Wednesday, December 07, 2016

Penny Wise Pound Foolish

Pepatah "Penny Wise Pound Foolish" yang terkenal di kalangan orang British sedikt sebanyak banyak mempengaruhi dalam perancangan kewangan kita semua. Ringkasnya, apa yang di maksudkan anda kononnya berjimat, tetapi sebenarnya anda membazir bila di lihat dari sudut yang lebih besar.
Bijak berbelanja

Kos @ perbelanjaan adalah elemen amat penting dalam dunia perniagaan mahupun dalam perancangan kewangan peribadi. Jika anda silap mengambil langkah, maka hasilnya samada anda mendapat pulangan yang sedikit ataupun kerugian yang besar.

Baik jom sama-sama kita muhasabah diri kita jika sekiranya perkara-perkara di bawah kita selalu @ pernah amalkan :

1. Beli barang guna kad kredit @ loan kedai buat installment kononnya nk save komitment bulanan. Padahal rugi bnyk secara total jika anda buat kiraan yang betul. Tambah pula orang yang lalai dalam penggunaan kad kredit. Selalunya orang beli gadget banyak guna cara ni. Maklumla nk pakai I-Phone.haha
credit card

2. Parking kereta di bahu jalan, kononnya nk jimat parking berbayar berjumlah RM5 sehari tetapi kena kompaun RM100 oleh pihak berkuasa kerana parking tempat yang salah. Kan dah kena! Haha

3. Parking sekejap, tetapi tidak letak duit syiling dalam mesin kononnya aku keluar 5 min je takde hal punya. Natijahnya kena kompaun lagi.. kan dah kena lagi. Haha

4. Borong barang secara pukal tanpa perancangan yang betul penggunaannya (selalunya makanan yang melibatkan expiry date). Kononnya jimat dapat diskaun tetapi akhirnya membazir bila ada lebihan. Bulan tu jugak ade emergency nak pakai duit lebih. Kan dah rugi duit yang guna beli barang tadi kalo simpan kan bagus. Bukan semua barang tau, pandai-pandai la fikir..kah3

5. Kononnya nak save duit, tak nak amik insurance takaful tetapi end up ade emergency kena bayar mahal kat hospital. Yang ni with term and condition la..hehe

6. Kononnya nk save duit tak nak melabur dalam menimba ilmu pasal financial, end up haru biru hutang keliling pinggang, duit asyik tak cukup. Huhu

7. Buat renovation rumah, konon jimat duit tak properly apply dengan pihak berwajib, Tup2 depa datang round kawasan rumah kena kompaun plak, adeh pening kepala..

8. Bayar premium insurance@takaful terlampau tinggi sebab tak dapat bezakan antara protection dan investment. Padahal takaful hanya untuk protection dan duit yang lebih sepatutnya di simpan atau buat pelaburan dalam instrument lain. Rasa macam sikit je kan, tapi rugi banyak sebenarnya..huhu

9. Duit simpan banyak sangat dan tidak melabur ke mana-mana instrument pelaburan. Konon nak jimat, tetapi rugi. Sepatutnya kena diversify pelaburan anda contohnya unit trust, hartanah, saham, emas, perak dan sebagainya. Kalau unit trust boleh hubungi saya, kalau benda lain pon boleh hubungi saya juga. hehe
Pelaburan

10. Gagal menyimpan, walaupun gaji tahunan meningkat. Alasan tak nak menyimpan katanya, alah sikit je naik, tak banyak pun, Tetapi pergi tukar gaya hidup yang lebih tinggi. Ini pon penny wise pound foolish..padahal, jika pendapatan meningkat, simpanan pon sepatutnya meningkat.

11. Satu lagi, sumpahan alang-alang. Alang-alang tengah sales, beli banyak sedikit. Dan banyak lagi sumpahan alang-alang yang anda boleh senaraikan.

Boleh sambung lagi ikut kehendak hati..hihihi

Pesanan buat diri sendiri dan semua.

No comments:

Post a Comment

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email