk kepada mechanic/technician yang amanah dan jujur berdasarkan pengalaman kawan-kawan ataupun review masyarakat awam.

Sekian dan semoga bermanfaat. 





4

Monday, December 26, 2016

Petang semalam bawa anak singgah ke Taman Rekreasi Gunung Lang demi meredakan amukan dia hendak pergi ke zoo yang tidak kesampaian. Kami dah banyak kali datang sini sebab dekat je dengan rumah mentua saya.

Selalunya datang beli tiket dan naik bot menyeberangi tasik. Tapi kali ini bawa anak ke jeti sahaja, bagi dia tengok ikan-ikan makan. Hilangkan perasaan dia nak pergi ke zoo. Nasib baik menjadi dan dia berasa seronok serta terus hilang ingatan kepada zoo. Fuuhhh lega...

Gunung Lang Ipoh


Gunung Lang Ipoh

Tempat ini sentiasa dipenuhi orang ramai tidak mengira musim cuti umum atau tidak. Pemandangan yang cantik, lengkap dengan kemudahan awam seperti tandas, surau dan sebagainya. Terdapat juga restoran, kedai runcit dan kedai cenderahati. Jika objektif anda nak mencuba naik bot dengan kos yang rendah, menikmati keindahan taman, anda boleh datang di sini. Setidak-tidaknya anak-anak anda berpeluang melakukan 3 perkara, bagi ikan makan, naik boat dan bermain di taman. Saya kira ianya sudah cukup untuk menggembirakan anak-anak anda.

Gunung Lang Ipoh
Taman ini sudah lama beroperasi dan saya dengar orang cakap dulu ada kandang rusa dan burung unta. Tetapi saya tidak pasti ianya betul atau tidak sebab saya tak pernah explore dan bila saya tanya-tanya orang yang menjual dia takde sebut pula pasal rusa dan burung unta. Mungkin masih ada atau pun mungkin sudah tiada..
Gunung Lang Ipoh

Gunung Lang Ipoh

Jika anda datang Ipoh, jangan lupa singgah di sini. Sekian
10

Assalamualaikum,

Misi mendapatkan ruang sebagai bloglist dalam Myideakini. Harapan menggunung tinggi untuk terpilih. Hehe

Semoga bertuah kali ini insyaALLAH. Klik banner utuk turut serta. Terima kasih.

5

Thursday, December 22, 2016

Sejak tinggal di Kuala Lumpur, amat susah bagi saya dan isteri untuk luangkan masa dengan anak-anak nikmati keindahan alam. Jika ingin beralasan, maka kekangan waktu kerjalah alasan saya walaupun tidak sepatutnya begitu.

Seusai balik kerja, hiburan yang anak-anak dapat adalah bermain di playground dan itupun boleh di kira dengan jari berapa kali sebulan. Maklumlah, sampai sahaja di rumah, siang telah melabuhkan tirainya. Jika dulu semasa di Paka, Terengganu sekurang-kurangnya dapatlah juga bawa anak-anak menikmati keindahan  desiran air laut, menghirup udara segar sambil menjamah juadah keropok lekor dan air kelapa. Alangkah seronoknya menenangkan fikiran menghilangkan kekusutan kerja di sambil mengamati keindahan ciptaan Tuhan.
FRIM Kepong
Imej : FRIM

Namun, hujung minggu baru ini, saya akhirnya berjaya bawa isteri dan anak-anak ke FRIM Kepong. Kali pertama saya masuk ke sini dalam hati saya terus "WOW". Ligat dalam minda, tak terfikir di tengah2 kota metropolitan ini rupanya masih ada tempat yang sebegini rupa. Macam-macam aktiviti menarik anda boleh buat di sini. Di samping menikmati keindahan alam semula jadi disini, tarikan-tarikan lain antaranya :

