Tuesday, May 31, 2016

Assalamualaikum,
Hari ni saya naik kapcai ke tempat kerja. Motosikal saya yg berjenama Ex-5 dream dengan dual-starting system (ayat engineering hehe) iaitu manual & electric starter. Sebenarnya bukan hari ni je, sudah lama cuma tibe2 nk share pasal motosikal saya. Motosikal ni di lahirkan pada tahun 1996, dan abang saya belikan utk saya semasa saya form 4, sekitar tahun 2001.
Motosikal ini xpernah ade masalah yg besar yang sampai saya perlu major overhaul. Utk jagaan engine setakat ni saya hanya tukar minyak hitam from day 1 saya pakai. Betapa hebatnya teknologi Honda dr jepun sampai  skrg motosikal tu sentiasa beri khidmat yg baik utk tuannya. Tapi yela, moto tu xdela laju sgt tapi at least setiap kali saya tekan butang start moto tu hidup. Alhamdulillah.
Sejauh mana ketahanan ex-5 dream skrng saya xtau, tapi saya tanya beberapa kedai jual motosikal dia cakap ex-5 skrg x sama cam ex-5 dulu. Saya xtau benar ke tidak, adakah dia bias@ adakah dia cuba pancing saya utk upgrade kepada yamaha LC. Itu saya xtau..
Apa pon terima kasih kat Boon Siew sebab bawa masuk moto honda kat malaysia. Kena belajar dr dia ni kenapa dia terpk nk bawa masuk ke malaysia dan bagaimana dia blh jadi salah satu pelopor kepada kapcai di malaysia..
Jomla sama2 kita siasat..sapa ada rahsia. Blh share dgn saya..hehe
0

Jual Burger


Bagaimana anda mahu jana pendapatan sampingan sambil membantu orang berniaga burger bagi yang tidak berkemampuan? Dan anda dapat balik pulangan pelaburan anda dalam masa 10bulan?

Saya ingin kongsikan bagaimana anda boleh membantu mereka tanpa anda rugi sedikit pon. Idea ini di cedok sedikit sebanyak daripada saudara saya yang menjalankan perniagaan barang-barang untuk menjual burger. Niat yg ikhlas dapat pahala lagi. Caranya senang sahaja, anda hanya perlu berikan sewa stall burger kepada mereka yang memerlukan serendah RM100 sebulan. Ya, RM100 sahaja sebulan!!

Mari kita buat kiraan sedikit bagaimana kita boleh membantu mereka.

1. Anda perlu beli@tempah stall burger dalam lingkungan 6 unit sebagai contoh. Harga anggaran satu stall burger adalah RM1000 . 

Jadi jumlah kos keseluruhan anda adalah RM6000 untuk 6 unit stall burger

jual burger
Contoh Stall Burger Fizo Omar
2. Anda cari 6 orang yg betul-betul memerlukan untuk berniaga burger dan berikan sewa serendah RM100 sebulan. Anda hanya memerlukan 10bln sahaja untuk anda dapat pulangan balik modal anda beli stall burger tadi.

RM100 x 10bln x 6unit = RM6000


10bln anda dapat balik modal sambil dapat pahala dengan niat yg baik utk menolong orang start berniaga jual burger.

jual burger


Perihal jual burger plak, perlulah rasanya sedap, lokasi yg bagus, sumber elektrik jimat (tak payah nak beli generator, dah untung banyak baru blh pk nk beli. hehe).

Rata-rata orang yang berniaga jual burger dengan pulangan yang baik setiap bulan, RM100 sewa bulanan tidaklah membebankan mereka. Tetapi yelah, mesti memenuhi ciri-ciri tertentu untuk memastikan burger yg di jual laku keras. Itu memang tidak di nafikan.

Mari kita kira anggaran jualan burger pulak. Hehe

Modal bahan-bahan mentah utk 100 biji burger biasanya sehari adalah dalam lingkungan RM120 hingga RM150. Katakan kita ambil jumlah RM120.

Berniaga selama 4 jam sehari iaitu sebelah malam sahaja.  Jika lokasi yg baik, rasanya sedap katakan sejam 25 biji di jual dan harga satu burger RM2. Maka :

RM2 x 25biji x 4jam = RM200
Jadi satu malam margin(RM200-RM120) = RM80
Sebulan , RM80x30 = RM2400.

Ini tidak termasuk kos-kos sampingan lain contohnya elektrik, tong gas dll. Jadi, RM100 sewa sebulan saya rasa tidaklah membebankan sgt. Jadi matlamat anda untuk menolong orang sudah pon tercapai.


PERHATIAN !!Ini kiraan kasar drpd saya sahaja, mungkin ade silapnya, cumanya saya nk kongsikan di sini bagaimana anda hendak membantu orang susah dengan dia hanya perlu bermodalkan duit serendah RM120 sebagai permulaan utk memulakan perniagaan jual burger.


0

Monday, May 30, 2016

My interest so far
1. Superbike
2. Sports
3. National Geographic
4. DIY things
Not sure whether other men outher same like me. Hopefully no. Huhu
Men's interest
Ime
0

Salam and good day.
Today i'm wearing new shoe that i bought yesterday. As for me the price is affordable at RM60. Its not a popular brand and i even have not heard about this brand namely Mix Point.
Talking about value for money, layman talks that you buy the best thing with the best price. Best thing refer to best quality. Normally when people talking about quality, the price is higher compare to normal one.But not necessarily all the best quality will be higher cost as sometimes there are things that looks normal but the quality is the best. For instance, I used to buy RM5 belt but it can last for a quite sometimes compared to my other belts which the cost is even higher. So you better change you perception. Hehe
I hope my new shoe is value for money eventhough it is not Adidas, Nike, Timberland, Camel, Clarks, Crocodile and etc. You do not know about certain things until you try it. So now i try  Mix Point shoe so that i can judge the quality later. But again, it also depends on how you use and preserve it. Bye.
Wassalam
0

Assalamualaikum,

Saya adalah Mohd Eazaq Farommi Hamat @ nama glamor adalah Abe Jaq. Merupakan insan biasa, bekerja sebagai Jurutera Mekanikal di PETRONAS dan sudah berkeluarga. Merupakan orang yang introvert mungkin, dan baru sahaja bermula minat bercerita dan berkongsi perkara-perkara menarik dan manfaat kepada semua. Kalau di tanya berkenaan dengan minat, saya memang sukan sangat National Geography, DIY things, kewangan, bisnes , kehidupan and etc. Selamat Berkenalan

Abe Jaq
Pasir Mas
pasir mas
2

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email