Wednesday, November 30, 2016

Assalamualaikum

Ini 1st time follow segmen tambah follower.  Maklumla masih baru dalam dunia blog.
Selamat berkenalan Kak sue.

Semoga saya dapat manfaat

Terima kasih
segmen tambah follower


12

Tuesday, November 29, 2016

Sambungan kisah sarapan pagi yang mana sebelum ini saya kongsikan tempat sarapan yang saya selalu singgah semasa saya tinggal di Paka, Dungun Terengganu. Kali ini, saya akan kongsikan tempat-tempat yang selalu saya pergi untuk sarapan setelah saya berpindah ke Kuala Lumpur.
Nasi kerabu sedap di wangsa maju
Imej : 123RF
Seperti mana kebiasaannya, orang Kelantan memang tak boleh meninggalkan hidangan atau juadah versi Kelantan tidak kira di mana mereka berada. Saya pun semestinya golongan yang sama.hahaha
Baik, setelah saya menetap hampir 2 tahun di Kuala Lumpur, saya ingin kongsikan juadah nasi kerabu dan nasi berlauk yang sedap dan asli daripada Kelantan yang mana lokasinya tidak jauh daripada rumah saya.

Persamaan antara restoran-restoran ini adalah sentiasa di kerumuni orang ramai di awal pagi untuk membeli sarapan. Dan saya sentiasa perlu beratur jika singgah di sini

Restoran Tuu Do Ko 1488


Nasi Kerabu sedap di wangsa maju

Menggunakan bahasa Kelantan untuk pemilihan nama kedai yang lebih kurang maksudnya “tu dia rupanya”. Lebih kurangla maksudnya sebab saya tak reti nak terjemah mengikut perkataan. Hehe
nasi berlauk sedap wangsa maju
Lauk Ayam Gulai

Terletak di jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera Batu Caves, Selangor. Bangunan corner lot di bahagian bawah yang tidak jauh daripada lokasi Giant Batu caves ini memang sentiasa di penuhi pelanggan. Seawal sesudah subuh jemaah surau/masjid sekitar telah memenuhi ruang kedai.
nasi berlauk sedap wangsa maju
Laksam Ori Kelantan

Jika anda datang lebih daripada pukul 730, anda senasib dengan saya sebab beratur panjang. Huhu
Nasi berlauk dan nasi kerabu memang sedap dan ada juga laksam original Kelantan. Rugi tak singgah di sini.
Nasi berlauk sedap di wangsa maju

Nasi berlauk Kak La Padang Balang
Saya lihat nama restoran ini lebih mesra kerana meletakkan nama panggilan pemilik restoran itu sendiri. Sememangnya Kak La dan pekerja-pekerjanya mesra pelanggan setiap kali mengambil pesanan daripada pelanggan. Rata-rata pengunjung adalah masyarakat Kelantan daripada kawasan sekitar.
Kedai Nasi berlauk kak la padang balang
Imej : Google Map

Yang paling menarik, saya andaikan ada beberapa pekerja-pekerjanya adalah orang Indonesia tetapi pandai bercakap dialek Kelantan. Mungkin disebabkan setiap hari berhadapan dengan orang keliling bertutur dalam bahasa Kelantan. Tapi ini adalah andaian saya sahaja kerana ada bunyi “off-key” dialek Kelantan apabila mereka bertutur semasa mengambil pesanan. Hehe
nasi berlauk kak la padang balang

Keadaan yang sama anda akan jumpa, orang beratur panjang. Konsep layan diri utk mengambil pesanan walaupun makan di restoran. Anda perlu beratur dan memilih aneka lauk kesukaan anda sambil pekerja menghidangkannya untuk anda. Ada dua barisan, satu untuk yang tapau macam saya dan satu lagi untuk yang makan di kedai.
nasi berlauk kak la padang balang
Kuih batang buruk yang rare. Hanya di kedai Kak La

Kesimpulannya nasi kerabu dan nasi berlauknya memang sedap dan anda mempunyai pilihan lauk Ayam Kampung @ Ayam Biasa. Ayam kampong memang best..huhu

Warung Sebelah 7 Eleven Wangsa Melawati
Saya lupa nak tanya apa nama kedainya tapi memang saya selalu pergi sini semasa saya tinggal di Sri Rampai. Ianya merupakan warung yang terletak di sebelah 7 Eleven Wangsa Melawati. Seberang jalan adalah bangunan shop lot baru yang menempatkan pejabat KWSP, butik dan kedai-kedai lain.
nasi kerabu sedap wangsa maju
Imej : Wkimapia

Aneka lauk yang di hidangkan untuk di makan bersama nasi kerabu yang jarang di jumpai contohnya ikan selayang singgang goreng. Jenis lauk ini memang mengimbau kenangan nosltagia semasa kecil saya. Dulu- dulu mak memang suka singgang dan goreng garing ikan selayang kecil dan memang rangup di makan. Anda akan terlupa bahawa ikan selayang pon ada tulang dek kerana menikmati kesedapan dan kerangupannya. Hahaha
Nasi kerabu sedap di wangsa maju
Imej : Ayu Denira

Cuma nasi kerabu di sini jenis nasi kerabu kering atau dengan kata lain tiada sambal tumis nasi kerabu sepertimana yang di hidangkan di kedua-dua tempat yang saya kongsikan di atas. Namun, ianya masih menepati citarasa saya..hehe

Sekian dulu perkongsian saya dan saya percaya banyak lagi kedai/restoran yang menghidangkan nasi kerabu sedap di kawasan sekitar Wangsa Maju & Gombak contohnya House of Nasi Kerabu dan lain-lain. Cuma saya belum berkesempatan untuk singgah menikmati hidangan di sana.