1. Mountain Bike
FRIM Kepong
Imej : FRIM

FRIM Kepong
Imej : Wonderfulmalaysia.com

2. Kepong Botanical Garden
FRIM Kepong
Imej: KC & The sunshine runners

FRIM Kepong
Imej: KC & The sunshine runners

3. Titian Kanopi @ jambatan gantung
FRIM Kepong
Imej : Wonderfulamalysia.com
FRIM Kepong
Imej : Wonderfulmalaysia.com

4. Rumah Tradisional Melayu
FRIM Kepong
Imej :Blog Dr Singa
Macam-macam lagi anda boleh buat di sini. Ada kawasan perkelahan, kemudahan dewan untuk majlis keraian,kawasan jogging dan sebagainya. Jika anda datang ketika musim buah, anda akan dapat lihat warna warni pokok buah-buahan yang di tanam di sini. Selebihnya anda boleh rujuk di website FRIM sendiri untuk maklumat lanjut.
Imej:BackpackingMalaysia

Imej: abdooss.blogspot.my
Untuk pengetahuan anda, semasa masuk pintu pagar anda akan dikenakan yuran kemasukan lebih kurang RM6.50. Perbelanjaan selepas itu bergantung kepada aktiviti apa yang anda hendak buat. Saya pergi hari Ahad di mana galeri-galeri pameran dan beberapa aktiviti lain di tutup. Saya hanya bawa anak-anak mandi air terjun Sungai Kroh, itu pun dah kira best sangat. Gembira betul anak-anak saya.

Next time misi saya hendak cuba mountain bike. InsyaALLAH kalau ada peluang la..huhu






0

Wednesday, December 21, 2016

Saya suka sangat makan bubur kacang hijau disebabkan rasanya yang lemak, manis dan berkrim. Akan tetapi bergantung kepada cara-cara dibuatnya juga. Yang paling best adalah, orang yang masak bubur kacang hijau tidak kedekut santan. Itu rahsianya bagi saya yang menyebabkan bubur kacang hijau sedap sehingga menjilat jari. Hehe

Seumur hidup saya, tak pernah pula saya tengok bagaimana sebenarnya pokok kacang hijau. Kadangkala terlintas juga dibenak fikiran ingin melihat sendiri rupa bentuk pokok kacang hijau. Tapi sampai ke tua tak pernah tengok pokoknya.  Sehinggalah di saat ini,  bila saya tengok anak kecil saya bawa balik projek tanaman dia di sekolah.  Umurnya baru 4 tahun dan dia sangat teruja bila benih kacang hijau yang dia semai bercambah. Pada mulanya saya tengok macam taugey tapi saban hari ianya semakin membesar. 


Namun,  tidak pula sampai bentuk hakiki@bentuk sesebuah pokok yang matang ianya nampak sudah layu dan mati. Jadinya hanya dapat tengok pokoknya hanya berumur kurang dari seminggu jela. Huhu.. Barula saya tanya uncle google,  begini rupanya pokok kacang hijau. Haha


Sejenis pokok yang renek,  dan menghasilkan buah yang mengeluarkan biji kacang hijau. Malaysia antara pengimport kacang hijau yang besar.  Maka akhirnya terjawab sudah teka teki di minda saya.  Hehe.. Jangan lupa untuk buat ais krim bubur kacang hijau untuk anak-anak anda. Sedap tau!



Semoga bermanfaat. Terima kasih

0

Tuesday, December 20, 2016

Saya percaya ramai rakyat Malaysia inginkan harga minyak kereta serendah yang mungkin. Maklumlah, negara kita agak kaya dengan sumber petroleum dan ianya dikeluarkan dari perut bumi melalui syarikat pengeluar minyak dan gas nasional dan juga syarikat-syarikat lain. Sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada sumber pendapatan negara Malaysia. 
Penjimatan Minyak

Keadaan harga minyak di Negara kita pula agak pelik sedikit kerana di saat harga minyak mentah dunia naik mendadak, harga di pam pun naik juga. Ketika harga minyak mentah dunia menurun, harga di pam tak turun pulak?Logiknya, jika pendapatan Negara bertambah, maka sepatutnya bolehlah kurangkan bebanan rakyat kan? Itu kena tanya jemaah menteri la..hahah

