Monday, December 26, 2016

Keindahan Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh Perak

Petang semalam bawa anak singgah ke Taman Rekreasi Gunung Lang demi meredakan amukan dia hendak pergi ke zoo yang tidak kesampaian. Kami dah banyak kali datang sini sebab dekat je dengan rumah mentua saya.

Selalunya datang beli tiket dan naik bot menyeberangi tasik. Tapi kali ini bawa anak ke jeti sahaja, bagi dia tengok ikan-ikan makan. Hilangkan perasaan dia nak pergi ke zoo. Nasib baik menjadi dan dia berasa seronok serta terus hilang ingatan kepada zoo. Fuuhhh lega...

Gunung Lang Ipoh


Gunung Lang Ipoh

Tempat ini sentiasa dipenuhi orang ramai tidak mengira musim cuti umum atau tidak. Pemandangan yang cantik, lengkap dengan kemudahan awam seperti tandas, surau dan sebagainya. Terdapat juga restoran, kedai runcit dan kedai cenderahati. Jika objektif anda nak mencuba naik bot dengan kos yang rendah, menikmati keindahan taman, anda boleh datang di sini. Setidak-tidaknya anak-anak anda berpeluang melakukan 3 perkara, bagi ikan makan, naik boat dan bermain di taman. Saya kira ianya sudah cukup untuk menggembirakan anak-anak anda.

Gunung Lang Ipoh
Taman ini sudah lama beroperasi dan saya dengar orang cakap dulu ada kandang rusa dan burung unta. Tetapi saya tidak pasti ianya betul atau tidak sebab saya tak pernah explore dan bila saya tanya-tanya orang yang menjual dia takde sebut pula pasal rusa dan burung unta. Mungkin masih ada atau pun mungkin sudah tiada..
Gunung Lang Ipoh

Gunung Lang Ipoh

Jika anda datang Ipoh, jangan lupa singgah di sini. Sekian

10 comments:

  1. Menarik tempat ni abe.. Tapinye tataw la bila boleh sampai sini.. hehehe.. Lea follow blog abe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik. bila naik boat ke seberang sana, ada taman mainan kanak-kanak dan rumah tradisional melayu. Di fahamkan memang masih ada kandang rusa dan burung unta. next time saya pun nak explore la.huhu

      Delete
  2. bagus tempat ni. boleh jadi destinasi percutian saya lepas ni kalau saya ke Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di jemput dan di persilakan. Murah dan menarik..

      Delete
  3. Wahh..sesuai untuk seisi keluarga..macam menarik...best suasananya...terbaik...high recommended

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly recommended. anak-anak pasti teruja. Ada juga pasangan pengantin buat photoshoot di sini. itu pun kalau tuan nak cuba skali lagi la.hihi

      Delete
  4. Ya. Rusa dan burung unta tu still ada. Sekarang dah ade arnab. Tapi dalam sangkar jela. Kalau ade luck, boleh tgk atap pondok kat seberang sana penuh dgn bunga kuning pink semua. Mcm bentangkan carpet kat atap je. Tapi, kena hati2 sikit dgn monyet liar. Perangai derang dah mcm gangster kot. Kalau ade nmpk mcm baik sikit tu, namanya Dolah. Boleh try bg roti perisa jagung ke coklat ke yg 80sen 1 tu. Hahaha. Oh 1lg, kalau suka mkn asam pedas boleh try makan kat kedai tepi tu. 1set lunch asam pedas baru rm8 rasanya.

    ReplyDelete
  5. Ya. Rusa dan burung unta tu still ada. Sekarang dah ade arnab. Tapi dalam sangkar jela. Kalau ade luck, boleh tgk atap pondok kat seberang sana penuh dgn bunga kuning pink semua. Mcm bentangkan carpet kat atap je. Tapi, kena hati2 sikit dgn monyet liar. Perangai derang dah mcm gangster kot. Kalau ade nmpk mcm baik sikit tu, namanya Dolah. Boleh try bg roti perisa jagung ke coklat ke yg 80sen 1 tu. Hahaha. Oh 1lg, kalau suka mkn asam pedas boleh try makan kat kedai tepi tu. 1set lunch asam pedas baru rm8 rasanya.

    ReplyDelete
  6. Ya. Rusa dan burung unta tu still ada. Sekarang dah ade arnab. Tapi dalam sangkar jela. Kalau ade luck, boleh tgk atap pondok kat seberang sana penuh dgn bunga kuning pink semua. Mcm bentangkan carpet kat atap je. Tapi, kena hati2 sikit dgn monyet liar. Perangai derang dah mcm gangster kot. Kalau ade nmpk mcm baik sikit tu, namanya Dolah. Boleh try bg roti perisa jagung ke coklat ke yg 80sen 1 tu. Hahaha. Oh 1lg, kalau suka mkn asam pedas boleh try makan kat kedai tepi tu. 1set lunch asam pedas baru rm8 rasanya.

    ReplyDelete

Penafian

Sebarang artikel atau entry blog ini adalah penulisan milik peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi, pertubuhan atau pihak lain. Tidak dibenarkan mengambil, menggunakan dan mencetak isi kandungan blog kecuali dengan mendapat keizinan dari penulis ,

Follow by Email