Jangan lupa singgah….
6

Saturday, November 26, 2016

Saya percaya ramai orang maklum bagaimana ingin menjaga tayar kereta masing-masing. Namun sekali lagi saya cuma ingin berkongsi dengan anda sebagai peringatan untuk diri saya juga. Rata-rata pemandu kereta terutama lelaki mahupun wanita banyak mengabaikan langkah-langkah yang perlu di ambil dalam penjagaan tayar kereta. Bukan kerana tidak tahu, tetapi sebenarnya ianya berpunca daripada sikap lalai.
Penjagaan Tayar Kereta
Imej :GoaStreets

Baik jom sama-sama kita berazam untuk menjaga tayar kereta kita dengan sebaiknya. Tips penjagaan tayar kereta yang patut anda tahu seperti di bawah :

 Pemilihan saiz tayar yang sesuai
Pemandu lelaki memang suka sport rim. hehe..Tapi perlu di ingat penggunaan tayar yang lebih besar contohnya 14 inci kepada 15 inci  boleh memberi kesan kepada kenderaan anda dan secara tidak langsung kepada tayar anda. Kesannya umpama "domino effect " di mana, apabila wheel assembly menerima saiz tayar yang baru & rim yang baru, ia memberi sedikit kesan kepada spesifikasi asalnya yang lama kelamaan memberi kesan kepada tayar kereta anda juga
Tayar
Imej : Ebay
Pemeriksaan berkala tekanan angin tayar kereta anda
Di galakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda
Tyre pressure
Imej : Michelin
Tukar kedudukan tayar kereta anda
Di galakkan menukar kedudukan @ rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakan kepada setiap tayar kereta anda
tyre rotation
Imej : Toyota Zone


Lakukan alignment  tayar kereta anda
Selalunya alignment tayar kereta di lakukan setiap 10000km perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya teruskan untuk lakukan alignment.  
Wheel Alignment
Imej : Tyre Tracks
Kenali spesifikasi tayar anda
Perlu di ingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Perkara-perkara penting untuk panduan anda contohnya tahun pembuatan tayar, tahap kelajuan, tahan bebanan sesuatu tayar dan sebagainya.


Tahun Pembuatan Tayar
Di sarankan anda menggunakan tayar yang terbaru @ pada tahun yang sama tayar hendak ditukar. Jika anda menggunakan tayar keluaran lama, di khuatiri jangka hayatnya tidak akan lama. Sebagai contoh dalam gambar di bawah, nombor 0204 menunjukkan minggu ke-2 tahun 2004 tayar ini di keluarkan
 
manufacture date of tyre
Imej : Team BHP
Tahap kelajuan
Saya percaya kita semua tak ambil endah mengenai tahap kelajuan yang boleh di tampung oleh sesebuah tayar kereta. Jadi jangan terkejut jika anda memandu laju melebihi had kelajuan yang di tetapkan, bukan sahaja minyak kereta anda cepat habis malahan tayar kereta anda pun cepat rosak. Boleh rujuk indeks kelajuan seperti gambar di bawah.

Indeks kelajuan dan bebanan tayar
Imej : Continental Tyres
Tahap Bebanan
Sememangnya orang menganggap ianya perkara kecil dan boleh di abaikan. Lagi pula, bukannya kita boleh timbang bebanan setiap kali kita menggunakan kereta kita. Hehe
Cuma kita boleh buat andaian secara rasional samada kita telah menggunakan bebanan lebih atau tidak terhadap tayar kereta kita. Sila rujuk indeks bebanan tayar daripada Continental untuk panduan (gambar atas)

Gaya Pemanduan
Di galakkan jadilah pemandu berhemah dengan gaya pemanduan yang baik sebagai langkah menjaga tayar kereta anda. Jika anda penggemar “drift”, maka sememangnya jangka hayat tayar kereta anda adalah sangat pendek

Pemeriksaan berkala thread tayar anda
Jika anda perasan, tayar kereta mempunyai tanda aras atau pengukur tahap kerosakannya. Anda boleh lihat dengan mata kasar dan jika sekiranya thread kereta anda sudah melebihi hadnya, sudah tiba masanya anda menukar tayar kereta anda.
Thread check
Imej: Toyo

Selamat mencuba dan hati-hati memandu.
0

Thursday, November 24, 2016

Sekiranya anda berkunjung ke Terengganu terutamanya di daerah Paka & Kerteh, saya sarankan anda singgah di 5 tempat sarapan yang sedap ini. Anda pasti berpuas hati dan tidak menyesal dengan pilihan anda. Sambil tu anda boleh juga singgah di kawasan perindustrian minyak dan gas PETRONAS sebagai tanda kenangan anda pernah singgah di Paka & Kerteh. Hehe

sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej ; Wikipedia

Nur Sobah Café Kg Nyior Paka
Orang Paka, Kerteh kalau tak tahu pasal kedai ini memang pendek umur. Hehe . Terletak di Kg Nyior bertempat di bahu jalan utama Paka – Dungun, Terengganu. Tempatnya agak selesa kerana ruang parking kereta yang agak lapang dan ruang kedai yang agak besar dan bersih.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

Menu sarapan adalah menu tradisi masyarakat Terengganu seperti nasi dagang, pulut kuning,nasi lemak dan nasi kerabu. Roti canai pon ada jual di sini di samping kueh mueh seperti karipap, kueh  ketayap, Che Mek dan sebagainya. Saya sendiri gemar makan nasi dagang dan nasi kerabu di sini.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

Restoran Nasi Lomak NS, Taman Murni Perdana, Paka
Ini satu lagi tempat sarapan pagi di Paka yang anda tak sepatutnya tercicir daripada itinerary percutian anda. Sekali cuba pasti anda akan terasa nak lagi. Hehe…Lokasinya dia bahu jalan menghala ke kawasan perumahan  Taman Murni Perdana atau lebih dikenali dengan Taman UDA.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Paka Indah Blogspot

Baik, apa yang menariknya di sini? Seperti mana nama restorannya, semestinya nasi lemak la makanan istimewa di sini. Memang sedap sehingga menjilat jari..Berjuadahkan aneka pilihan lauk seperti kerang, paru, sotong, ayam rendang, ayam goreng dan sebagainya semestinya akan memikat hati anda.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Foursquare


Warung Haji Zaid, Kerteh
Terletak di bahu jalan besar Paka-Kerteh, warung haji zaid meyajikan nasi lemak yang marvellous dengan aneka pilihan lauk seperti kerang, daging, ayam goreng dan sebagainya. Saya memang suka sangat makan nasi lemak ayam goreng + kerang di sini. Ayam goreng dia memang sedap dan rangup. Meleleh air liur saya sambil menaip tentang warung ini.huhu
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Selera,com

Di samping nasi lemak, ada jugak makanan tradisi lain seperti nasi dagang, pulut kuning, laksam dan sebagainya. Sememangnya tempat yang wajib singgah..

