![]() |
Contoh tanki penyimpan |
Produk petrol dan diesel yang di simpan di sini akan di agihkan ke stesen-stesen minyak petrol yang terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Selatan Perak. Produk petrol dan diesel di sini adalah daripada loji penapisan Melaka dan Port Dickson dan KVDT ini di kawal urus operasi oleh PS Pipeline Sdn Bhd. Jenama yang dikeluarkan di sini adalah PETRON, PETRONAS dan SHELL.
![]() |
Contoh loji penapisan minyak. |
Tahukah anda bahawa produk petrol dan diesel di salurkan melalui pipeline ke KVDT? Dan tahukah anda minyak asas petrol dan diesel sama sahaja untuk ketiga2 brand tadi? Mesti kita tertanya-tanya, habis tu kalau sama apa yang membezakan ketiga-tiga minyak ini? SHELL terkenal dengan Fuel Save, PETRONAS dengan Primax, PETRON dengan Blaze. Pelik kan?
![]() |
Trak Pengangkut di KVDT. Imej : Getty Image. |
Jawapannya, ketiga-tiga syarikat pengeluar minyak ini mempunya resepi rahsia masing-masing atau di panggil additive yang akan di campurkan kedalam minyak yang di ambil daripada KVDT. Proses campuran di lakukan melalui "injection point" yang berbeza daripada "injection point" mengisi minyak ke dalam trak pengangkut. Sepanjang trak pengangkut berjalan, barangkali ketika ini proses formulasi campuran siap sepenuhnya sehingga menjadi Primax, Fuel Save dan Blaze sebelum tiba di di stesen minyak masing-masing. Hehe..
![]() |
Contoh Terminal mengisi minyak ke dalam trak pengangkut |
Selepas perkongsian saya ini, mungkin ada yang beranggapan semua minyak sama sahaja. Dan kelebihan yang di canang oleh pengeluar-pengeluar minyak adalah hanya strategi pemasaran semata-mata. Terpulang kepada anda, yang pastinya R&D PETRONAS, SHELL & PETRON adalah berbeza dalam menghasilkan additive masing-masing dan mereka mempunya kelas-kelas tersendiri.
Semoga bermanfaat.
Owh baru faham. Tp cemana darat pun ada loji minyak? Ke saya faham lain?
ReplyDeleteTak pasti perkataan yang sesuai apa dia samada loji, kilang, depot @ terminal. Mungkin depot@terminal lebih sesuai. Huhu. Kat sini hanya menyimpan sementara menunggu trak pengangkut. Proses penapisan minyak semuanya di loji penapisan. Jika di Terengganu, terminal agihan di loji penapisan terengganu sendiri @ lebih di kenali sbg PPT
Deleteloji didarat. carigali di laut. tp di negara luar ada carigali didarat.
DeleteSiapa belajar betul2 masa sekolah dulu mesti tahu punya... KIMIA. :)
ReplyDeleteProses penapisan minyak mentah sama sahaja. Mungkin dalam matapelajaran Sains pun ada.
Deleteooo gituuu. baru tahu. tq for the info.
ReplyDeletesama-sama
Deletesemua minyak sama saja..lepas amek minyak di kvdt semua tanker terus buat penghantaran..pemandu perlu kejar masa gaji pemandu bergantu pada trip..sekiann
ReplyDelete