Bila bercakap pasal harga minyak kereta, orang pasti juga bercakap pasal fuel effeiciency. Samada dari segi pemilihan kereta, jenis minyak yang dipakai seperti Shell, Petronas, BHP, Petron dan sebagainya. Pokoknya, kita perlu jimat duit .huhu

Baik, ini antara mitos utama yang selalu kita dengar mengenai fuel efficiency kereta. Ingat, ini penting kerana minyak sebagai bahan bakar boleh bertukar kepada ringgit sebagai bahan bakar jika kita tidak cakna..hahaha

Panaskan kereta dahulu
Ya memang benar enjin kereta memerlukan suhu operasi yang optimum untuk mencapai fuel efficiency. Namun, dengan moden teknologi kereta seharusnya boleh terus bergerak selepas beberapa saat anda hidupkan enjin. Akan tetapi, perlu di ingat , pandu secara perlahan-lahan dahulu bukannya terus pandu laju kerana ia akan memberi kesan kepada enjin kereta anda pada jangka masa panjang. Usah biarkan lama minyak di bakar dan eloklah kiranya anda terus perjalanan anda barulah tidak membazir. Lagi cepat dapat suhu operasi optimum.
Penjimatan Minyak
Imej:ChicagoTribune

Kereta yang kecil lagi bagus
Lazimnya, kebanyakan kita menganggap semua kereta kecil mempunyai fuel efficiency yang bagus. Yang sebenarnya bukan semua, ianya bergantung kepada teknologi yang di gunakan dan jenis kereta-kereta yang di keluarkan. Dalam dunia teknologi sekarang, kereta yang bersaiz besar kadang-kadang lagi jimat fuel berbanding kereta yang bersaiz kecil bergantung kepada teknologi yang digunakan. Contohnya, jika memandu di highway, kereta besar lagi jimat berbanding kereta kecil. Manakala kereta kecil lebih jimat di dalam bandar. Anda perlu bijak memilihnya berdasarkan objektif dan kemampuan masing-masing.
Penjimatan Minyak
Imej : Pinterest

Kereta manual lagi jimat berbanding kereta automatic
Kalau persoalan di tanya mana lagi jimat minyak antara kereta manual @ auto, mesti ramai yang menjawab manual. Yelah, sudah bertahun-tahun ilmu ini di turunkan sejak kita kecil lagi. Kalau waktu dulu-dulu mungkin betul di sebabkan teknologi gear automatic masih baru, namun ianya berbeza sekarang. Kereta manual bukan lagi menjadi faktor yang dominan dan utama dalam menentukan fuel effenciency. Kereta auto pun jimat jugak contohnya kereta auto yang mempunyai gear 5 dan ke atas,ianya lebih efisyen.
Penjimatan Minyak
Imej: Argus Motoring

Kereta lama telan minyak
Umum kita sebagai orang kebanyakan mesti berpendapat kereta yang sudah lama  memang makan minyak. Jika teknologi dahulu , ya ia memang benar. Namun dengan teknologi baru sekarang,sekiranya kereta di jaga dengan baik, engine well maintained, tahap fuel efficiency kereta itu tidak begitu terjejas. Maka anda jangan skip servis kereta anda dan jagalah enjin dengan baik untuk mencapai fuel efficiency yang optimum
Penjimatan Minyak
Imej: Marketwatch

Tukar air filter
Jika kerata anda menggunakan teknologi lama iaitu carburettor, maka ianya benar. Air filter mesti selalu di tukar untuk meningkatkan tahap fuel efficiency. Akan tetapi moden teknologi yang menggunakan fuel injection, ianya adalah mitos.  Boleh rujuk kepada saranan pengeluar kereta masing-masing ataupun manual kereta anda mengenai penukaran air filter. Kadang-kadang bila anda ke bengkel kereta, mereka mungkin menukar air filter anda terlalu kerap yang mana ianya tidak semestinya meningkatkan fuel efficiency kereta anda tetapi mungkin  boleh improve engine performance kereta anda.
Penjimatan Minyak
Imej : Wikihow