Café Kak Yah, Kerteh
Café Kak Yah antara tempat yang lazimnya saya singgah untuk sarapan sebelum sampai pejabat saya ketika saya bekerja di Kerteh. Café yang bersih yang menghidangkan nasi lemak, roti canai, lontong dan makanan2 tradisi lain.  Anda juga boleh dapati produk-produk keluaran Muslim sebagai alternatif kepada produk yang lazimnya di jual di pasaran. Contohnya, minuman Iman Koko yang menggantikan Milo yang pada hemat saya, boleh menandingi keenakan Milo itu sendiri. Banyak lagi produk-produk Muslim yang anda boleh dapat di sini.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook
Baik apa yang istimewa di sini? Bagi saya, nasi lemak di sini memang istimewa kerana ianya mempunyai keunikan tersendiri. Kenapa unik? Sepanjang pengalaman saya makan nasi lemak, hanya di sini nasi lemak di hidangkan dengan kangkung di samping timun seperti kebiasaannya. Sejujurnya memang sangat sedap terutamanya bila dihidangkan dengan rending ayam. Fuhhh.

Hentian Mesra Corner
Lokasinya berhampiran dengan Mesra Mall dan saya percaya namanya pun ada kaitan degan Mesra Mall. Hehe..Ruang warung yang agak lapang dengan kapasiti yang boleh menerima pelanggan yang agak ramai dalam sesuatu masa. Tiada masalah parking kereta sebab ianya terletak di bahu jalan Kerteh Kemaman.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej : Facebook

Hidangan yang agak berbeza di sini kerana ada pilihan nasi goreng yang mana agak jarang anda boleh jumpa di kawasan sekitar. Selalunya hidangan biasa adalah nasi lemak, nasi dagang, pulut kuning dan sebagainya. Namun, bukan nasi goreng yang special di sini.
sarapan sedap di paka dan kerteh
Imej: Foursquare
Yang special di sini bagi saya adalah nasi kerabu. Di sebabkan saya anak jati Kelantan,  nasi kerabu di sini memang menepati piawaian nasi kerabu asli Kelantan. Perisanya cukup dengan perasa budu, sambal tumis nasi kerabu, ulam yang cukup, bawang putih jeruk, “solok lada” dan sebagainya. Dengan pilihan lauk yang memang sesuai dengan nasi kerabu seperti ikan goreng tepung, telur masin, daging goreng/bakar dan ayam goreng. Selalunya saya akan pilih ayam goreng dan telur masin untuk melengkapkan nasi kerabu saya. Ayam gorengnya memang tak di nafikan sedap dan rangup. Marvellous!!

Sekian dulu perkongsian saya dengan harapan anda dan keluarga mencuba sarapan di kedai-kedai ini. Sudah hampir 2 tahun saya meninggalkan Paka, Kerteh dan semestinya rindu nk makan sarapan yang best di sini. Selamat mencuba..


16

Wednesday, November 23, 2016

Saya tak pasti samada anda semua satu golongan dengan saya atau tidak. Golongan yang tidak mengerti pada mulanya mengenai Unit Trust. Akan tetapi, setelah saya baca dan jumpa orang-orang yang mahir dalam kewangan, maka saya simpulkan 3 perkara ini yang menyebabkan saya melabur dalam unit trust.
Pelaburan unit trust
Imej : Healty Homeboy

Collective Investment
Pelaburan berbentuk collective investment daripada ramai pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama.  Dengan ini, ia memberi peluang kepada Fund Manager untuk melabur dalam pilihan-pilihan pelaburan yang lebih meluas. Umpamanya jika anda ada RM1 dengan RM1000, mana lebih besar peluang pelaburan anda?

Pelaburan unit trust
Imej : WEKA

Dengan ini, ia memberi kelebihan kepada mana-mana individu yang ingin melabur tetapi mempunyai latar belakang kewangan yang berbeza.

Professional Management
Pengalaman saya sendiri, kononnya dengan sedikit info yang saya ada dengan egonya menolak pelaburan unit trust. Kononnya rugi, saham lagi untung, berniaga lagi untung dan macam-macam lagi. Walhal, saya tidak ada kepakaran pun menguruskan pelaburan saya.

Pelaburan unit trust
Imej : KNET Inc

Apa yang nk saya tekankan di sini, pelaburan unit trust di uruskan oleh pengurusan yang professional yang mematuhi guideline yang telah di tetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Dana-dana pelaburan pula di uruskan oleh Fund Manager yang sangat berpengalaman dalam pelaburan. Namun, sekiranya anda berpengalaman dan mempunyai kepakaran anda boleh abaikan apa yang saya kongsikan ini.

Investment Diversified
Kata kunci untuk Investment Diversified andalah balance@Imbangan. Fund Manager mengimbangkan pelaburan anda melalui pelaburan di dalam pelbagai sektor supaya risiko-risiko pelaburan dapat diimbangkan dan dikurangkan.

Sekiranya salah satu sektor yang anda laburkan mengalami kerugian, sektor lain yang mempunyai pulangan bagus akan mengimbangi pelaburan anda dan mengelakkan anda rugi secara total.
Pelaburan unit trust
Imej: Stone Hedge Financial 

Setakat ini sahaja dahulu saya kongsikan pengalaman saya sendiri dan nasihat saya, mana-mana pelaburan MESTI ada risikonya sendiri. Cuma anda perlu maklum dan belajar bagaimana hendak menguruskan risiko-risiko yang ada. Tindakan tidak melabur dalam mana-mana instrumen pelaburan tidak kira samada unit trust, pasaran saham, property dan sebagainya adalah tidak tepat kerana anda melepaskan peluang yang ada di depan mata.

Sekian.
0

Tuesday, November 22, 2016

Awal pagi ni tiba-tiba terkenang semasa di sekolah rendah. Dari darjah satu sampai lima saya sekolah di pekan Pasir Mas. Jaraknya lebih kurang 8km dari rumah.

kenangan masa dulu
Imej : Wikipedia
Pergi sekolah naik van seorang pak cik di kampung.  Nama panggilan adalah Pok Loh.  Seawal selepas subuh sudah bersiap dan tunggu untuk naik van ke sekolah..

Rutinnya,  pagi mandi air panas jugak.  Bukan pakai electric water heater,  tetapi air rebusan dapur arang kayu.  Zaman sekarang amat tipis peluang nak jumpa dapur arang kayu.  Alhamdulillah saya sempat merasainya..

