Wednesday, June 29, 2016


Tayar kuda saya sudah xde "bunga", Sebagai persiapan balik raya, saya mesti tukar ke empat2 tayar sebelum balik travel jauh nun ke pasir mas kelantan. Agak jauh perjalannya dari Taman Melati ke Pasir Mas..dulu masa duk kat terengganu dekat ckit..huhu

Saya adela survey2 harga tayar kereta saya dekat mytayar.com dan paling murah boleh dapat RM380 tapi bengkelnya agak jauh dari Wangsa Maju. Tiba2 saya teringat ade satu kedai tayar kat Dataran Wangsa dekat dengan skolah anak saya. Lim Tayar nama kedai tu..

Kedai baru, visitor lounge agak selesa, ade TV, kids playarea and ade wifi. Harga siap installation (wheel balancing + alignment) utk 4 biji tayar adalah RM1590. harga tayar sahaja RM386/pcs...mula2 saya rasa agak mahal tapi bila di kira2 balik saya dapat harga murah sedikit sebab dapat gift, voucher Ikea RM50 dan diskaun utk balancing. End up saya bayar cash RM1450 dan dapat free gift baju & voucher RM50 ikea..

Hari ni saya baru baca review pasal Lim Tayar kat TTDI. bad rating..hmm harap2 saya x kena tipula..bila cek tayar pon tayar masih baru sb tayar tahun 2016..

Sekian
0

Tuesday, June 14, 2016

Semalam rasa tertarik utk baca pasal walmart. Antara beberapa fakta yg menarik adalah :

1. The biggest company in the world by revenue (Jan 2016)
2. The biggest employer in the world, 2.2mil staff
3. Public listed, Walton Family (Founder) own 52%
4. 1st store opened on july1962, within 5yrs expanded to 24stores (sales USD 12mils)
5. Start trading stock, open to public on 1970, growth as regional power
6. During global recession, net sales USD401.2bil (Jan 2009)..
7. Started store outside US on 1991 which is in Mexico

Ini yg indah-indah sahaja, yang tidak indah pun ade antaranya, corruption, failed in German markets and withdraw investment di sana, staff mogok mintak high wages and etc..

Pada pandangan saya. Mydin ada potensi besar untuk mengikut jejak langkah Walmart jika mempunyai teknik yang betul.

0

Sunday, June 05, 2016

Pengalaman kecik dalam bidang engineering ini mengajar saya pasal maintenance plan setiap equipment berbeza walaupon jenis equipment yang sama. Ia berdasarkan faktor2 luaran@lain yang menyumbang kepada keunikan setiap equipment.
Maka anda jangan terkejut sekiranya dua jenis equipment yg sama mempunyai kekerapan maintenance yg berbeza. Apabila kita maklum segala kemungkinan faktor yg menyumbang kepada gangguan operasi, maka engineer@technician blh mencegah@mengurangkan gangguan operasi sesuatu equipment.
Menariknya, manusia pon sama jugak keadaannya. Teknologi terkini blh mengkaji setiap individu dan blh di rancang tahap kesihatan seseorang. Boleh juga mencegah dari awal penyakit2 yg bakal di hidapi oleh setiap individu. Kalo x silap saya, dalam bidang perubatan di panggil genome sequencing.
Maka dengan teknologi ini, cth mudah dua orang yg sama demam tapi bukan kedua2nya perlu makan panadol. Mungkin sorang blh pulih @ lg sorang alergik dgn panadol. Dgn genome sequencing , indivdual medicine blh dihasilkan utk mencegah penyakit seseorang. Ianya sama dengan cerita saya psl equipment di perenggan atas tadi.
Nk tahu selanjutnya, blh refer kat HUKM..
P/s : kawan2 yg lbh arif, kalo salah tlg perbetulkan. Saya nukilkan apa yg saya faham. Teruja bila dengar sharing genome sequencing sb sama dgn bidang engineering. Hehe
0

Thursday, June 02, 2016

Dalam x sedar bnyk kita blh belajar drpd org dulu2 especially tok nenek kita yg hidup di kampung. Special betul mereka ni.  Bagi saya mereka ade dua sifat yg generasi sekarang mungkin tidak mampu utk istiqamah (bukan semua).
1. Disiplin
2. Free debt
Mereka sgt disiplin dalam pengurusan kewangan mereka utk kelangsungan hidup sekeluarga. Hidup kais pagi makan pagi utk membesarkan anak2 supaya jadi insan berguna di masa hadapan.  Rumah rosak baiki dgn cash, beli moto dgn cash, pelaburan pon dengan cash. Semuanya cash..kita sekarang sumenya hutang, termasukla saya sendiri. Bila dah tua bangka ni baru la nk menyesal.  Bukan hujung bulan, awal bulan dah start cari balik duit syiling. Haha
0

Kenapa air mineral Spritzer lagi mahal dprd brand lain cthny Bleu, Mesra and etc? Walhal, sumber airnya dari tempat yang sama, kandungan mineral pon sama & kilang pembotolan pon yg sama.
Kukuh Brand Spritzer ni sampai org blh jual mahal ckit drpd brand2 lain. Patutla sume bisnes gigih membangunkan Brand bisnes masing2 utk memastikan mereka blh sustain dalam bidang masing2.
Sapa2 berminat nk ada brand air mineral sendiri blh download senarai pengilang berdaftar di sini.
http://fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/Aktiviti/Industri%20Domestik/AMBAMS/31082015_AMS_opt.pdf
Sekian.
0

Wednesday, June 01, 2016

Saya tertanya2 ke mana sampah2 construction (batu bata, besi, kayu, tile & etc) di bawa drpd mana2 site construction samada rumah @ bangunan2 besar kat malaysia ni.
Menurut satu sumber, di US costruction waste adalah 1/3 drpd total refuse dalam negara mereka. Apa yg menarik perhatian saya, bila saya tgk satu video mereka recycle construction waste tu. Facility kilang recycle tu mmg menarik, boleh asingkan batu bata, tile, besi dan kayu.
Kalo sapa2 tahu ade facilities yg sama kat malaysia, blh kongsikan dgn saya. Rasa teruja nk tgk. Hehe
0

Assalamualaikum & Selamat Pagi
Semalam pergi cari barang elektrik utk DIY akitiviti kat rumah. Singgah satu kedai hardware dan saya terkejut dan kagum. Tokeinya orang bangla.
Saya punya lama duk impikan nk buka kedai hardware tapi sampai sekarang apa pon tadak.Imaginisasi saya nk buka warehouse cam kat US yg sume barang ade utk DIY, contractor, Interior designer and etc. Hanya tinggal imaginasi semata-mata..haha
Apa yg kita boleh belajar dari diorang ni? Jauh merantau mencari rezeki dan mungkin juga sudah ada dikalangan mereka yg sudah ade empayar bisnes sendiri siapa tahu?
1. Ikhlas
2. Komited
3. Rajin
4. Bekerjasama@jamaah
Mungkin ada di kalangan anda tidak setuju, sb kedatangan mereka ade yg menyumbang kepada kes jenayah di malaysia. Tapi pada saya, orang kita pon buat jenayah jugak dan kita boleh belajar kecekalan mereka mencri rezeki di negara orang.
Sebelum ni kawan saya ade share ada yg jadi tokei perabut second hand, ade yg jadi tokei supply buruh utk construction, ada yg jadi tokei kedai jahit, ada yg jadi tokei kedai makan and etc. Hmmm, bnyk jugak derang ni bisness kat malaysia. Hehe
Sekian.
0

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email