Menggunakan additives
Di luar sana , ada produk oil additive yang dipasarkan untuk penjimatan minyak. Jika ianya tidak dibuktikan oleh manufacturer sendiri, maka seeloknya anda elakkan menggunakan additives. Kadang-kadang ianya boleh membawa faktor kerosakan enjin kereta anda dalam jangka masa panjang.
Penjimatan Minyak
Imej : Zigwheels

Membiarkan kereta idle lagi bagus daripada anda off dan restart kereta
Moden teknologi, kereta start secara efisyen sebaliknya jika anda biarkan kereta anda idle, ia menggunkan banyak bahan bakar bergantung kepada saiz enjin kereta. Tutup enjin jika tidak diperlukan kecuali anda dekat traffic light atau dalam kesesakan jalan raya. Kalau anda tutup nanti orang marah dan mungkin mereka anggap anda gila.hahaha

Penjimatan Minyak
Imej : AfroAutos


Semoga bermanfaat



Sumber : Hybrid Cars
2

Saturday, December 17, 2016

RAPID Pengerang
Asslamualaikum dan selamat pagi

Buat rakan-rakan yang mencari kerja dalam Oil & Gas, ada vacancies seperti bawah. Mungkin agak short notice kerana due date adalah hari Isnin , 19th Dec 2016. Selamat mencuba!!

"Current urgent position with Cekap Technical Services Sdn Bhd. Qualifed/Interested candidate please sent updated resume to shauqi.arrazi@cekaptechnical.com"

1.Project RAPID (PTSSB)
Location: Pengerang, Johor
2.Mechanical Supervisor(Static)
3.NDT Inspector
4.NDT Inspector
5.Painting / Insulation Inspector
6.Paints / Insulation Supervisor
7.Piping Inspector
8.Piping Inspector
9.Piping Supervisor
10.Piping Supervisor
11.Construction Manager
12.Construction Manager
13.QA/QC Manager
14.Civil/Structural Engineer
15.Civil/Structural Engineer
16.Civil/Structural Engineer
17.Mechanical (Rotating) Engineer
18.Mechanical (Rotating) Engineer
19.Mechanical (Rotating) Engineer
20.Sr Instrument/DCS Engineer
21.Sr Instrument/DCS Engineer
22.Sr Instrument/DCS Engineer
21.HSE Manager
23.HSE Manager
24.HSE Supervisor
25.Sr. HSE Executive
26.Sr. HSE Executive
27.Construction Superintendent
28.HSE Supervisor
29.HSE Supervisor
30.HSE Supervisor
31.HSE Supervisor
32.Civil / Structural Inspector
33.Civil / Structural Supervisor
34.Construction Superintendant (Civil/Structural)
35.Construction Superintendant (General)
36.Electrical / Instrument Inspector
37.Electrical Supervisor
38.General Inspector
39.HSE Supervisor
40.Instrument & Control Supervisor
41.Material Coordinator
42.Mechanical Rotating / Package Inspector
43.Mechanical Rotating / Package Supervisor
44.Mechanical Static / Piping Supervisor
45.Painting /Coating / Insulation Supervisor
46.Electrical Inspector
47.Electrical Supervisor (EO)
48.Electrical Supervisor (EO/TTLR)
49.HSE Executive
50.HSE Executive
51.HSE Manager
52.HSE Supervisor
53.Inspector
54.Instrument & Control Inspector
55.Instrumentation & Control Supervisor (EG/TTLR)
56.Instrumentation & Control Supervisor (EO)
57.Main Process (EO) / Tank Farm Superintendent
58.Mechanical Supervisor (Rotating / Package) EG/TTLR
59.Mechanical Supervisor (Rotating / Package) EO
60.Mechanical Supervisor (Static / Tankage ) EG/TTLR
61.Mechanical Supervisor (Static / Tankage ) EO
62.NDT Inspector
63.Painting & Insulation Inspector
64.Painting & Insulation Supervisor (EG/TTLR)
65.Painting & Insulation Supervisor (EO)
66.Piping Engineer
67.Piping Supervisor (EG/TTLR)
68.Contract Administrator (Post Award Contract)
69.Contract Administrator Overall MT
70.Contract Engineer Civil & Infrastructure
71.Electrical Superintendent
72.Head of Security
73.HSSE Executive
74.Mechanical Superintendent Pool
75Contract Engineer M&E
76.Senior Control System Engineer
77.Technical Clerk
78.Procurement Executive (Site Procurement)
79.Contract Administrator
80.Civil Inspector 4
81.Civil/Structural/ Architectural Superintendent 5
RAPID Pengerang
Imej : Petronas
Anda boleh rujuk sedikit maklumat mengenai project RAPID Pengerang di sini.