Ayah saudara saya yang terkenal dengan nama Pok Teh Kob buka warung kopi.  Seawal selepas subuh warungnya sudah di buka.  Jadi,  dalam perjalanan nk ke tempat menunggu van sempat singgah warung.  Dapat jamah nasi pulut ikan kering pun jadilah.  Selalunya air teh susu free dari ayah sedara saya, bukan dalam cawan tapi dalam tin susu.. Habiskan lebihan susu.. Hehe
kenangan masa dulu
Imej : kenangansilam-ita.blogspot.my


kenangan masa dulu
Imej : fadzilahharon.blogspot.my

Seronoknya bila terkenangkan zaman kanak2.

Nostalgia awal pagi.  Alhamdulillah syukur 
4

Monday, November 21, 2016

Pengurusan diri adalah perkara asas dalam kehidupan manusia. Apa yang saya ingin kongsikan adalah persoalan daripada saya juga sebenarnya sebelum saya menjejakkan kaki ke pelantar minyak. Setelah saya berpeluang ke pelantar minyak, barulah saya tahu bagaimana sebenarnya pekerja-pekerja pelantar minyak menguruskan diri mereka.

Persoalan #1 Mandi Guna Air Laut ke?

Ini antara persoalan pertama yang keluar dari benak fikiran saya. Seperti yang kita sedia maklum air laut adalah air garam dan kalau anda pernah mandi pantai, begitulah rasanya kita mandi air laut. Melekit, rasa tidak selesa, masin dan sebagainya.

Baik, sebenarnya memang mereka mandi air laut tetapi air laut yang telah di proses. Proses penapisan dan proses penyulingan yang menjadikan air itu selamat untuk mandi dan membasuh baju di laundry.

Di pelantar minyak juga mempunyai centralized water heater di mana anda boleh memilih air panas/sejuk  di pili bilik air mandi. Sistem yang sama kita jumpa di mana-mana hotel. Jadi, anda jangan bimbang apabila anda ke pelantar minyak kerana anda mandi menggunakan air yang bersih dan selesa seperti anda berada di hotel 5 bintang. Hehe..

Gambar contoh di bawah adalah salah satu jenis Water Maker @ Mesin Pemprosesan Air yang ada di pelantar minyak.
pekerja offshore mandi air laut
Imej dari CTREAT


Persoalan #2 Sisa-sisa Kumbahan bagaimana?

Ini pun saya kadang-kadang berfikiran agak nakal. Membayangkan sisa-sisa kumbahan terus di buang ke laut begitu sahaja. Maka tidak hairanlah banyak ikan datang berkumpul di kaki jacket pelantar minyak. Hahaha

Baik, sebenarnya di pelantar minyak ada system rawatan sisa-sisa kumbahannya sendiri. Bagaimana anda selalu lihat di kawasan perumahan/kondo/apartment , begitu jugalah keadaannya di pelantar minyak. Yang membezakannya adalah sistem rawatan sisa -sisa kumbahan di pelantar minyak amatlah kompak kerana ruang yang ada amatlah terhad. Maka, design sistem rawatan sisa -sisa kumbahan mestilah kompak dan memenuhi ketetapan-ketetatapan yang telah di tentukan.

pekerja offshore mandi air laut
Imej pusat rawatan sisa kumbahan di darat. 

Sisa-sisa kumbahan yang telah di rawat mengikut piawaian antrabangsa,jabatan alam sekitar dan pihak berkuasa akan di lupuskan terus ke dasar laut. Jangan risau kerana ianya adalah sisa yang selamat dan tidak akan mengganggu kehidupan di laut.
pekerja offshore mandi air laut
Imej sistem rawatan sisa-sisa kumbahan di pelantar minyak. Sumber : Denora
Setakat itu dahulu perkongsian dari saya. InsyaALLAH saya akan sambung lagi  perkongsian-perkongsian menarik mengenai kehidupan di pelantar minyak dalam entri akan datang.


Semoga bermanfaat.
2

Ketaktentuan telah lama menjadi ciri khusus pasaran kewangan. Walau bagaimanapun, pelabur unit amanah yang terus memfokus kepada objektif pelaburan mereka dan sentiasa mengawal emosi mereka selalu muncul sebagai pemenang ketika pasaran bergolak.


Turun naik merupakan ciri yang tidak dapat dielakkan dalam pasaran saham. Perubahan dalam sentimen pasaran, arah aliran ekonomi dan keadaan kecairan merupakan faktor-faktor yang menyebabkan pasaran saham tak menentu.
Pelaburan unit trust
Imej dari business.inquirer.net

Oleh itu, tindak balas emosi kepada jualan pasaran boleh menyebabkan pelabur membuat keputusan yang mengikut gerak hati. Tidak kira apa pun masalah yang mungkin timbul, terdapat beberapa strategi pelaburan yang mantap yang terbukti dapat menolong pelabur mengharungi saat yang tidak menentu ini.
Berikut ialah beberapa panduan tentang bagaimana pelabur dapat mengharungi turun naik pasaran yang bergolak:

#1 Jangan panik semasa pasaran turun

Disebabkan perubahan dalam sentimen pasaran, turun naik pasaran pasti berlaku. Apabila pasaran turun, pelabur selalunya menjadi terlalu cemas dan mudah membuat keputusan yang tidak bijak.
Ini boleh memudaratkan kesejahteraan kewangan pelabur kerana pelan pelaburan awal diubah ataupun diabaikan dengan sewenang-wenangnya. Pastikan anda berfikir dengan jelas dan rasional apabila menilai kesan pasaran terhadap prestasi dana anda.
Kitaran menurun pasaran menawarkan peluang pelaburan yang berpotensi kepada pelabur jangka panjang untuk mengumpulkan saham yang telah turun di bawah nilai asasnya.
Bagi memperoleh manfaat daripada dana ekuiti, pelabur diingatkan bahawa pulangan dana ini datangnya daripada disiplin kekal melabur dalam jangka sederhana hingga panjang.
Disiplin ini membolehkan pelabur memanfaatkan potensi pertumbuhan jangka panjang syarikat-syarikat di mana dana ini melabur. Dengan kata lain, pelabur perlu terus bersabar bagi membolehkan pelaburan mereka berkembang lamakelamaan.

#2 Pertimbangkan tempoh masa pelaburan anda

Jika masa menyebelahi anda, tiada yang perlu dibimbangkan tentang turun naik pasaran jangka pendek kerana ia lama-kelamaan nanti akan menjadi stabil juga. Tempoh masa yang lebih panjang akan membolehkan anda melabur dalam pelaburan yang lebih tak menentu sementara mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas kesan pengkompaunan pelaburan anda.
Begitu juga, lebih pendek tempoh pelaburan, maka lebih konservatiflah strategi pelaburan yang sepatutnya anda gunakan dengan lebih wajaran diberikan kepada dana pendapatan tetap.

#3 Mengurangkan risiko dengan mempelbagaikan pelaburan

Memandangkan bagaimana kitaran perniagaan boleh memberi kesan buruk kepada sektor atau ekonomi tertentu, maka lebih selamat sekiranya anda tidak melaburkan semua wang anda dalam satu jenis pelaburan sahaja.
Walaupun melabur dalam dana tema sektor atau dana satu negara yang kurang pelbagai boleh menghasilkan pulangan yang menarik apabila ia meraih prestasi yang baik, namun pulangan anda boleh terjejas apabila sektor atau pasaran ini merudum. Oleh itu, pelabur haruslah memilih dana dengan kelas aset yang berbeza yang tidak bergerak bersama supaya perubahan pasaran dalam satu bahagian portfolio mereka diimbangi oleh bahagian yang lain.
Kegagalan untuk mempelbagai boleh menyebabkan pelabur terdedah kepada turun naik dalam sesuatu sektor atau pasaran tertentu. Selain itu, pelabur hendaklah ingat bahawa memiliki banyak dana yang memfokuskan pelaburannya dalam suatu sektor atau pasaran tertentu tidak semestinya sama dengan melabur dalam portfolio sektor dan pasaran yang terpelbagai.

#4 Masa dalam pasaran adalah lebih baik daripada meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran

Meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah jauh kurang penting dan jauh lebih berisiko daripada ‘masa’ dalam pasaran. Apabila pasaran mengalami pengukuhan, sesetengah pelabur menjadi panik dan menebus pelaburan mereka mengikut gerak hati.
Setelah keluar dari pasaran, mereka cuba untuk masuk semula ketika pasaran “berada pada paras terendah”. Akan tetapi apabila pasaran melantun, ia mungkin terlalu pantas untuk mereka memasuki semula pasaran. Pelabur yang memilih untuk menjauhi pasaran semasa pasaran mengalami pengukuhan tidak akan mendapat keuntungan daripada pemanfaatan harga pasaran yang rendah.
Sementara itu, pelabur yang mengamalkan strategi Pemurataan Kos Ringgit (RCA) melabur dengan berterusan dalam tempoh tersebut dan memperoleh manfaat daripada pasaran yang rendah. Oleh itu, RCA merupakan pendekatan berdisiplin kepada pelaburan yang membolehkan pelabur mengharungi turun naik pasaran.
dollar cost averaging
Imej dari 

Pendekatan RCA mengetepikan tekaan dan emosi daripada pelaburan. Kaedah ini membolehkan anda memuratakan kos pelaburan anda dari masa ke semasa kerana anda akan membeli sedikit unit apabila harga naik dan lebih banyak unit apabila harganya turun dengan melaburkan amaun Ringgit yang tetap ke dalam pelaburan unit amanah secara tetap.
Amalan yang bertahan lama ini membolehkan anda mengharungi turun naik pasaran dalam mendapatkan pertumbuhan modal dalam jangka panjang kerana lama-kelamaan ia mengurangkan ketaktentuan pasaran. Langkah mudah ini dalam perancangan yang teliti dan menggunakan pendekatan berdisiplin boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak untuk kesejahteraan kewangan anda dan prestasi pelaburan anda dalam jangka panjang.
Sumber : Elias Abllh
0

Kecoh satu Malaysia seusai keputusan UPSR di keluarkan.  Statistik yang amat mengejutkan apabila hanya 1.11% sahaja yang mendapat A sepenuhnya di seluruh negara.   Natijahnya,  ramai netizen terutama para ibu bapa mengecam kementerian pendidikan dan menuntut penyelesaian yang drastik.  Bayangkan,  kelayakan utama kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2017 telah di kemaskini dengan syarat minimum adalah 3A dan 3B di samping penilaian-penilaian lain yang ditetapkan. Mengapa semua ini boleh terjadi?
UPSR bukan penentu kejayaan
Imej dari developer.ibm.com

Kisah saya pula,  dulu saya pun gagal mendapat 4A dalam UPSR.  Saya jugak tidak bersekolah di SBP dan hanya sekolah biasa sahaja.  Sekolah ugama yang di kelolai oleh Yayasan Islam Kelantan yang mana kalau anda bertanya kepada budak2 SBP,  tidak pernah terlintas di fikiran mereka pasal sekolah saya.  Hahaha

Tapi alhamdulillah,  Allah telah tetapkan rezeki masing2 dan kita patut bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dengan syarat kita telah berusaha sedaya upaya kita. 
Baik,  apa respon yang sepatutnya kita buat terhadap keputusan UPSR tahun ini? Saya percaya,  rata2 kita yang sudah berpengalaman bekerja di mana2 bidang sekali pun pernah melihat kejayaan seseorang yang mana UPSR, PMR,  SPM mahupun segulung ijazah bukan penentu sebenar kejayaan mereka.

Saya sendiri melihat ramai orang yang berjaya yang hanya berbekalkan kemahirannya sahaja.  Ya!!  Kemahiran amatlah penting dalam mana-mana bidang pon.  Jika saya kongsikan kemahiran-kemahiran tertentu dalam bidang Oil &  Gas yang mendapat imbuhan yang sangat tinggi,  saya yakin anda  mesti berfikir,  kenapala aku susah2 amik degree sebelum ni.  Baik aku jadi macam mereka. Haha

Selain drpd Oil and gas industry, untuk pengetahuan anda,  di negara US,  UK, German sbg contoh,  upah@gaji tukang kayu, wireman,  plumber amatlah mahal. Anda boleh buat carian di google sendiri dan anda pasti terkejut dengan apa yang anda jumpa.  Sebab itulah di negara2 ini,  barang2 DIY sangatla laku keras kerana upah tukang2 memang sgtla mahal.