Terima Kasih
2

Friday, December 16, 2016

Percaya tak kalau saya cakap  di Kuala Lumpur Selangor ini ada loji Oil and Gas? Percaya atau tidak, ianya memang wujud. Klang Valley Distribution Terminal atau lebih dikenali sebagai KVDT yang terletak di KM 18 Jalan Dengkil Puchong. Kalau tak silap saya jika anda menggunakan highway SKVE anda akan nampak loji kecil di tepi highway. Kelihatan tanki-tanki yang menyimpan produk petrol dan diesel sebelum di agihkan ke stesen minyak.
Minyak Petronas Shell dan Petron
Contoh tanki penyimpan
Produk petrol dan diesel yang di simpan di sini akan di agihkan ke stesen-stesen minyak petrol yang terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Selatan Perak. Produk petrol dan diesel di sini adalah daripada loji penapisan  Melaka dan Port Dickson dan KVDT ini di kawal urus operasi oleh PS Pipeline Sdn Bhd. Jenama yang dikeluarkan di sini adalah PETRON, PETRONAS dan SHELL.
Minyak Petronas Shell dan Petron
Contoh loji penapisan minyak.
Tahukah anda bahawa produk petrol dan diesel di salurkan melalui pipeline ke KVDT? Dan tahukah anda minyak asas petrol dan diesel sama sahaja untuk ketiga2 brand tadi? Mesti kita tertanya-tanya, habis tu kalau sama apa yang membezakan ketiga-tiga minyak ini? SHELL terkenal dengan Fuel Save, PETRONAS dengan Primax, PETRON dengan Blaze. Pelik kan?
Minyak Petronas Shell dan Petron
Trak Pengangkut di KVDT.
Imej : Getty Image.
Jawapannya, ketiga-tiga syarikat pengeluar minyak ini mempunya resepi rahsia masing-masing atau di panggil additive yang akan di campurkan kedalam minyak yang di ambil daripada KVDT. Proses campuran di lakukan melalui "injection point" yang berbeza daripada "injection point" mengisi minyak ke dalam trak pengangkut. Sepanjang trak pengangkut berjalan, barangkali ketika ini proses formulasi campuran siap sepenuhnya sehingga menjadi Primax, Fuel Save dan Blaze sebelum tiba di di stesen minyak masing-masing. Hehe..
Minyak Petronas Shell dan Petron
Contoh Terminal mengisi minyak ke dalam trak pengangkut
Selepas perkongsian saya ini, mungkin ada yang beranggapan semua minyak sama sahaja. Dan kelebihan yang di canang oleh pengeluar-pengeluar minyak adalah hanya strategi pemasaran semata-mata. Terpulang kepada anda, yang pastinya R&D PETRONAS, SHELL & PETRON adalah berbeza dalam menghasilkan additive masing-masing dan mereka mempunya kelas-kelas tersendiri.

Semoga bermanfaat.
6

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email