Nasihat buat saya dan anda semua terutama ibu bapa

1.  Jangan bataskan kemahiran anak-anak anda selagimana ianya tidak melanggar syariat. Biar mereka terokai bakat mereka kepada yang terbaik.
2. Jangan jadikan keputusan peperiksaan sebagai tanda aras kejayaan hidup.  Didik mereka erti kejayaan sebenar
3. Jika mereka gagal sekalipun dalam peperiksaan,  carilah pendidikan kemahiran terbaik yang mereka boleh buat.
4. Jadilah sumber motivasi yang terbaik untuk anak2  anda.
5. Didiklah mereka erti mencari rezeki yang halal berbanding mimpi-mimpi indah kerja2 yang boleh di capai dengan keputusan peperiksaan yang baik.

Akhir sekali,  perlu di ingat,  setinggi mana pun keputusan peperiksaan anak anda,  sebaik mana pun ijazah anak anda,  tetapi jika peluang pekerjaan tidak ada apalah gunanya kan??  Jadi,  ingatlah pesanan saya buat diri saya dan anda semua tadi.

Sekian. Sila kongsikan jika bermaanfat
1

Thursday, November 17, 2016


Politik ni antara subjek yang di sukai oleh orang Malaysia mahupun orang luar negara..
Kenapa?  Sebab melibatkan masa depan kita,  anak-anak,  dan generasi akan datang..
Betapa seriusnya politik,  kuasa dunia terbesar US ambil masa dekat setahun untuk pemilihan presiden baru.Macam2 drama, dan dramanya memberi kesan kepada dunia bukan US sahaja!!!

Baik bagaimana dengan Malaysia?  Cuba kita buat realiti check kalo BN kalah esok....
1. Harga minyak dan barang akan turun secara drastik ke?  Turun giler2 ke harga?
2. Harga kereta turun mendadak ke?
3. Yuran perubatan dan pendidikan free ke?
4. Semua cukai dimansuhkan ke?
5. Semua pekerja asing akan di hantar balik ke?
6. Peluang pekerjaan meningkat ke?
7. Semua yang tak kerja dapat BRIM ke?
8.  Skandal 1MDB  selesai ke?
9. Ringgit makin kukuh ke?
10. Hutang negara makin berkurangan ke?
11. Reserve negara akan meningkat ke?
12.Sistem pendidikan kita akan jadi macam Finland ke?

Apa lagi yang kita hendak semua kita boleh senaraikan tetapi ianya belum tentu meet our expectation.  Kenapa? Yang ni banyak faktor nya,  rasanya makan 100tahun nk educate. 

Baik seterusnya....

Kita kata kita nk jadi macam negara Jepun,  tapi diri sendiri tidak berubah seperti rakyat Jepun

Kita kata kita nak pergi pindah Kanada la.  Sana aman,  tenteram.  Tapi masalahnya kita sama ke dengan rakyat mereka?

Kita kata nk jadi macam Aussie,  New Zealand sb bersih.  Masalahnya kita tu pengotor..
Dah tu siapa yang salah sebenarnya?

Bila nk jatuhkan UMNO BN ni?

Pastu kalo mana2 pembangkang menang nanti?  Yang saya sebut kat atas tu, anda sanggup ke terima kenyataan apa yang akan  berlaku nanti?

Saya pon dah lost apa yang saya bebelkan.. Haha

Apa yang nk saya simpulkan,  rakyat kena berubah untuk mengubah Malaysia. Itu je.. Huhu

Pastu kalau nk bangkang pon biar berilmu..

Nak pilih pengganti UMNO BN biar yang betul2. 

Jangan buang singa ambik buaya. Lagi parah..

Satu lagi jangan sembang saja,  daftar mengundi,  keluar mengundi,  kalo tak.  Satu je saya nk cakap..

Puuuuuiiii..



Politik malaysia
Imej dari Al Jazeera
0

Tuesday, November 15, 2016

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan cubaan bunuh diri di jambatan pulau pinang.  Saya rasa ini bukan kes pertama pada tahun ini yang dilaporkan ditempat yang sama.  Malah,  sudah ada kematian dicatatkan untuk kes sebegini. Jika anda buat carian di Google pasal kes sebegini,  anda akan terkejut melihat hasilnya.

Mengikut laporan polis,  kes dua hari lepas berpunca daripada tekanan masalah kewangan. Saya percaya rata-rata rakyat Malaysia memang mempunyai masalah kewangan masing-masing samada kecil atau besar. Di tambah pula tekanan harga barangan naik,  kurang peluang pekerjaaan,  lambakan pekerja asing, kos hidup yang amat tinggi dan sebagainya. 

Nasihat buat diri saya dan anda semua,  uruskan kewangan kita sebaiknya, jangan sampai kita mengambil pendekatan bunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Jangan terperangkap dengan skim cepat kaya,  ceti haram,  berhutang walaupun kita sedar kita tidak mampu.

Sekarang macam-macam tips orang berkongsi bagaimana hendak mendapat kelulusan pinjaman bank. Jangan terkejut jika  anda gembira di saat pinjaman anda diluluskan,  tetapi menangis dan tak dapat tidur malam sepanjang tempoh pinjaman. Nauuzibillah..Maka ukurlah baju di badan sendiri.

Namun,  adakah anda lihat kerajaan Malaysia ambil serius dalam hal ni? Adakah perlu tunggu sehingga jumlah kes semakin meningkat baru bertindak? 

Bagaimana dengan kita? Bertindak sebelum terlambat, biar lambat asal selamat.
Sekian


Imej dari Astro Awani
4

Monday, November 14, 2016

Untung ke ASB financing
Amanah saham bumiputra @ ASB memang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Masih segar dalam ingatan  iklan dalam TV mengenai ASB semasa saya kecil. Sebut je "TING" mesti orang akan terbayang ASB. huhu

Tak di nafikan pulangan pelaburan ASB memang menguntungkan dan dapat membantu rakyat malaysia. Saya masih ingat semasa kecil, Bank Simpanan Nasional dan Pejabat POS adalah di antara tempat yang agak kerap di kunjungi ayah dan ibu. Setelah mendapat sedikit hasil dari tanaman padi, sejumlah duit di laburkan dalam ASB. Semasa kesempitan duit, duit dari pelaburan ini akan di ambil untuk meneruskan hidup. Walaupon jumlahnya tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ada tabung yang membiakkan duit yang di simpan.

Ketika ini saya rasa rata-rata masyarakat kurang arif pasal pelaburan ASB ini samada patuh syariah atau tidak. Termasuklah keluarga saya yang tidak terkecuali..Saya pon sudah lupa bila ayah dan ibu terminate ASB..Baik, itu kisah yang dulu..

Kisah pasal ASB sekarang masih lagi berlegar mengenai hukumnya dalam Islam dan sudah ada fatwa yang mengharuskan dan mengharamkannya. Terpulang kepada kefahaman masing-masing untuk menerima yang mana satu. Dan yang paling hangat pasal ASB sekarang adalah mengenai pinjaman pelaburan ASB @ ASB Financing yang di tawarkan oleh bank-bank tertentu. Adakah ianya menguntungkan atau satu MITOS?

Agak susah untuk saya ceritakan di sini akan tetapi, apa yang saya pegang selama ini adalah ASB financing adalah suatu PINJAMAN. Dan bagi saya membuat pinjaman untuk pelaburan adalah tidak tepat kerana ada risikonya yang tertentu. Konsep asas pelaburan  bagi saya adalah duit lebihan daripada simpanan dan perbelanjaan wajib untuk kehidupan seharian.

Namun, sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Saya sarankan anda baca tulisan sifu saya, Elias Abllh (Certified Islamic Financial Planner) di pautan ini Untung ke ASB Financing?

Semoga bermanfaat. Terima kasih.


2

Sunday, November 13, 2016

kerja offshore
Imej dari gmoffshore.com

Tiba-tiba terdetik di hati saya untuk menyambung kisah kehidupan pekerja-pekerja di pelantar minyak sepertimana perkongsian saya sebelum ini. Kali ini saya ingin kongsikan orang-orang yang paling saya kagumi dan hormati setiap kali saya berada di pelantar minyak iaitu catering crew dan steward.

Baik, kenapa mereka saya kagumi? Kerana merekalah yang mengurus makanan dan pakaian pekerja-pekerja di pelantar minyak  selama 24 jam sehari. Kalau tak silap saya, selalunya catering crew adalah minimum 5 orang yang terdiri daripada Camp Boss ,Chief Chef ,Eastern Chef , Western Chef dan Pastry Chef. Saya mungkin silap sebab sudah lama saya tak pergi ke laut.huhu....

Manakala untuk steward pula, selalunya mereka dalam 4 hingga 6 orang untuk setiap satu crew. Memandangkan pekerja operasi pelantar bekerja secara shift, mereka juga bekerja secara shift dan saya sendiri tidak tahu bagaimana duty roaster mereka. Camp Boss bertindak mengepalai kedua-duanya skali ,catering crew dan steward.

Catering crew ini bertanggungawab untuk menyediakan hidangan wajib 6 kali sehari tidak termasuk dengan hidangan untuk pekerja-pekerja yang bekerja shift malam. Bayangkan kesibukan mereka untuk menyiapkan hidangan kepada pekerja-pekerja yang kadang-kadang mencecah 100 orang pada sesuatu masa. Akan tetapi, ia bergantung kepada kapasiti maksimum sesuatu pelantar. Ada yang boleh menampung maksimum 120 orang pekerja dan sebagainya.

Steward juga tidak kurang sibuknya kerana merekalah yang mengemas bilik, membasuh baju-baju pekerja dan mengemas living quarters secara amnya untuk memastikan pekerja-pekerja boleh hidup dengan selesa. Cuba anda bayangkan dengan kekuatan tenaga 4 hingga 6 orang bekerja secara shif sehari untuk melangsaikan semua kerja-kerja yang saya sebutkan tadi dengan bilangan pekerja pelantar seramai 100 orang? Penat kan? Belum di kira mereka kadang-kadang membantu catering crew di dapur yang tidak menang tangan untuk menyediakan hidangan.

Aduhai penatnya..

Saya percaya rata-rata pekerja pelantar minyak mesti terasa senang hati apabila ada orang menguruskan pakaian dan bilik mereka. Mana tidaknya? Sebelah malam letak dalam bakul, subuh keesokkanya baju anda sudah bersih dan berbau harum. Siang hari anda keluar bekerja, balik je petang bilik sudah pon siap dikemas dan dirapikan.

Begitulah kitaran kerja seharian mereka dan ianya berterusan untuk selama sebulan. Ya, sebulan!! Mereka bekerja selama sebulan sebelum bertukar dengan crew seterusnya. Namun jumlah sebenar hari bekerja adalah bergantung kepada polisi syarikat mereka bekerja. Saya pukul rata selama sebulan kerana setahu saya paling kurang pon 21 hari mereka perlu bekerja.

Hakikatnya, pendapatan mereka mungkin tidaklah setinggi pekerja-pekerja pelantar minyak yang lain tetapi kewujudan mereka amatlah penting untuk kelangsungan hidup pekerja-pekerja pelantar minyak. Skim gaji mereka juga bergantung kepada majikan mereka masing-masing contohnya gaji di bayar bila on duty, semasa off-duty mereka tiada gaji dan sebagainya.

Saya tidak nafikan, luahan kecewa dan marah segelintir pekerja-pekerja pelantar minyak terhadap mereka kerana kecuaian dan kelalaian mereka menjalankan tugas dengan baik. Pada hemat saya,kadang-kadang ia berpunca daripada pihak majikan mereka sendiri kerana gagal menguruskan mereka dengan baik. Apa pun tohmahan terhadap mereka, ianya tidak sedikit pon mencalar kesucian sumbangan mereka terhadap pelantar minyak.


Sekian. Sila kongsikan kepada rakan-rakan jika bermanfaat. Terima kasih.
0

Saturday, November 12, 2016

kelebihan dan keburukan kad kredit

Alhamdulillah hari ini saya capai objektif kewangan saya yang seterusnya iaitu menghapuskan servis kad kredit. Sudah ramai orang yang berbuat sedemikian dan saya berharap saya tidaklah terlalu ketinggalan zaman. Tujuannya sama sahaja, untuk membetulkan balik perancangan kewangan masing-masing.

Ramai kawan-kawan saya bertanya kenapa nak hentikan pengunaan kad kredit? Banyak kelebihan apa? Saya tak nafikan ada kelebihan-kelebihan tertentu daripadanya dan saya juga sudah menikmati kelebihan itu. Pada hemat saya, kad kredit ini hanyalah sesuai kepada orang yang SANGAT berdisplin dalam penggunaannya dan saya bukanlah golongan itu.

Antara kelebihan-kelebihan besar adalah :
1. Kegunaan kecemasan
2. Memudahkan penggunaan di luar negara untuk urusan jual beli yang melibatkan cash yang besar
3. Urusan jual beli online
4. Dapat rebate tunai

Banyak lagi kelebihan yang boleh di senaraikan bagi yang bijak menggunakan kredit kad. Bagi orang yang macam saya, eloklah kiranya hentikan penggunaan kredit kad dan seeloknya mulakan menyimpan duit, rancang perbelanjaan betul-betul. Rule of thumb, mana ada orang berniaga tak nak untung. Samalah dengan kredit kad, bank akan dapat untung jugak dan ianya daripada anda. Percayalah..

Selepas menamatkan perkhidmatan kredit kad, alhamdulillah saya dapat voucher pembelian di AEON dan AEON BIG sebanyak RM140 selepas lebih kurang 50000 point di kumpulkan. Tak taula berapa lama kita guna kredit kad baru dapat voucher sebanyak ini. Agak-agaknya kalau kita kumpul duit RM5 sehari, rasanya sebulan kita dah dapat RM150. Nampak tak?

Boleh refer contoh katalog redeem point dari maybank di pautan

https://www.maybank2u.com.my/WebBank/TPoints-Redemption.pdf

Sekian perkongsian perjalanan hidup saya setakat ini. More to come insyaALLAH..hehe
2

Suatu ketika dahulu,  saya agak kurang ambil berat mengenai takaful dan pelaburan.  Orang putih kata take for granted.  Dan saya percaya ramai lagi orang yang lebih kurang sama dengan saya.
Kenapa saya kata sedemikian,  sebab saya masih jumpa kebanyakan orang yang kurang arif mengenai takaful dan pelaburan.  Masih konfius antara protection vs investment.

Di pendekkan cerita,  dalam kewangan islam protection selalunya boleh di ambil melalui takaful servis.  Saya percaya anda mesti sedia maklum syarikat-syarikat takaful servis seperti Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Prudential BSN , AIA dan sebagainya. Manakala investment pulak,  adalah pelaburan syariah melalui pelbagai instrumen samada,  unit amanah,  saham,  Tabung Haji,  hartanah dan sebagainya.

Jadi pada pandangan saya,  jika sekiranya anda mengambil takaful,  jangan di campur adukkan tujuan protection &  investment.  Selalunya,  bila di campur adukkan keduanya anda akan membayar premium yang sedikit tinggi utk takaful anda.  Cuba anda teliti dan buat kira-kira sendiri dan insyaAllah anda akan faham. Kenapa tidak wajar di campur? Semestinya di sebabkan objektifnya berbeza dan ada opportunity loss di situ.

Saya sarankan,  ambil takaful utk protection sahaja dan duit lebihan daripada yg diperuntukkan utk protection&investment tadi boleh di laburkan dalam instrumen-instrumen pelaburan lain.  Jika anda mahir dengan saham,  anda boleh guna untuk saham,  anda boleh menyimpan tabung haji, anda boleh melabur dalam unit amanah seperti Public Mutual, CIMB CWA, Kenanga dan sebagainya. Pilihan di tangan anda.

Sekian. Sila kongsikan kepada rakan-rakan dan semoga bermanfaat.
Imej daripada Investing for Beginners. EU
0

Sunday, November 06, 2016

no casis kereta

Umumnya di ketahui bahawa no chassis adalah identiti yang sangat penting untuk setiap kenderaan. Secara ringkasnya ia adalah no IC/surat beranak sesebuah kenderaan. Dalam industry automotif ia di kenali sebagai Vehicle Identification Number (VIN) iaitu nombor yang unik yang di gunakan untuk mengenalpasti identiti sesebuah kenderaan.

Sebagaimana maklumat yang kita sedia maklum dalam  IC kita cthnya tempat lahir, tarikh lahir dan nombor identiti begitu jugalah secara ringkas maklumat yang anda boleh dapati daripada no chassis. Baik, jom kita lihat bagaimana kita nak tahu Negara asal (pengilang) , tahun di buat dan sebagainya.

Negara Asal Pengilang
Dua digit dihadapan menunjukan tempat kereta anda di hasilkan. Digit-digit ini telah di tetapkan  di seluruh dunia sebagai identiti Negara masing-masing sebagai pengeluar kenderaan.  Anda boleh rujuk selanjutnya di sini https://en.wikipedia.org/wiki/Vehicle_identification_number. Sebagai contoh , jika pengeluarnya adalah Negara Malaysia, no chassis adalah di antara huruf PL – PR.

Namun ada juga, yang mempunyai kod yang berbeza cthnya kereta Toyota Estima di mana no chassis di mulakan dengan ACR********.

Tahun Di buat
Mengikut standard yang telah di tetapkan, digit yang ke – 10 menunjukkan tahun ianya di buat. 


Baik, sekarang saya bagi contoh untuk kereta Vios (A) dan Honda i-Dsi(A)

Honday City i-dsi
PMHGD86708D105199 – Di buat di Malaysia, tahun 2008

VIOS
PN153HY9307098221 – Di buat di Malaysia, tahun 2010

Seterusnya untuk pengguna-pengguna kereta recond Jepun, contohnya kereta Estima. Anda boleh memeriksa no chassis kereta anda di http://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.php.
Sebagai contoh no chassis estima : ACR50-0092174. Apa yang akan dapat lihat antaranya

Tahun di buat
bulan di buat
Kod Model
Nama Model
Warna



Kenapa penting anda perlu mengetahui tentang no chassis anda? Ini perlu untuk anda tidak di perdaya oleh mana-mana jurujual kereta mengenai maklumat kereta sepertimana yang di catatkan dalam geran kereta.

Sekurang-kurangnya peluang untuk anda terpedaya geran palsu, kereta potong, kereta yang telah di ubah nombor chassis nya, penipuan tahun di buat dan sebagainya adalah tipis jika anda mengambil cakna tentang no chassis anda.

Sila kongsi jika bermanfaat. Terma kasih

0

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email